Telefon pintar merupakan satu teknologi yang mampu memudahkan urusan harian individu. Bayangkan, pelbagai fungsi menarik boleh terdapat di dalam sebuah peranti sahaja!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Telefon pintar merupakan satu teknologi yang mampu memudahkan urusan harian individu. Bayangkan, pelbagai fungsi menarik boleh terdapat di dalam sebuah peranti sahaja!
Ia mempunyai fungsi yang pelbagai termasuklah membuat panggilan dan penghantaran mesej, fungsi jam loceng, pelbagai aplikasi sosial media yang menarik dan percuma untuk dimuat turun, aplikasi bank atas talian, hiburan dan bermacam-macam lagi.
Namun, disebabkan oleh kepelbagaian fungsi itu jugalah yang menyebabkan kebergantungan individu terhadap peranti tersebut meningkat.
Artikel ini akan menyenaraikan tip bagi memudahkan individu untuk mengurangkan penggunaan telefon pintar. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
Jika dilihat pada statistik, pada tahun 2014, seramai 1.85 bilion individu di seluruh dunia mempunyai telefon pintar.
Nombor itu meningkat kepada 2.32 bilion pada tahun 2017 dan dijangka akan mencecah 2.87 bilion pengguna menjelang tahun 2020.
Menurut Cha Seo melalui kajiannya pada tahun 2018, dalam kalangan remaja, majoriti daripada mereka menggunakan fungsi messenger sebagai fungsi utama diikuti dengan pelayaran internet, permainan video dan fungsi rangkaian sosial.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan seramai 563 remaja daripada 1,824 subjek telah diklasifikasikan sebagai mereka yang mengalami ketagihan penggunaan telefon pintar.
Nomophobia atau ketakutan yang tercetus akibat ketiadaan telefon pintar merupakan terma yang sering digunakan bagi mereka yang ketagih menggunakan peranti tersebut.
Ia sering dikaitkan dengan masalah penggunaan internet melampau dan penyakit berkaitan dengan ketagihan internet. Antara fungsi telefon pintar yang sering dikaitkan dengan masalah pengawalan impuls manusia adalah:
Penggunaan rangkaian sosial memudahkan individu untuk menjalinkan hubungan di alam maya melalui penghantaran mesej dan aplikasi janji temu.
Ini boleh menyebabkan pengalaman perhubungan sosial di antara dua individu kelihatan lebih bermakna berbanding dengan pengalaman sosial di dunia realiti.
Walaupun hubungan atas taliantermasuklah dengan usaha untuk ‘mencari jodoh’ menjadi mudah, namun penggunaannya secara kompulsif boleh mengakibatkan hubungan tidak berkekalan.
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon pintar mempunyai kebaikan yang tersendiri. Sebagai contoh, jika terdapat kekeliruan berkenaan dengan sesuatu topik, maklumat dapat dicari dalam masa sesaat.
Namun begitu, disebabkan ia mempunyai lebih daripada satu saluran maklumat, ia boleh menyebabkan produktiviti individu menurun.
Bayangkan jika anda lebih gemar untuk membaca maklumat di dalam telefon pintar lebih daripada menjalinkan hubungan sosial di dunia realiti atau melakukan hobi anda di masa lapang.
Internet memberikan akses sesaat bukan sahaja kepada benda positif bahkan juga kepada perkara yang bersifat negatif. Pornografi di atas talian atau ketagihan seks siber merupakan cabang di dalam permasalahan ketagihan seks.
Kemajuan internet telah menyebabkannya menjadi lebih mudah untuk diakses, fungsi pelayaran tanpa nama (anonymous) dan merupakan cara yang lebih mudah berbanding dengan cara konvensional mendapatkan akses kepada saluran pornografi.
Kompulsif merupakan tindakan yang tidak diingini namun perlu bagi memenuhi kehendak obsesi.
Sebagai contoh, mereka yang obses terhadap bakteria mungkin akan membasuh tangan menggunakan 7 langkah sebanyak 5 kali. Ia bukanlah sesuatu yang diingini namun perlu dilakukan bagi mengelakkan keresahan.
Internet boleh membuatkan masalah berkaitan dengan ketagihan berjudi, pembelian dan penjualan saham secara melulu dan pembelian barang-barangan bukan keperluan menjadi lebih berleluasa
Walaupun sukar, namun tidak mustahil bagi seseorang itu untuk mengurangkan penggunaan peranti ini. Antara langkah yang boleh diambil adalah:
Jangan jadi mangsa kepada ketagihan telefon. Walaupun terdapat banyak keburukan, ia juga dapat memberikan manfaat kepada urusan harian individu.
Kurangkan bergantung kepada fungsi telefon pintar dan anda akan menjadi lebih produktif.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen