Disebabkan harganya yang murah, bantal jenis ini sering menjadi pilihan ramai. Namun, bantal bulu akan menjadi leper dan hilang keempukannya selepas beberapa ketika.
Akibatnya, ia tidak dapat lagi menyokong leher dan akan menyebabkan anda sakit dan kerap rasa lenguh.
4. Tidak mengapa jika anda perlukan lebih daripada 1 bantal

Jika anda seorang yang suka tidur dengan banyak bantal, penggunaan bantal peluk dapat membantu postur tidur anda, lebih-lebih lagi jika anda suka bergolek ketika tidur atau suka tidur terlentang.
Bantal ini dapat mengekalkan postur badan ketika tidur dan mengelakkan sakit belakang.
Malah, penggunaan bantal yang banyak amat sesuai untuk ibu mengandung dalam menyokong perut yang membesar.
5. Ambil kira keanjalan tilam untuk elak punca sakit leher
Jika anda mempunyai tilam yang lembut, anda mungkin perlukan bantal yang lebih nipis kerana bahu anda akan tenggelam ketika tidur.
Sama jugalah jika anda mempunyai tilam yang keras. Pilih bantal yang lebih keras supaya ia dapat memberikan keselesaan pada bahu dan juga belakang badan anda.
Kesimpulan
Setiap jenis bantal mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Malah, tidak ada satu bantal yang sesuai digunakan oleh semua orang.
Selain penggunaan bantal yang betul, postur badan juga penting untuk memastikan badan tidak sakit ketika bangun tidur.
Malah, keselesaan semasa tidur juga amat penting untuk memastikan anda bangun dengan lebih semangat pada keesokan harinya.
Jika anda kerap mengalami sakit belakang dan masalah ini tidak selesai walaupun anda telah menukar bantal dan mengubah cara tidur, mungkin ada penyebab lain yang menjadi punca sakit leher.
Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar sakit leher yang anda alami. Ia mungkin berlaku disebabkan penyakit lain yang tidak diketahui.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen