backup og meta

Kayap Dan Kencing Manis Ketika Umur 50 Tahun: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Apa itu tanda kencing manis saraf? 

Kayap Dan Kencing Manis Ketika Umur 50 Tahun: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Situasi ini merujuk kepada simptom yang muncul apabila saraf rosak akibat paras gula darah yang tinggi dalam jangka masa lama dan sering kali terjadi pada bahagian kaki dan tangan. 

Apabila badan anda semakin tua, metabolisme badan menjadi semakin rendah dan bagi pesakit kencing manis, ini akan menjadikan keadaan pesakit menjadi semakin kronik disebabkan komplikasi yang dialami.1 

Bagaimana ia berlaku?

Metabolisme yang lebih rendah bermakna kurang tenaga melakukan sesuatu, pembaikan sel menjadi lebih perlahan dan pertahanan imun yang lebih lemah. Ini boleh menjadikan pemulihan kayap lebih menyakitkan dan berpanjangan. 

Kayap dan komplikasinya mungkin lebih luar biasa daripada yang anda fikirkan.1

Bila kencing manis terlalu tinggi, anda akan berisiko mengalami penyakit berjangkit yang lain.1

Contohnya, pesakit kencing manis yang menghidap penyakit berjangkit seperti influenza, anda cenderung mengalami komplikasi yang teruk.1 

Untuk memahami dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Apa yang berlaku apabila anda menghidap penyakit kayap?

Kayap bukan sekadar ruam atau gatal semata-mata. Punca kayap ini disebabkan oleh virus varicella-zoster, virus yang sama menyebabkan cacar air.2

Apa yang membimbangkan, kayap boleh menyebabkan sakit saraf berpanjangan walaupun ruam sudah hilang

Ramai yang tidak sedar tanda-tandanya pada peringkat awal, lalu hanya mendapatkan rawatan selepas keadaan menjadi teruk.

Kayap boleh menyerang tubuh anda dengan lebih mudah jika anda berumur lebih 50 tahun kerana di peringkat umur inilah metabolisme badan dan fungsi imun semakin menurun. 3, 4

tanda kencing manis saraf
Sakit kayap yang menjangkiti di bahagian lengan.

Menurut data yang dikongsikan oleh (Harpaz et al., 2008), kira-kira satu daripada tiga orang akan menghidap kayap sepanjang hayat mereka, dengan anggaran 1 juta kes setiap tahun di Amerika Syarikat. 5, 6

Di Sweden, kes jangkitan kayap ini juga meningkat daripada 2.5 per 1,000 orang (2005) kepada 4.2 per 1,000 orang menurut (Södergren et al., 2024).7 

Bila dikira risiko sepanjang hayat (tanpa kira kes berulang), anggarannya ialah 36.5% (dalam tempoh 2014–2019).7 

Manakala di Beijing, China, risiko sepanjang hayat adalah kira-kira 32.4% pada waktu ini dan dijangka akan meningkat kepada 34.8% pada masa akan datang.8 

Ini menunjukkan penyakit kayap sesuatu penyakit yang sering terjadi dalam populasi dewasa di negara seperti Sweden dan China.

Bagaimana penuaan dan simptom kencing manis mempengaruhi metabolisme badan

Potensi seseorang menghidap penyakit kayap telah meningkat secara mendadak mengikut usia. 

Risiko menjadi lebih tinggi selepas umur 50 tahun dan boleh menjejaskan sehingga 50% orang yang mencapai umur 85 tahun.9

Ketika seseorang individu semakin menua, secara semula jadi ia akan mengurangkan jisim otot dan penggunaan tenaga. 

Jika anda sudah tua dan menghidap penyakit kencing manis, rintangan insulin menjadikannya lebih sukar untuk sel menyerap tenaga dengan betul.9

Situasi ini akan melemahkan tindak balas imun dan memberi peluang kepada kayap untuk merebak.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang dijangkiti virus herpes zoster mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok serta penyakit mikrovaskular yang lain.10

Mudah kata, imuniti menurun seperti yang berlaku pada pesakit diabetes dan jangkitan virus Varicella-Zoster menyebabkan kepada keradangan yang lain. 

Apabila sistem dalaman menjadi semakin kronik dan tidak dapat dibendung disebabkan tanda kencing manis terlalu tinggi, ia menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. 

Hal ini akan menyebabkan tubuh anda akan sukar untuk sembuh kerana badan mengalami kesukaran untuk mengawal kencing manis dan berpotensi mengalami risiko komplikasi seperti postherpetic neuralgia.11 

Sesetengah keadaan kronik seperti di atas boleh menjejaskan fungsi sistem imun, meningkatkan kerentanan kepada jangkitan, termasuklah kayap.12 

Disebabkan itulah, pesakit kencing manis dianggap sebagai kumpulan berisiko kerana berpotensi menghidap kayap.11

tanda kencing manis saraf
6 Petanda kayap yang boleh berlaku pada tubuh anda.13

Infografik ini adalah hak milik Hello Doktor

Ini peranan metabolisme dalam melawan virus kayap

Komponen metabolik sistem imun amat penting untuk tindak balas imun kerana dan sel-sel ini boleh ‘mengalihkan’ aktiviti sel-sel yang lain bergantung kepada keadaan dalam tubuh manusia, sebagai contoh ketika badan dijangkiti virus. 14

Sistem metabolisme inilah yang membekalkan tenaga dan nutrien kepada setiap sel dalam badan anda seperti antibodi dan membaiki sel untuk kulit dan saraf. 

Hasilnya, tubuh anda dapat sihat dengan segera.15

Tetapi, sebaliknya yang akan berlaku jika anda mempunyai metabolisme yang rendah. Metabolisme yang rendah akan melambat proses beberapa perkara seperti:14

  1. Badan menghasilkan lebih sedikit sel imun
  2. Tindak balas imun menjadi lebih rendah dan kurang tepat
  3. Keradangan akan mengambil masa untuk pulih 

Jika diperhatikan, individu yang mengalami metabolisme rendah akan mempunyai luka yang mengambil masa untuk kering, kulit luka kering lambat terhasil dan sentiasa berasa lemah. 

Amalkan 4 pemakanan ini untuk pulih dari kayap

Anda boleh mengutamakan pengambilan nutrien yang menyokong kesihatan kulit, fungsi saraf dan sistem imun, terutamanya ketika badan sedang pulih daripada jangkitan seperti kayap: 15, 16, 17 

  • Protein

Makan makanan protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan untuk membina semula tisu.

  • Vitamin C dan zink

tanda kencing manis saraf
Makanan yang mengandungi vitamin C.

Untuk menggalakkan pembentukan kolagen dan penutup luka dengan lebih cepat, anda boleh mengambil makanan seperti daging merah, telur, kuning telur, hati lembu, salmon, lobak merah, tiram dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang tergolong dalam vitamin C terdiri daripada jambu batu, pasli, kangkung, kiwi dan lemon.

  • Vitamin B12

Vitamin B12 terdapat pada kerang, sardin, daging lembu, bijirin penuh, susu atau susu bukan tenusu yang diperkaya yang mampu menyokong pemulihan saraf dan mengurangkan sakit kesemutan.

  • Lemak Omega-3

Bagi mengurangkan keradangan dan menyokong pemulihan saraf yang anda alami, anda boleh amalkan makanan tinggi lemak Omega-3 seperti salmon, sardin dan ikan tenggiri.

Apabila anda menghidap kayap, anda perlu berikan tumpuan pada makanan yang menyokong sistem imun dan elakkan makanan seperti karbohidrat glisemik tinggi dan makanan yang diproses tinggi, sama seperti pantang larang kencing manis.

Galakkan diri anda juga untuk kekal aktif untuk membantu menstabilkan gula dalam darah, dan secara tidak langsung menyokong kesihatan imun.

Bila kayap semakin teruk, baru berjumpa dengan doktor ke?

Ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila kayap menjadi teruk, sedangkan rawatan awal sangat penting untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti kesakitan saraf berpanjangan (post-herpetic neuralgia).

Tanda kencing manis saraf bukan sekadar kebas, mencucuk atau hilang deria rasa.

Ia merupakan petanda awal bahawa tubuh sedang mengalami kerosakan saraf dan bahawa kawalan gula darah serta fungsi imun mungkin semakin lemah.

Anda perlu mendapatkan bantuan perubatan jika:

  • sakit bertambah teruk,
  • ruam kayap merebak,
  • anda mengalami keletihan melampau, demam, atau kayap berpanjangan.

Rawatan yang diberikan termasuk pemeriksaan untuk menilai tahap kesihatan kulit, saraf, dan sistem imun, serta memastikan proses penyembuhan luka berada dalam keadaan baik.

Dengan kawalan gula darah yang baik, pemakanan seimbang, gaya hidup sihat dan kepekaan terhadap tanda kencing manis saraf, pesakit diabetes boleh mengurangkan risiko komplikasi serta melindungi kesihatan jangka panjang.

Berbincanglah dengan doktor anda tentang kawalan gula darah dan juga langkah pencegahan kayap.

*Semua kandungan dihasilkan oleh Hello Doktor

Program pendidikan ini dibawakan kepada anda oleh GSK.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor anda.

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd 195801000141(3277-U)

©2026 syarikat kumpulan GSK.

NP-MY-HZU-WCNT-250001 1/26

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Icardi, G., Francia, F., Di Bartolo, P., Mannino, D., Alti, E., Purrello, F., Sesti, G., & Sessa, A. (2018). Multi-disciplinary Consensus Statement Document Vaccinal prevention in adult patients with diabetes mellitus. Journal of preventive medicine and hygiene, 59(4), E249–E256. https://doi.org/10.15167/2421-4248/jpmh2018.59.4.1124  
  2. Watanabe, R., Shirai, T., Namkoong, H., Zhang, H., Berry, G. J., Wallis, B. B., Schaefgen, B., Harrison, D. G., Tremmel, J. A., Giacomini, J. C., Goronzy, J. J., & Weyand, C. M. (2017). Pyruvate controls the checkpoint inhibitor PD-L1 and suppresses T cell immunity. The Journal of clinical investigation, 127(7), 2725–2738. https://doi.org/10.1172/JCI92167 
  3. Johns Hopkins Medicine. (n.d). Shingles. Johns Hopkins Medicine. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/shingles
  4. Marra, F., Parhar, K., Huang, B., & Vadlamudi, N. (2020). Risk Factors for Herpes Zoster Infection: A Meta-Analysis. Open forum infectious diseases, 7(1), ofaa005. https://doi.org/10.1093/ofid/ofaa005 
  5. Harpaz, R., Ortega-Sanchez, I. R., & Seward, J. F. (2008). Prevention of herpes zoster: recommendations of the Advisory Committee on Immunization Practices (ACIP). PubMed, 57(RR-5), 1–30; quiz CE2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18528318
  6. CDC. (2024, April 12). Shingles (Herpes Zoster). CDC. https://www.cdc.gov/shingles/data-research/index.html.
  7. Södergren E, Mårdberg K, Nishimwe M, et al.. Incidence and Burden of Herpes Zoster in Sweden: A Regional Population-Based Register Study, PubMedCentral. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/38193987/ 
  8. Lee C, Giannelos N, Curran D, et al.. Lifetime risk of herpes zoster in the population of Beijing, China, PubMedCentral. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10031117/ 
  9. Ke, C. C., Lai, H. C., Lin, C. H., Hung, C. J., Chen, D. Y., Sheu, W. H., & Lui, P. W. (2016). Increased Risk of Herpes Zoster in Diabetic Patients Comorbid with Coronary Artery Disease and Microvascular Disorders: A Population-Based Study in Taiwan. PloS one, 11(1), e0146750. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0146750 
  10. Muñoz-Quiles, C., López-Lacort, M., Ampudia-Blasco, F. J., & Díez-Domingo, J. (2017). Risk and impact of herpes zoster on patients with diabetes: A population-based study, 2009-2014. Human vaccines & immunotherapeutics, 13(11), 2606–2611. https://doi.org/10.1080/21645515.2017.1368600 
  11. Ishigami, J., & Matsushita, K. (2019). Clinical epidemiology of infectious disease among patients with chronic kidney disease. Clinical and experimental nephrology, 23(4), 437–447. https://doi.org/10.1007/s10157-018-1641-8 (ref-78760)
  12. Tardy, A. L., Pouteau, E., Marquez, D., Yilmaz, C., & Scholey, A. (2020). Vitamins and Minerals for Energy, Fatigue and Cognition: A Narrative Review of the Biochemical and Clinical Evidence. Nutrients, 12(1), 228. https://doi.org/10.3390/nu12010228 
  13. Gotter, A. (2025, July 11). Shingles: Everything you should know. Healthline. https://www.healthline.com/health/shingles 
  14. Zerboni, L., Sen, N., Oliver, S. L., & Arvin, A. M. (2014). Molecular mechanisms of varicella zoster virus pathogenesis. Nature reviews. Microbiology, 12(3), 197–210. https://doi.org/10.1038/nrmicro3215 
  15. González Plaza, J. J., Hulak, N., Kausova, G., Zhumadilov, Z., & Akilzhanova, A. (2016). Role of metabolism during viral infections, and crosstalk with the innate immune system. Intractable & rare diseases research, 5(2), 90–96. https://doi.org/10.5582/irdr.2016.01008 
  16. Yetman, D. (2025, August 7). What not to eat if you have shingles. Healthline. https://www.healthline.com/health/foods-to-avoid-during-shingles-attack#foods-that-can-help 
  17. Rd, J. R. M. (2025, August 29). Foods to eat and avoid when you have shingles. EverydayHealth.com. https://www.everydayhealth.com/food-ingredients/shingles-and-lysinearginine-foods/ 

Versi Terbaru

16/01/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: huyen tran


Artikel Berkaitan

Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!

Bukan Setakat Kayap, Tapi Orang Tua Anda Juga Mudah Dapat 5 Jangkitan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 38 minit lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan