Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Susah Tidur Punca Kulit Makin Kusam? Ini Cara Tidur Betul Untuk Natural Beauty
Ramai wanita sanggup berbelanja besar untuk kelihatan cantik, tetapi sering mengabaikan satu rahsia kecantikan paling mudah dan semula jadi iaitu tidur yang cukup. Dengan mengamalkan cara tidur yang betul, bukan sahaja anda akan bangun dengan lebih bertenaga, tetapi juga memiliki kulit yang lebih sihat, berseri dan bebas dari tanda keletihan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.
Berapa jam waktu tidur yang cukup untuk kecantikan?
Secara umum, seorang individu dewasa memerlukan antara 7 hingga 9 jam tidur setiap malam untuk memastikan tubuh dan kulit mendapat rehat yang mencukupi.
Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja membuatkan badan lesu, tetapi juga memberi kesan negatif kepada penampilan seperti:
Kulit yang bersih dan terhidrat akan pulih lebih baik ketika tidur.
Elakkan kafein & makanan berat lewat malam
Kafein boleh buat tidur terganggu dan menyebabkan muka sembap keesokan pagi.
Tidur dengan posisi yang baik
Tidur mengiring dengan bantal yang menyokong leher boleh elak kedutan awal dan bengkak bawah mata.
Kenapa tidur meniarap tidak digalakkan untuk kecantikan wanita?
Jika mahukan kulit sihat dan rehat berkualiti, elakkan tidur meniarap. Cara tidur yang betul adalah mengiring atau terlentang dengan sokongan bantal yang sesuai untuk leher dan bahu.
Posisi tidur meniarap sebaiknya dielakkan atas sebab-sebab berikut:
Tekanan berlebihan pada wajah
Tidur meniarap menyebabkan wajah menekan terus pada bantal, yang boleh mempercepatkan pembentukan garis halus dan kedutan—terutamanya di sekitar mata dan pipi.
Kulit lebih mudah berminyak dan berjerawat
Geseran antara muka dan sarung bantal boleh memerangkap kotoran serta minyak, menyumbang kepada pori tersumbat dan jerawat.
Posisi tidur yang salah boleh jadi punca muka berjerawat.
Gangguan pernafasan dan tidur tidak berkualiti
Posisi ini menyempitkan dada dan leher, menyukarkan pernafasan yang dalam. Tidur yang tidak berkualiti juga menjejaskan proses pembaikan kulit semasa tidur.
Sakit leher dan belakang
Tidur meniarap memaksa leher berpusing ke tepi dalam masa lama, menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan postur tidak sihat.
Kenapa tidur mengiring sebelah kanan baik untuk kecantikan dan kesihatan?
Tidur mengiring sebelah kanan dianggap posisi terbaik untuk kesihatan dan sunnah, kerana ia membantu pemulihan tubuh secara semula jadi. Jika anda mahu amalkan cara tidur yang betul, posisi ini juga menyokong kecantikan wanita seperti:
Melancarkan penghadaman dan mengurangkan kembung
Tidur sebelah kanan membantu perut berada dalam kedudukan yang lebih baik, menyokong sistem penghadaman agar tidak mengganggu tidur malam.
Meningkatkan kualiti pernafasan semasa tidur
Posisi ini memberi ruang lebih selesa untuk paru-paru mengembang, sekaligus meningkatkan aliran oksigen—penting untuk kesihatan kulit semasa tidur.
Tidur berdengkur boleh jadi punca badan kekurangan oksigen.
Mengurangkan tekanan pada jantung dan organ dalam
Tidur mengiring kanan adalah posisi tidur yang baik untuk jantung kerana ia tidak memberi beban pada jantung seperti posisi mengiring kiri. Ini membantu peredaran darah yang lebih lancar ke seluruh tubuh dan kulit.
Kulit lebih segar dan kurang bengkak pagi hari
Tidur dalam posisi yang betul dapat mengurangkan risiko muka sembap, eyebag dan jerawat akibat tekanan berlebihan pada satu sisi muka.
Pentingnya amalkan cara tidur yang betul
Untuk kekal sihat dan cantik, wanita digalakkan amalkan cara tidur yang betul seperti tidur pada waktu tetap, elak skrin sebelum tidur dan cipta suasana bilik yang tenang. Tidur nyenyak bantu penghasilan kolagen, baiki sel kulit dan melambatkan tanda penuaan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Beauty Sleep: Why Rest and Relaxation Impact Appearance. https://www.sleepfoundation.org/physical-health/beauty-sleep. Accessed on July 08, 2025.
Chasing a Good Night’s Rest: Remedies for Sleep Apnea. https://naturemed.org/chasing-a-good-nights-sleep-remedies-for-sleep-apnea/. Accessed on July 08, 2025.
Here’s What Happens When You Don’t Get Enough Sleep. https://health.clevelandclinic.org/happens-body-dont-get-enough-sleep. Accessed on July 08, 2025.
The Transformative Power of Sleep for Healthy Skin. https://dallasdermatology.net/the-transformative-power-of-sleep-for-healthy-skin/. Accessed on July 08, 2025.
Get Enough Sleep. https://odphp.health.gov/myhealthfinder/healthy-living/mental-health-and-relationships/get-enough-sleep. Accessed on July 08, 2025.
Versi Terbaru
29/08/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid