
Mengantuk Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 7 Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur
Bergolek kiri kanan dan sudah makan vitamin untuk tidur lena tetapi masih tidak berjaya? Usah bimbang, kami ada beberapa cara mengatasi masalah sukar tidur yang berkesan dan boleh anda cuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, anda boleh klik di sini.
Cara mengatasi masalah sukar tidur
Selepas mengetahui kesan apabila tidak mendapat tidur lena secukupnya kepada kesihatan diri secara keseluruhan, pasti anda ingin mengetahui petua untuk mengubah keadaan tersebut, betul?
Anda disarankan untuk bereksperimen dengan mengikuti cara mengatasi masalah sukar tidur yang dikongsikan di bawah bagi mendapatkan tidur lebih nyenyak pada waktu malam.
Tip 1: Tetapkan waktu tidur yang konsisten
Cuba wujudkan jadual bangun tidur yang tetap.
Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari membantu mengawal jam biologi badan.
Elakkan tidur siang terlalu lama kerana ia boleh menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.
Tip 2: Kurangkan pendedahan kepada cahaya
Pendedahan kepada cahaya terang, terutama daripada telefon pintar atau komputer, boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin.
Sebaiknya, kurangkan penggunaan skrin sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum tidur.
Cara mengatasi masalah sukar tidur #3: Bersenam secara berkala
Individu yang kerap bersenam akan tidur lena dan lebih nyenyak pada waktu malam, serta rasa kurang mengantuk pada siang hari.
Melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki untuk tempoh 10 minit sehari turut dapat meningkatkan kualiti tidur.
Tip 4: Penjagaan aspek makan & minum
Tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting bagi membantu anda mendapatkan tidur lena.
Ini terutamanya jika anda ingin mengambil sebarang makanan beberapa jam sebelum tidur:
- Hadkan pengambilan kafein dan nikotin (rokok)
- Elakkan hidangan makanan berat pada waktu malam
- Elakkan mengambil alkohol sebelum tidur
- Hindari minum terlalu banyak cecair pada waktu petang
- Kurangkan makanan bergula dan karbohidrat halus
Tip 5: Tenangkan fikiran
Tekanan dan kebimbangan sering menjadi punca seseorang sukar tidur.
Cuba atasinya dengan mengembangkan rutin tidur yang membantu mempersiapkan diri untuk tidur seperti mengamalkan teknik relaksasi ataupun mandian air suam.

Tip 6: Perbaiki persekitaran, salah satu cara mengatasi masalah sukar tidur
Rutin tidur yang tenang dapat memberikan isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk rehat dan tidur.
Anda boleh cuba cara mengatasi masalah sukar tidur ini:
- Perlahankan sebarang bunyi
- Pastikan suhu bilik sejuk
- Pastikan tempat tidur anda selesa
- Khaskan tempat tidur sebagai ruang untuk tidur dan hubungan intim, bukannya ruang bekerja
Tip 7: Jangan paksa diri untuk tidur
Jika masih belum mengantuk selepas 20 hingga 30 minit, bangun seketika dan lakukan aktiviti yang santai seperti membaca. Kembali ke katil apabila rasa mengantuk muncul.
Cara untuk tidur walaupun tidak mengantuk
Ada kalanya badan berasa letih tetapi mata masih sukar dilelapkan. Jika keadaan ini berlaku, elakkan terus melihat telefon atau menonton televisyen kerana cahaya biru boleh merangsang otak.
Sebaliknya, cuba:
- Melakukan teknik pernafasan dalam
- Membaca buku bercetak
- Mendengar muzik yang menenangkan
- Mengamalkan meditasi ringan
Aktiviti ini membantu badan memasuki keadaan relaks dan memudahkan proses tidur.
Cara tidur yang betul untuk tidur lebih lena
Selain tempoh tidur, posisi tidur juga memainkan peranan terhadap kualiti rehat.
Antara cara tidur yang betul ialah:
- Tidur mengiring bagi mengurangkan dengkuran dan refluks asid
- Gunakan bantal yang menyokong leher dengan baik
- Pastikan tulang belakang berada dalam kedudukan neutral
- Elakkan tidur meniarap terlalu lama kerana boleh memberi tekanan pada leher
Posisi tidur yang selesa membantu mengurangkan gangguan ketika tidur.
Sekiranya cara mengatasi masalah sukar tidur yang dikongsikan di atas tidak membawa sebarang perubahan, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor.