Jerawat adalah penyakit kulit yang disebabkan bakteria dan biasanya muncul pada bahagian muka, leher, belakang badan dan dada dan anda perlu amalkan cara hilangkan parut jerawat yang tepat.
Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat, yang mungkin memakan masa bertahun untuk sembuh.
Jadi, kefahaman tentang penyebab parut jerawat boleh membantu anda untuk menentukan kaedah rawatan yang berkesan dan mengetahui cara atau petua yang boleh dilakukan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Adakah terdapat cara hilangkan parut jerawat?
Kenapa parut jerawat menjadi merah? Ini kerana anda mungkin salah cara dalam mengubat dan merawwat masalah kulit ini.
Mengubati parut jerawat biasanya bergantung kepada tahap dan lokasi parut anda!
Doktor mungkin akan menyarankan anda menggunakan krim berubat atau rawatan kulit kosmetik untuk merawat parut jerawat anda.
Pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor sebelum menggunakan sebarang krim berubat atau rawatan penyakit kulit kosmetik.
Krim kulit sebagai cara hilangkan parut jerawat
Doktor anda boleh menetapkan kortikosteroid dos rendah digunakan untuk menguruskan sebarang parut yang merah dan bengkak.
Sama ada di klinik atau farmasi, anda boleh dapatkan produk hilangkan parut jerawat di Watson, Guardian, Caring atau tempat yang sewaktu dengannya.
Krim berubat lain boleh meringankan parut jerawat anda dengan bahan-bahan seperti:
- hidrokuinon
- asid kojik (pelembap kulit semula jadi yang berasal dari ekstrak cendawan)
- arbutin (juga dikenali sebagai ekstrak bearberry)
- vitamin C (asid askorbik)
Cara hilangkan parut jerawat guna rawatan sampingan
Adakah aloe vera boleh menghilangkan parut jerawat? Ya, selain produk hilangkan parut jerawat di Watson, ada juga ramuan lain seperti:
1. Ais
Apabila penyakit kulit jerawat meletus, terdapat rawatan percuma dan mudah yang boleh anda gunakan untuk membantu mengurangkan kesannya – ais.
Meletakkan ais pada jerawat dapat membantu mengurangkan saiz dan kemerahan jerawat.
Selain itu, ais boleh membuatkan kulit terasa kebas, membuatkan anda tidak akan merasa sakit daripada sista nanah yang besar dan menyakitkan itu.
Ais juga berfungsi sebagai astringen semula jadi untuk mengetatkan liang sekitar cela dan parut, membuatkan parut kurang jelas, dengan mengurangkan saiz liang yang terjejas disebabkan jerawat.
Jadi, ini mungkin cara hilangkan parut yang mudah, bukan?
2. Hirisan tomato, timun
Menggosok hirisan tomato pada parut juga didapati berkesan dalam mengurangkan kemunculan cela atau parut. Ini sebahagiannya disebabkan oleh vitamin A dan karoten dalam tomato, yang menambah baik tekstur kulit.
Timun pula boleh mengurangkan keradangan, melegakan kulit dan menyembuhkan parut yang disebabkan oleh jerawat.
Cara hilangkan parut jerawat No. 3. Putih telur
Telur mengandungi sejumlah besar protein dan dengan menggunakannya secara langsung kepada kulit anda, anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan.
Protein adalah blok pembinaan tisu selular, dan otot, jadi sapukan secara langsung dan biarkannya di muka anda boleh meningkatkan sedikit kecepatan pemulihan parut jerawat anda.
No. 4: Jus limau
Sapuan pada kulit berfungsi untuk mengelupaskan sel-sel mati dan menggalakkan keanjalan kulit dan pertumbuhan kulit yang baru, manakala jika diambil secara oral, jus limau boleh membantu liang roma membersihkan liang bagi mendapatkan kulit bersih yang cerah.
Ciri pelunturan jus limau menjadikan cela kurang kelihatan.
Jus limau juga membantu dalam pembuangan sel-sel kulit mati dan dalam pertumbuhan semula sel-sel baru, di samping meningkatkan keanjalan kulit.
5. Minyak zaitun
Alternatif lain untuk cara hilangkan parut jerawat di muka adalah minyak zaitun.
Selain baik untuk mencerahkan parut jerawat, minyak zaitun juga akan menjadikan kulit licin kembali dan mengurangkan betapa ketara parut anda.
Minyak zaitun penuh dengan antioksidan semula jadi, disebabkan itu ia begitu kerap digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai manfaat kesihatan.
Dari segi membersihkan cela kulit dan parut, ia adalah salah satu pilihan rawatan sampingan yang terbaik.
6. Minyak biji rose hip
Minyak biji rose hip amat kaya dengan vitamin A.
Minyak ini juga merupakan ejen antipenuaan yang kuat, yang mengurangkan kedutan dan membantu memperbaharui kulit.
Fakta
Urut kulit dengan minyak ini dua kali sehari untuk hasil yang terbaik berulang kali kerana kita sendiri tidak tahu berapa lama parut akan hilang bukan?
Adakah aloe vera boleh menghilangkan parut jerawat? Ya, dan juga senarai bahan di atas.