backup og meta

Nak Tidur Pun Kena Ada Diari? Jangan Pandang Remeh, Ini Boleh Bantu Masalah Tidur Anda!

Nak Tidur Pun Kena Ada Diari? Jangan Pandang Remeh, Ini Boleh Bantu Masalah Tidur Anda!

Adakah anda berasa mengantuk secara berlebihan pada waktu siang dan menghadapi masalah tidur malam? Keliru dengan kondisi ini? Anda mungkin memerlukan diari tidur!

Jika ingin tahu lebih lanjut mengenainya, teruskan membaca artikel ini.

Apa itu diari tidur?

diari tidur

Buku harian tidur ini adalah catatan tentang corak dan tabiat tidur pesakit yang sangat berguna dalam membantu doktor membuat diagnosis masalah tidur dihadapi dan dalam menentukan rawatan terbaik.

Bercakap dengan doktor atau pakar mengenai kesukaran anda untuk tidur adalah sangat penting untuk memahami punca ia terjadi.

Doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk menulis diari tidur atau sleep diary selama 2 minggu bagi memudahkan mereka mengenal pasti puncanya.

Selama sekurang-kurangnya 2 minggu, pesakit akan mencatatkan maklumat-maklumat seperti:

  • Pukul berapa pesakit tidur?
  • Jumlah masa yang diperlukan untuk tidur
  • Pukul berapa pesakit meninggalkan tempat tidur pada waktu pagi?
  • Berapa kali pesakit terbangun pada waktu malam?
  • Jumlah keseluruhan waktu tidur yang menyegarkan
  • Perkara yang mungkin mengganggu tidur pesakit (masalah pernafasan, pergerakan kaki, insomnia, dan lain-lain)
  • Bilangan minuman berkafein yang diambil sepanjang hari
  • Bilangan minuman beralkohol yang diambil sepanjang hari
  • Ubat yang diambil pada siang hari
  • Masa diluangkan untuk bersenam
  • Aktiviti dilakukan dalam masa sejam sebelum waktu tidur

Manfaat jika memiliki diari tidur

#1 Memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai corak dan tabiat tidur anda

Kadang-kadang masalah tidur anda sebenarnya bukan akibat gangguan tidur, tetapi hanyalah kerana tabiat tidur yang buruk.

Minum terlalu banyak kopi selepas waktu makan tengah hari anda, pengambilan alkohol sebelum tidur, atau hanya dengan kebersihan diri yang buruk secara umumnya dapat mengganggu kualiti tidur.

Sekiranya anda mula melihat corak negatif yang dapat diperbaiki dengan pilihan sendiri, lakukan perubahan selama seminggu dan lihat bagaimana kualiti tidur mulai meningkat.

Justeru, apabila kualiti tidur bertambah baik dengan mengubah tabiat diri, anda mungkin dapat mengelak daripada melakukan kajian tidur yang tidak diperlukan.

#2 Anda akan menjadi lebih proaktif mengenai tidur

Apabila anda mula membuat diari tidur, minda akan mulai menitikberatkan kepentingan tidur dalam hidup. Malahan, anda akan lebih rajin melakukan perkara yang mendorong kepada tidur yang berkualiti.

Dengan melihat corak dan tabiat tidur, anda mungkin akan menyedari beberapa tabiat yang perlu diubah seperti meminum kopi dan beralih ke teh chamomile atau susu badam, yang membantu anda tidur lena.

Tambahan itu, anda juga mungkin mula menyedari setiap kali anda mengambil alkohol sebelum tidur, ia mungkin membantu tidur lebih cepat, tetapi anda akan lebih kerap bangun pada waktu malam.

Secara keseluruhan, apabila anda mula mengawasi tidur dengan mencatatnya dalam diari tidur, anda mula mengambil berat tentang tidur.

Malahan, anda akan melakukan lebih banyak perkara yang mendorong untuk mudah tidur serta mengelakkan perkara yang boleh mengganggu waktu tidur anda.

#3 Membantu doktor memberi diagnosis yang tepat

masalah keputihan

Mungkin anda telah melakukan diari tidur selama beberapa minggu, membuat perubahan dalam tabiat tidur, tetapi masih belum dapat melihat hasil yang positif.

Dalam kes ini, anda harus menyampaikan diari tersebut kepada doktor anda atau pakar tidur anda semasa konsultasi.

Namun kesilapan cenderung berlaku terutamanya jika anda memiliki simptom tertentu tetapi doktor beranggapan anda memiliki gangguan tidur yang lain. Diagnosis yang salah boleh terjadi.

Perkara ini sering dilihat pada wanita yang mengalami apnea tidur, tetapi sebaliknya dirawat dengan perawatan masalah tidur insomnia.

Terdapat beberapa sebab untuk perkara ini terjadi:

  • Salah satunya adalah doktor mempunyai tanggapan awal tentang bagaimana rupa pesakit apnea tidur seperti lelaki yang dalam pertengahan usia, dan mempunyai berat badan berlebihan
  • Manakala, gejala apnea tidur wanita sering lebih ringan daripada lelaki kerana dengkuran yang lebih ringan, hentian nafas yang lebih halus, dan kejadian apnea yang lebih pendek
  • Sebab lain untuk kemungkinan berlakunya salah diagnosis adalah kerana pelaporan pesakit
  • Mereka mungkin mencatatkan gejala lain seperti keletihan, masalah tidur, atau gangguan mood, yang mungkin mendapat diagnosis insomnia berbanding apnea tidur atau masalah tidur yang lain

Justeru, memiliki diari tidur yang dapat memberi gambaran terperinci mengenai masalah anda akan menentukan sama ada anda mendapat diagnosis yang tepat atau salah.

#4 Anda dapat memantau keberkesanan rawatan

Misalnya, doktor percaya bahawa anda mempunyai apnea tidur dan mempunyai kajian tidur yang mengesahkan kecurigaannya, kemungkinan besar anda akan diberi rawatan dalam bentuk terapi tekanan nafas positif (CPAP) berterusan.

Ramai pesakit mengalami kesukaran ketika menjalani terapi CPAP dalam beberapa minggu pertama dan mungkin memilih untuk berhenti daripada melakukannya kerana sukar untuk menahan tekanan udara.

Walau bagaimanapun, anda disyorkan untuk meneruskan diari tidur selama beberapa minggu pertama terapi.

Anda mungkin mengalami kesukaran untuk membiasakan diri dengan rawatan. Namun jika anda membandingkan diari tidur pasca rawatan dengan diari prarawatan, anda mungkin terkejut melihat sejauh mana keberkesanannya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.sleepfoundation.org/sleep-diary
  2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/how-a-sleep-diary-can-transform-how-you-feel/art-20342128
  3. https://www.nhs.uk/livewell/insomnia/documents/sleepdiary.pdf
  4. https://sleepcouncil.org.uk/advice-support/sleep-tools/sleep-diary/
  5. https://www.nhlbi.nih.gov/sites/default/files/publications/Sleep_Diary_508.pdf
  6. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29445542/
  7. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30988646/

Versi Terbaru

28/06/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan