Apa yang anda selalu buat sejurus bangun tidur pada waktu pagi? Percaya ataupun tidak, tindakan yang diambil selepas bangun boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda.
Artikel ini akan menyenaraikan 7 perkara yang perlu anda elakkan bagi meningkatkan kualiti kesihatan pada tahap optimum.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
1. Duduk dalam gelap selepas bangun tidur
Perkara ini bukanlah tindakan bijak. Jika bilik anda mempunyai langsir yang tidak boleh ditembusi oleh cahaya matahari, sila bangun dan buka tirai langsir tersebut.
Cahaya matahari akan membantu fisiologi badan secara langsung. Tanpa cahaya matahari, jam biologi tidak akan berfungsi dengan baik.
Perubahan pada ritma sirkadian boleh menyebabkan beberapa kesan buruk pada kesihatan yang melibatkan paras hormon, sistem pencernaan dan sistem imun badan.
5 komplikasi kesihatan boleh dialami:
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Keresahan
- Kemurungan
- Obesiti
2. Terus berdiri seusai bangun tidur dari katil
Seperti senaman yang memerlukan senaman regangan badan, anda tidak boleh terus melakukan perkara berat sejurus membuka mata daripada tidur.