- Tidur apnea
Berpeluh malam yang dialami mungkin disebabkan tidur apnea. Keadaan ini membuatkan pernafasan anda terhenti berulang kali ketika tidur. Apabila badan tidak mendapat oksigen, ia mungkin berada dalam mod ‘fight or flight’. Ia cenderung menyebabkan berpeluh.
- Asid refluks
Walaupun tidak banyak kajian menyatakan masalah ini menyebabkan berpeluh malam, tetapi terdapat pakar yang mencadangakn ia mungkin ada kaitan. Keadaan ini boleh dirawat dengan menghindari perkara-perkara yang boleh mencetuskan asid refluks seperti makan dalam saiz hidangan yang kecil dan elakkan makan sebelum tidur.
- Kanser mungkin punca tidur berpeluh
Kebanyakan kanser boleh menyebabkan anda berpeluh pada waktu malam. Tetapi kanser limfoma antara penyebab paling biasa. Satu perempat individu dengan limfoma Hodgkin akan mengalami keadaan berpeluh sewaktu tidur bersama demam sederhana.
- Ubat-ubatan
Terdapat ubatan boleh menyebabkan anda berpeluh semasa tidur, antaranya seperti cetaminophen dan NSAIDs seperti aspirin dan ibuprofen. Sesetengah ubatan untuk glaukoma dan mulut kering juga boleh merangsang kelenjar peluh anda.
- Tuberkulosis
Hampir separuh individu dengan masalah kesihatan ini akan mengalami night sweats. Selain berpeluh anda mungkin akan alami batuk yang serius bersama darah dan kahak.
- Kebimbangan
Anxiety atau kebimbangan biasanya disebabkan rasa risau, tekanan dan panik dan boleh menyebabkan anda berpeluh pada waktu siang. Keadaan ini juga boleh berlaku pada waktu malam.
Mimpi ngeri dan ketakutan ketika tidur boleh menyebabkan individu yang mengalaminya tidur berpeluh dan jantung berdebar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen