- Rambut lebih sihat
Kehilangan, kerosakan, putus serta pertumbuhan rambut turut dipengaruhi faktor kekurangan tidur. Folikel rambut (di mana pertumbuhan rambut bermula) mendapat nutrien, vitamin, dan mineral daripada aliran darah.
Apabila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi, ia mengakibatkan kurang pengaliran darah dan menyebabkan rambut tidak mendapat makanan yang mencukupi. Kurang tidur juga boleh meningkatkan tekanan dan menyebabkan peningkatan hormon kortisol, antara punca kehilangan rambut.
- Lebih gembira, lebih sihat
Apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, bahagian hujung mulut akan akan cenderung ke bawah membuatkan anda tampak sedih dan tidak bermaya. Mata yang merah, bengkak, lingkaran gelap dan kulit kusam memberi isyarat kepada individu sekeliling anda bahawa anda letih dan tidak cukup tidur.
- Pelembap muka
Mencuci muka dan tidur, juga boleh menyebabkan kulit kering, terutama jika anda tidur dalam persekitaran kelembapan rendah. Walaupun anda mungkin minum air dengan banyak pada waktu siang untuk memastikan kulit kekal terhidrasi, namun kulit tetap akan kehilangan banyak air ketika tidur.
Kulit akan membaik pulih dengan sendiri semasa anda tidur kerana aliran darah juga lebih konsisten. Pastikan anda juga menyapu pelembap pada muka dan kulit untuk membantu mengekalkan kelembapan. Anda juga boleh memakai topeng muka (face mask) tidur.
Jadi untuk mengekalkan kecantikan diri bukanlah suatu perkara yang mustahil atau sukar untuk dilakukan, bukan?