
- Kekurangan nutrisi
Lingkaran bawah mata boleh terjadi kerana kekurangan nutrisi dari pengambilan diet pemakanan anda.
Diet yang sihat dan kaya nutrisi seperti vitamin A, C, K, E dan nutrien boleh menghilangkan lingkaran gelap.
- Punca bawah mata hitam: Alahan
Reaksi alahan dan kekeringan mata boleh mencetuskan lingkaran gelap. Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan histamin yang akan bertindak balas ke atas bakteria berbahaya.
Selain menyebabkan simpton yang tidak selesa seperti kegatalan, kemerahan, dan mata bengkak, histamin turut menyebabkan saluran darah anda melebar dan tampak lebih hitam di bawah kulit.
Alahan juga boleh mengakibatkan wujud keinginan untuk menggosok dan menggaru kulit gatal sekitar mata.
Perbuatan ini akan memburukkan lagi simptom yang dihadapi, menyebabkan keradangan, pembengkakan, dan saluran darah pecah – mewujudkan bayang-bayang gelap di bawah mata.
- Merokok dan alkohol
Amalan gemar berparti pada lewat malam, merokok atau pengambilan alkohol boleh menjejaskan kulit dan menyebabkan lingkaran gelap.
Lebih membimbangkan tabiat ini bukan sahaja menyebabkan bawah mata hitam, tetapi individu yang terdedah kepada penggunaan alkohol dan produk tembakau adalah lebih cenderung untuk mendapat kanser oral dan kanser farinks (bahagian tekak).
Malah, gabungan alkohol dan tembakau adalah lebih membawa maut berbanding apa yang anda fikirkan. Kombinasi pengambilan kedua-duanya meningkatkan risiko kanser dengan ketara.
- Dehidrasi
Lingkaran ini boleh menjaditanda kekurangan air dalam badan kerana pengambilan minuman berkafein secara berlebihan.
Dehidrasi juga antara punca biasa lingkaran bawah mata. Badan yang tidak menerima jumlah air yang mencukupi, boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan mata akan kelihatan tenggelam.
- Cahaya matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan melanin -pigmen yang memberikan warna kepada kulit – secara berlebihan.
Terlalu banyak cahaya matahari – khususnya kepada mata – boleh menyebabkan pigmentasi sekitar kulit menjadi lebih gelap.

- Punca bawah mata hitam: perubahan hormon
Kebiasaannya, perubahan hormon pada wanita, disebabkan proses kehamilan atau kitaran haid, turut boleh menyebabkan wujudnya lingkaran gelap.
Kesimpulan
Bagi kebanyakan individu, lingkaran gelap ini hanyalah bersifat sementara yang selalunya disebabkan oleh faktor usia atau kekurangan tidur.
Lingkaran gelap ini kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain. Malahan terdapat pelbagai cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini.
Walau bagaimanapun, jika perubahan warna atau bengkak menjadi lebih teruk dari masa ke masa, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan.
Kini anda telah mengetahui 10 punca bawah mata hitam.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen