Sel retina boleh rosak dan masalah penglihatan seperti degenerasi makula akan berlaku. Malah, ia juga boleh menyebabkan katarak dan juga kanser.
Oleh sebab itu, tidak rugi jika anda memasang pelindung skrin yang mampu melindungi anda daripada cahaya biru.
Malah, mereka yang memakai kaca mata juga boleh memasang lapisan pelindung khas untuk menjaga mata mereka daripada cahaya ini.
Adakah cahaya biru tidak baik untuk kesihatan mata?

Menurut Dr. Ajith Karunarathne, Penolong Profesor dari University of Todedo, kemampuan cahaya biru untuk merosakkan mata bukanlah sesuatu yang baharu.
Kajian yang dilakukan oleh beliau menunjukkan bahawa pendedahan terhadap cahaya biru boleh mematikan sejenis sel yang dikenali dengan nama sel fotoreseptor yang terdapat pada mata kita.
Malah, kematian sel fotoreseptor jugalah yang menjadi penyebab kepada degenerasi makula, sejenis penyakit yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan deria penglihatan ketika menginjak umur 50 hingga 60 tahun.
Walau bagaimanapun, menurut beliau lagi, jumlah cahaya biru yang dipancarkan oleh telefon bimbit dan juga peralatan di sekeliling kita dikira masih rendah dan tidak cukup untuk menyebabkan sebarang kecacatan kekal pada mata.
Tetapi, masa penggunaan telefon bimbit yang semakin panjang mungkin akan meningkatkan risiko anda untuk menghidap masalah mata pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, beliau menasihati semua orang agar menjaga kesihatan mata masing-masing. Jika cuaca panas terik, pakai cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada cahaya matahari.
Elakkan juga menggunakan telefon bimbit untuk satu jangka masa yang panjang, lebih-lebih lagi di dalam gelap.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen