backup og meta

Kalau Anda Nak Tahu Bila Waktu Tidur Yang Betul, Dalam Ini Ada Jawapannya!

Kalau Anda Nak Tahu Bila Waktu Tidur Yang Betul, Dalam Ini Ada Jawapannya!

Arghhh…mengantuknya. Mata dah terkatup separuh, tapi jam baru pukul 9 malam. Macam awal lagi je nak tidur. Hmmm… tapi macam mana nak tahu waktu tidur yang betul, ya?

Jawapannya dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

Fahami waktu tidur yang betul

Berapa lama anda tidur semalam dan malam sebelumnya? Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi mendapat waktu rehat yang mencukupi adalah sangat penting untuk untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Bangun pada waktu yang tetap setiap hari, adalah satu perkara biasa. Namun, persoalan “Bilakah masanya untuk melelapkan mata?”, sering kali berbeza bergantung kepada gaya hidup sosial, jadual kerja, keperluan keluarga, atau hanya akan berlaku apabila anda berasa letih dan mengantuk.

Walau bagaimanapun, jika anda tahu bilakah masa untuk anda bangun dan anda sedar jumlah rehat yang anda perlukan untuk dapat melakukan tugasan harian pada tahap yang terbaik, jadi anda perlu tahu bila masanya untuk anda masuk tidur

Baca juga:

Tidur yang diperlukan

Keperluan setiap individu berbeza, tetapi tempoh 7+ jam adalah waktu yang disarankan untuk individu dewasa sihat. Remaja dan kanak-kanak pula memerlukan waktu rehat yang lebih berbanding individu dewasa untuk mengelakkan wujudnya masalah kekurangan waktu tidur. 

Tidur siang adalah idea terbaik untuk membantu kanak-kanak mendapatkan jumlah rehat yang diperlukan berdasarkan kategori usia. Berikut adalah jadual waktu rehat yang disarankan dan mungkin boleh dijadikan panduan berdasarkan usia anda serta ahli keluarga.

Jumlah waktu tidur yang betul ikut usia:
  • Baru lahir (0-3 bulan) – 14 hingga 17 jam
  • Bayi (4-12 bulan) – 12 hingga 16 jam
  • Kanak-kanak (1-2 tahun) – 11 hingga 14 jam
  • Prasekolah (3 hingga 5 tahun) – 10 hingga 13 jam
  • Sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) – 9 hingga 12 jam
  • Remaja (13 hingga 18 tahun) – 8 hingga 10 jam
  • Dewasa (18 hingga 64 tahun) – 7 hingga 9 jam
  • Dewasa berusia (65 tahun ke atas) – 7 hingga 8 jam

waktu tidur yang betul

Berdasarkan waktu yang disaran, tambahan dan pengurangan tempoh sejam adalah masalah yang dikira sebagai normal. Jika anda boleh terjaga secara semula jadi sebelum jam loceng anda berbunyi, sebaiknya anda terus bangun untuk mengelakkan daripada emosi anda terjejas. 

Anda dinasihatkan untuk tidak kembali melelapkan mata walaupun untuk beberapa minit. Tindakan anda itu hanya akan membuatkan anda berasa letih. Takut dari beberapa minit, terlajak jadi beberapa jam, haaa…naya!

Kiraan waktu tidur yang betul

Waktu untuk melelapkan mata adalah bergantung kepada:

  1. Waktu anda bangun
  2. Melengkapi lima atau enam kali kitaran tidur 90-minit
  3. Memberikan 15 minit masa untuk berasa mengantuk
Kitaran 90-minit

Ringkasnya kitaran ini adalah mengenai apa yang dilakukan dilakukan otak sewaktu anda memejamkan mata. Semasa tidur, otak akan melalui pelbagai corak aktiviti.

Ia adalah berdasarkan gerakan mata yang berbeza dan aktiviti otot.

Malahan saintis telah mengenal pasti pergerakan ini dan membahagikannya kepada dua kategori kitaran tidur utama: rapid-eye-movement (REM) sleep dan non-rapid-eye-movement (NREM) sleep.

Lima tahap

waktu tidur yang betul

Sewaktu proses kitaran in berlangsung, terdapat lima tahap yang akan dilalui otak:

  1. Otak mula memperlahankan fungsi. Anda akan mula berasa mengantuk dan lali.
  2. Pergerakan mata terhenti dan otak mula untuk bertenang dan berehat. Waktu ini merupakan tempoh light sleep sebelum anda memasuki deep sleep.
  3. Gelombang otak semakin perlahan dan sedang memasuki fasa deepest sleep.
  4. Merupakan fasa deepest sleep. Penting untuk anda sampai ke tahap ini untuk mendapatkan waktu melelapkan mata yang baik. Malahan, anda perlu mengelakkan daripada terjaga pada fasa ini, kerana ia boleh membuatkan anda mengalami waktu pagi yang kelam-kabut dan tiada mood.
  5. Fasa ini merupakan fasa rapid-eye-movement (REM) sleep. Kebanyakan mimpi akan bermula pada fasa ini. Elakkan juga daripada terjaga pada tempoh ini untuk menghindari dari rasa tidak bersemangat pada keesokan paginya.

Bergantung kepada diri

Setiap individu mempunyai waktu tidur yang betul mengikut keselesaan diri.

Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan badan mendapatkan tempoh rehat yang mencukupi untuk memastikan anda akan memperolehi hari yang lebih bersemangat.

Jika anda mempunyai masalah tidur, dapatkan bantuan dan rundingan daripada pakar.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Sleeping to Succeed. https://learningcenter.unc.edu/tips-and-tools/sleeping-to-succeed/. Accessed on Sept 10, 2021
  2. Tips for Getting Good Sleep. https://studenthealth.oregonstate.edu/health-promotion/sleep/tips-getting-good-sleep. Accessed on Sept 10, 2021
  3. Get Enough Sleep. https://health.gov/myhealthfinder/topics/everyday-healthy-living/mental-health-and-relationships/get-enough-sleep. Accessed on Sept 10, 2021
  4. What are the Best Sleep and Wake Up Times for You? https://www.sleep.org/best-hours-sleep/. Accessed on Sept 10, 2021
  5. AAP endorses new recommendations on sleep times. https://www.aappublications.org/news/2016/06/13/Sleep061316. Accessed on Sept 10, 2021

Versi Terbaru

29/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Nak Tidur Pun Kena Ada Diari? Jangan Pandang Remeh, Ini Boleh Bantu Masalah Tidur Anda!

Sudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan