Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kadangkala walaupun sudah cukup tidur, kita masih akan berasa mengantuk terutamanya menjelang tengah hari.

Ikutkan hati nak tidur tapi takut pula jadi semakin lemau, membuatkan kita mungkin tertanya-tanya akan manfaat tidur siang.

Jika anda sering teragak-agak untuk tidur waktu siang, teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas mengenai manfaat tidur siang yang belum anda ketahui.

Fahami kepentingan tidur

Mana-mana doktor atau golongan profesional perubatan akan memberitahu anda akan pentingnya mendapatkan tidur malam yang baik setiap hari.

Tubuh dan minda kita dikonfigurasikan untuk direhatkan dan kegagalan untuk berbuat demikian mempunyai kaitan kuat dengan banyak masalah kesihatan, baik mental dan fizikal.

Tidur membantu kita pulih daripada tekanan dan membolehkan organ penting kita untuk berehat.

Ini menjelaskan mengapa tidak cukup tidur boleh membawa kesan buruk.

Patutkah anda tidur di siang hari?

Sekiranya anda tidak dapat tidur dan sering berasa letih, tidak produktif, atau lelah pada siang hari, ada cara yang sihat untuk mengatasinya.

Caranya adalah dengan menggunakan kaedah ini bagi membantu anda kekal segar dan dapat memanfaatkan sepenuhnya hari anda tanpa mengganggu tidur waktu malam.

Adakah anda melakukan perkara-perkara berikut pada waktu siang ketika anda sudah keletihan?

  • Tidur semasa siang hari
  • Minum minuman berkafein
  • Makan gula-gula atau makanan berkarbohidrat tinggi, terutamanya pada waktu petang

Manfaat tidur waktu siang yang harus anda ketahui

Tidur dalam waktu yang singkat dapat membuat anda menjadi lebih peka dan bertenag.

Ini mungkin penting bagi produktiviti kerja atau prestasi di sekolah anda, serta kemampuan anda untuk menjaga anak kecil pada siang hari.

Sebilangan besar orang berasa segar selepas tidur yang mengambil masa sekitar 20 minit.

Namun, tidur yang terlalu lama di siang hari akan membuat anda berasa terganggu, kerana memerlukan anda bangun daripada tidur yang lebih nyenyak.

Penting juga untuk tidak tidur terlalu lena pada waktu siang kerana ini boleh menyebabkan anda sukar tidur pada waktu malam pula.

Tidur di siang hari menawarkan pelbagai faedah untuk orang dewasa yang sihat, termasuk:

  • Mengembalikan kepekaan, meningkatkan prestasi, dan mengurangkan kesilapan dan kemalangan. Kajian di NASA mengenai juruterbang tentera dan angkasawan yang mengantuk mendapati bahawa tidur selama 40 minit meningkatkan prestasi sebanyak 34% dan berjaga-jaga sebanyak 100%
  • Dapat meningkatkan kewaspadaan dalam jangka waktu yang tepat setelah tidur waktu siang dan boleh meningkatkan kepekaan beberapa jam kemudian juga
  • Faedah psikologi. Power nap┬áboleh menjadi satu kenikmatan yang menyenangkan, ibarat percutian mini. Ia dapat memberikan rehat dan kesegaran dengan cara mudah

Dalam kebanyakan kes, orang ramai menyedari bahawa memandu ketika mengantuk adalah sangat berbahaya.

Namun, banyak pemandu terus memandu apabila mereka berasa mengantuk. Ini berisiko dan meletakkan diri mereka serta orang lain dalam keadaan bahaya.

Walaupun tidur malam sepenuhnya sebelum memandu adalah ideal, tidur sebentar sebelum memandu juga dapat mengurangkan risiko seseorang mengalami kemalangan akibat memandu dalam keadaan mengantuk.

Pakar juga mengesyorkan jika anda merasa ingin terlelap ketika memandu, anda harus segera berhenti ke tempat rehat, minum minuman berkafein dan tidur sebentar selama 20 minit.

Bagi mereka yang bekerja syif pula, perasaan mengantuk menyebabkan keletihan dan penurunan dalam prestasi, terutama bagi pekerja syif malam.

Dalam satu kajian tahun 2006, para penyelidik di Sleep Medicine and Research Center yang berafiliasi dengan St John’s Mercy Medical Center dan St. Luke’s Hospital, melihat keberkesanan tidur waktu siang dan mengambil kafein untuk mengatasi rasa mengantuk terutamanya semasa syif malam.

Mereka mendapati bahawa tidur di siang hari dan kafein meningkatkan tahap kepekaan dan prestasi di dalam kalangan pekerja syif malam.

Apakah kaedah terbaik?

Untuk mendapat manfaat power nap, ikuti tip-tip berikut:

  • Pastikan tidur semasa siang hari kekal pendek: Tidur hanya 10 hingga 20 minit. Semakin lama anda lena di siang hari, semakin besar kemungkinan anda merasa semakin penat selepas itu
  • Tidur waktu siang awal: Tidur selepas jam 3 petang boleh mengganggu tidur malam anda. Faktor individu, seperti keperluan anda untuk tidur, jadual tidur anda, usia dan penggunaan ubat juga boleh memainkan peranan dalam menentukan waktu terbaik untuk anda take nap
  • Wujudkan persekitaran yang tenang: Tidur di tempat yang tenang dan gelap dengan suhu bilik yang selesa dan tanpa gangguan.
    Setelah bangun daripada tidur waktu siang, beri masa untuk bangun sebelum menyambung semula aktiviti harian terutamanya yang memerlukan tindak balas cepat atau tajam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Ramai yang mengalaminya namun tidak tahu apa punca tidur berdengkur bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Apnea Tidur, Tidur Berkualiti 12/01/2021 . 3 minit bacaan

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Sukar melelapkan mata? Apa kata anda cuba 5 teknik pernafasan yang betul untuk tidur, pasti berkesan memberikan waktu rehat lebih lena.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Jangan Pelik Jika Badan Selalu Rasa Lesu! Ada 7 Tabiat Yang Jadi Punca, Termasuk KOPI

Selalu rasa lesu tapi anda sendiri tidak tahu punca cepat penat ini berlaku? Jom klik artikel ini untuk tahu senarai yang menyebabkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

melatih anak tidur sendiri

Ini Waktu Sesuai Latih Anak Tidur, Barulah Tak Meragam Masa Bangun Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 4 minit bacaan
postur tubuh badan

Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
jam tidur

Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat posisi tidur

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan