backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Kesan Bunyi Bising Terhadap Aktiviti Otak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

Kesan Bunyi Bising Terhadap Aktiviti Otak

“Arghh…bisingnya. Macam mana nak buat kerja ni?!!” Pastinya anda pernah melalui situasi seperti itu bukan? Lebih-lebih lagi kalau rumah sebelah tu tengah buat renovation. Tetapi adakah terdapat kesan bunyi bising terhadap aktiviti otak? 

Mengkaji kesan bunyi bising

Sudah tentu bunyi persekitaran yang bising akan membuatkan anda sukar untuk menumpukan perhatian kepada tugasan. Apa yang menyebabkan kita berasa sukar untuk fokus apabila terdapat gangguan bunyi? Penyelidik daripada University of Alberta melakukan kajian untuk melihat bagaimana kesan bunyi bising mendatangkan impak kepada aktiviti otak.  

Pengarang utama kajian ini yang merupakan pelajar siswazah di Jabatan Psikologi, Joanna Scanlon berkata, “Kenapa ada sesetengah tugasan, kita lebih suka melakukan tugasan di tempat tenang dan terdapat bagi tugasan tertentu lain pula yang boleh dilakukan walaupun dikelilingi bunyi bising? Apakah yang dilakukan oleh otak untuk mengekalkan tumpuan kita walaupun berada jauh daripada ketenangan di rumah?

“Oleh kerana itu, adalah penting untuk memahami bagaimana otak memproses setiap tugasan yang dilakukan walaupun berada dalam persekitaran yang berbeza,” ujar Joanna lagi. 

Aktiviti otak

Bagi meneroka persoalan-persoalan berkaitan kesan bunyi bising terhadap aktiviti otak ini, saintis membangunkan asas untuk melihat bagaimana otak bertindak balas apabila melakukan pekerjaan atau tugasan dalam persekitaran berbeza.

Kaedah yang digunakan untuk melakukan kajian di bawah pengawasan pembantu profesor di Fakulti Sains di University of Albertam, Kyle Mathewson ini adalah dengan menukar bunyi latar belakang. Bagaimana hasil yang diperolehi?

Hasil analisis kajian menunjukkan, sebaik sahaja wujud sebarang bunyi sebagai latar belakang, aktiviti otak yang akan berlaku adalah filter. Ini bermaksud, otak akan berfungsi secara aktif untuk menapis bunyi bising tersebut.

Menurut Joanna, “Penyelidik dapat mengubah aktiviti otak semasa tugas kognitif dalam cara yang jelas dan boleh dihasilkan, iaitu dengan memainkan bunyi persekitaran luar sebagai latar belakang.”

Keputusan kajian mendapati bahawa persekitaran di sekeliling individu akan memberikan kesan tentang bagaimana kita melihat dan menilai keadaan di sekitar. Ia sekali gus menyedarkan kita bahawa segala apa yang kita ketahui mengenai kebolehan otak adalah terlalu sedikit.

Berpada-pada

Sememangnya kajian ini menunjukkan aktiviti otak masih tidak terganggu walaupun terdapat bunyi bising. Walau bagaimanapun, anda disarankan tidak mendedahkan diri kepada bunyi bising yang keterlaluan. Ini kerana wujud risiko untuk berlakunya  masalah kesihatan seperti penyakit jantung, gangguan tidur dan tekanan darah tinggi. 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan