backup og meta

Ini 5 Punca Jerawat Muka Tumbuh Sebab Cara Solekan Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/10/2022

    Ini 5 Punca Jerawat Muka Tumbuh Sebab Cara Solekan Anda!

    Adakah anda sedang menderita masalah blackheads, jerawat dan liang pori tersumbat? Sudah cuba macam-macam rawatan tapi masih tidak berkesan? Tabiat solekan anda mungkin menjadi punca jerawat.

    Sejak dulu lagi, solekan sudah menjadi 1 kemestian buat majoriti kaum wanita, untuk kekal tampil cantik dan meyakinkan.

    Apabila liang pori tersumbat dengan bahan-bahan yang merengsakan, kulit kita akan ‘berusaha’ untuk menyingkirkannya, lantas mengakibatkan jerawat, bintik hitam dan akne.

    Dengan jenama kosmetik yang begitu banyak di pasaran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, para pengguna perlu memilih dengan bijak!

    Di samping mengelak bahan-bahan yang berpotensi merengsakan kulit, cara solekan juga haruslah dilakukan dengan betul.

    Kalau tersilap langkah, maka terbentuklah jerawat kosmetik atau nama saintifiknya, acne cosmetica.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkadi sini.

    5 kesilapan solekan yang membuatkan liang pori tersumbat

    #1 Mengenakan solekan dengan kulit yang kotor

    Ingin penulis tekankan, solekan haruslah dimulakan dengan ‘kanvas’ yang kosong dan bersih!

    Untuk elak breakout akibat solekan, pastikan untuk prep kulit dengan pembersih berasaskan asid salisilik.

    Ia akan menghilangkan lebihan minyak, kotoran, dan sel mati daripada permukaan kulit, kata Dr. Joshua Zeichner, Pengarah Penyelidikan Kosmetik & Klinikal di Bahagian Dermatologi Hospital Mount Sinai.

    Tambah beliau, mempersiapkan kulit dengan pencuci yang lembut dan bersesuaian sebelum memakai makeup adalah cara termudah untuk mengelak daripada berlakunya kejadian liang pori tersumbat.

    #2 Memakai berus/span solek yang kotor

    liang pori tersumbat

    Cuba ingat balik, bilakah kali terakhir anda membersihkan berus atau span solek?

    Sekiranya anda tidak dapat mengingati kali terakhir kalian membersihkannya, maka tidak hairanlah jerawat tumbuh dengan suburnya di wajah.

    Alat dan aplikator solekan yang kotor dan jarang dicuci menjadi ‘rumah’ kepada banyak jenis bakteria, minyak, debu halus dan kekotoran yang tidak dapat dilihat mata kasar.

    Justeru, jika masih mahu memakai makeup, rajin-rajinkan diri kalian untuk membersihkan alat solekan sekurang-kurangnya seminggu sekali okey!

    Baca juga:

    #3 Mengaplikasi solekan menggunakan jari punca jerawat

    Ya, jari kita boleh menjadi alat pengaplikasi solekan yang bagus untuk mendapatkan finishing yang semula jadi dan bebas cela.

    Tetapi, jika ia tidak dilakukan dengan tangan yang bersih, tiada gunanya juga.

    Apabila anda mengenakan solekan dengan tangan kotor, kemungkinan untuk kalian memindahkan bakteria dan kekotoran ke muka adalah tinggi, lantas menyebabkan kemunculan jerawat.

    Jelas Dr. Craig Austin, Profesor Klinikal Dermatologi dan Dermatopatologi di Mount Sinai Medical School, jari kita membawa banyak kuman dan pemakaian solekan menggunakan medium ini boleh merengsakan kulit.

    #4 Elak kongsi alat solek!

    liang pori tersumbat

    Tidak kisahlah sama ada anda bersiap-siap dengan rakan untuk keluar makan atau hanya sekadar mencuba produk baharu, elakkan berkongsi alat solek!

    Perkongsian alat solek dengan orang lain berisiko meningkatkan pembiakan bakteria dan pengumpulan minyak, dan hasilnya… tahu-tahu sahajalah ya!

    Sekiranya anda masih ingin berkongsi, boleh! Tapi pastikan untuk mencuci aplikator makeup terlebih dahulu ya.

    #5 Makeup tidak dicuci dengan bersih punca liang pori tersumbat

    Peringatan keras! Jangan sesekali tidur tanpa mencuci solekan terlebih dahulu!

    Tidur dengan muka bersolek hanya akan meningkatkan risiko liang pori tersumbat, menyebabkan jerawat dan blackheads.

    Maka, tidak kira betapa letihnya anda, solekan wajib dicuci sekurang-kurangnya sebelum tidur.

    Pakar Dermatologi Dr. Rebecca Kleinerman mengatakan bahawa langkah ini sangat penting demi kesejahteraan kesihatan kulit wajah.

    Jelas beliau, kegagalan untuk menanggalkan makeup dengan bersih boleh menyebabkan pembentukan sebum, yang berpotensi memicu lebih banyak jerawat.

    Ia turut mengganggu kemampuan semula jadi kulit anda untuk membaik pulih dan menyingkirkan sel kulit mati dengan betul.

    Liang pori tersumbat, apa cara terbaik merawatnya?

    liang pori tersumbat

    Langkah pertama: Biarkan kulit anda ‘bernafas’

    Kulit akan memakan masa untuk sembuh dan proses penyembuhannya memerlukan kerjasama kalian untuk tidak memakai solekan.

    Jika sukar, cuba amalkan sekurang-kurangnya 2 hari seminggu tanpa solekan untuk memberikan masa kepada kulit anda bernafas.

    Langkah kedua: Rawat masalah kulit

    Jerawat kosmetik sering kali hilang apabila anda berhenti menggunakan alat solek atau kosmetik tertentu yang bertanggungjawab menyumbatkan liang pori.

    Pakar dermatologi turut mengesyorkan agar anda merawat masalah jerawat dengan produk yang mengandungi 1 atau lebih ramuan-ramuan berikut:

    Untuk makluman pembaca, rawatan-rawatan jerawat berasaskan bahan di atas boleh dibeli tanpa preskripsi dan hasilnya boleh dilihat dalam tempoh masa 4 ke 8 minggu.

    Langkah ketiga: Cari produk yang lebih baik

    Walaupun langkah yang terbaik adalah dengan mengelakkan penggunaan solekan sebanyak mungkin, pastikan juga untuk memilih produk yang diformulasikan khas bagi kulit berjerawat.

    Acne cosmetica boleh memakan masa berbulan-bulan untuk terbentuk dan akan berterusan selagi penggunaan produk yang menjadi punca jerawat.

    Menutupi jerawat dengan bedak asas pula mungkin menjadi solusi mudah, tapi ia hanya akan menghasilkan kitaran akne yang lebih parah!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan