Dengan beberapa cara mudah, anda boleh hilangkan eyebag ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang ringgit! Jom, kami terangkan satu-persatu mengenai cara hilangkan eyebag dalam artikel di bawah:
1. Letakkan uncang teh sejuk atas mata
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah meletakkan dua uncang teh sejuk ke atas mata anda selama 3 minit dan voila, anda boleh lihat kesannya serta-merta!
Setiap uncang teh mengandungi kafein yang kaya dengan antioksidan. Malah, ia juga boleh meningkatkan peredaran darah di kawasan mata. Cara ini bukan sahaja mudah dan murah, ia juga sangat berkesan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Lepas ini, simpan setiap uncang teh dalam bekas dan masukkannya ke dalam peti ais. Apabila bosan, keluarkan dan letakkan bawah mata untuk kelegaan pantas!
2. Jangan lupa tidur!
Benar, tidur yang mencukupi juga adalah langkah yang terbaik untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata. Jika anda tidak dapat tidur yang mencukupi, saluran darah bawah mata akan mengembang dan menyebabkan eyebag.
Jadi, elakkan bersengkang mata sepanjang malam. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 7 jam tidur setiap hari ya!
Cara hilangkan eyebag 3: Minum air dengan mencukupi
Seperti yang kami jelaskan pada awal artikel, diet tinggi garam boleh menyebabkan mata membengkak. Untuk mengurangkan masalah ini, pastikan anda minum air secukupnya supaya lebihan garam dapat dikeluarkan dari badan.
4. Tekap mata dengan objek sejuk
Objek yang sejuk dapat mengecutkan salur darah bawah mata dan mengurangkan eyebag. Balut beberapa ketul ais di dalam kain dan tekap perlahan-lahan pada kawasan muka. Anda juga boleh gunakan hirisan timun untuk efek yang sama!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen