Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang bermimpi namun anda tahu yang anda sedang bermimpi? Sebenarnya, itu adalah mimpi waras atau mimpi sedar.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang bermimpi namun anda tahu yang anda sedang bermimpi? Sebenarnya, itu adalah mimpi waras atau mimpi sedar.
Apa yang lebih menariknya, fenomena yang lebih dikenali sebagai lucid dream ini adalah anda sendiri boleh mencipta dan mengawal suasana di dalam mimpi tersebut.
Persoalannya, wujudkah cara untuk anda masuk ke alam mimpi lucid ini? Jom teruskan membaca!
Untuk pengetahuan anda, manusia mempunyai 4 tahap tidur; pertama – tidur ayam, kedua – mula tidur, ketiga – nyenyak tidur, keempat – rapid eye movement (REM).
Pada tahap keempat atau terakhir ini, kadar nafas, degup jantung serta gerakan bola mata yang awalnya tadi bergerak dengan perlahan akan menjadi lebih cepat.
Ketika inilah fenomena mimpi mungkin akan berlaku dan terdapat 2 jenis mimpi yang umum:
Untuk pengetahuan anda, mimpi sedar ini mungkin akan dialami oleh semua individu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan ia boleh berlaku tanpa sengaja.
Ramai pakar percaya bahawa fenomena ini adalah berkaitan dengan aktiviti pada area kortikal di otak depan (prefrontal cortex). Tapi, apa pula impaknya?
Sehingga kini, impak mimpi sedar terhadap kesihatan masih belum dapat dipastikan. Namun ramai ahli psikologi mempercayai bahawa ia ada pro dan kontra.
Dalam aspek pro, mimpi waras dipercayai boleh membantu individu mengatasi trauma psikologi di samping dapat meningkatkan kepekaan dan keyakinan diri.
Dalam aspek kontra, mimpi waras dipercayai boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti waktu tidur selain meningkatkan risiko gangguan berkaitan mental.
Pun begitu, kajian lanjutan masih perlu dijalankan bagi memastikan sama ada mimpi lucid ini tidak berbahaya, bermanfaat serta boleh dicuba oleh orang ramai.
Ini kerana ramai individu yang mungkin pernah dan mahu mencuba untuk masuk ke dalam alam mimpi lucid namun tidak tahu caranya. Adakah anda boleh cuba?
Percaya atau tidak, ramai pengkaji telah mengkaji dan sepakat percaya bahawa individu mungkin boleh masuk ke alam mimpi waras secara sengaja. Bagaimana?
Metode MILD ini dilakukan dengan cara anda perlu tidur sekurang-kurangnya 5 jam, bangun untuk seketika dan kemudian cuba untuk tidur kembali.
Ia boleh dilakukan dengan cara memasang penggera pada waktu anda ingin bangun dan cuba untuk tidur kembali agar dapat masuk ke alam mimpi sedar.
Ia mungkin boleh dicuba kerana tidak akan mendatangkan kesan negatif. Cuma, pastikan anda dapat tidur kembali setelah terjaga agar waktu tidur tidak terjejas!
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, anda perlu mencapai ke tahap tidur yang terakhir (REM) bagi meningkatkan peluang untuk bermimpi.
Oleh itu, anda boleh atur bilik tidur agar lebih selesa dengan cara gelapkan bilik tidur, matikan bunyian serta pasangkan wangian agar lebih mudah tidur.
Ia bukan sahaja dapat membantu anda masuk ke dalam alam mimpi sedar bahkan secara tidak langsung mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti waktu tidur.
Tanpa mengira ia adalah mimpi biasa sama ada indah atau ngeri, anda mungkin perlu cuba untuk mengingat setiap mimpi yang pernah dialami ketika tidur.
Dengan cara mencatat di atas kertas atau merakam di dalam gajet, ia akan membuat anda lebih kenal dan ingat setiap mimpi-mimpi yang pernah dialami.
Kesannya, anda mungkin akan mampu untuk mengenali dan mengetahui bahawa mimpi yang anda akan alami kelak adalah mimpi dan bukannya realiti.
Ketika anda sedang menjalani hari seperti biasa, anda mungkin boleh cuba menilai dan melatih diri untuk lebih peka terhadap realiti kehidupan anda itu.
Sebagai contoh, anda boleh cuba lebih peka, fokus dan ingat terhadap persekitaran alam realiti anda itu agar ia lebih mudah dikenalpasti jika alami mimpi kelak.
Ini kerana alam mimpi kebiasaannya akan hampir serupa dengan alam realiti dengan sedikit perbezaan. Perbezaan ini adalah kunci masuk ke alam mimpi waras!
Akhir sekali, anda mungkin hanya perlu percaya, yakin dan berazam untuk masuk ke alam mimpi waras apabila tidur nanti. Ia mungkin akan berhasil!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen