backup og meta

Nak Hilangkan Parut Jerawat? Beli 7 Produk Popular Ini Dengan Segera!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Parut jerawat sering menjadi masalah yang mengganggu keyakinan diri, terutama apabila meninggalkan kesan gelap, kulit tidak sekata atau menjadikan kulit kemerahan-merahan. Walaupun jerawat sudah hilang, bekasnya kadangkala mengambil masa yang lama untuk pudar jika tidak dijaga dengan betul. Tapi, apa produk hilangkan parut jerawat yang perlu dibeli?

Nak Hilangkan Parut Jerawat? Beli 7 Produk Popular Ini Dengan Segera!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Produk hilangkan parut jerawat di Watson, Guardian, Caring Pharmacy & lain-lain

1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

2. Simple Facial Scrub

3. Yellow Oatmeal Turmeric Mask & Scrub

4. The Pastel Shop “NAA” Brightening Blemish Serum

5. The Raw Strong Barrier Serum

6. Kayman Skintella Repairing Serum

7. The Raw Arbutin 2% Serum

Sebelum memilih produk, penting untuk memahami bahawa untuk hilangkan parut jerawat biasanya memerlukan rutin penjagaan kulit yang konsisten. Penggunaan produk yang harsh boleh menyebabkan kulit semakin sensitif dan jerawat mulai timbul.

Untuk menghilangkan parut jerawat yang dialami, anda perlu menggabungkan penggunaan pencuci muka, exfoliator, serum dan pelembab bagi menggalakkan penghasilan kulit yang baru secara berperingkat. Apakah produk hilangkan parut jerawat?

7 Produk hilangkan parut jerawat yang patut ada di dalam skincare rutin anda!

1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Pertama dan paling penting, rutin penjagaan atau perawatan akne itu haruslah bermula dengan pembersihan kulit wajah. Caranya adalah dengan menggunakan produk pembersih muka yang tepat!

Sabun ini dipercayai mampu membersihkan dan melembapkan kulit muka serta badan tanpa menyingkirkan sebum semula jadi. Ia juga amat sesuai buat semua individu tanpa mengira umur atau jantina.

Selain mampu membantu mencegah dan merawat jerawat, ia turut bertindak menyeimbangkan kadar pH pada kulit dengan formulasi serta bahan yang tidak akan menyebabkan masalah kerengsaan kulit.

Ubat jerawat farmasi #2. Simple Facial Scrub

Simple Facial Scrub antara jenama yang sering dipilih kerana formulanya lebih lembut dan sesuai untuk kulit sensitif. Scrub perlu digunakan ketika melakukan skincare rutin sebagai cara hilangkan parut hitam dengan cepat.

Hal ini kerana, skrub akan membantu untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan pori.

Produk hilangkan parut jerawat#3. Yellow Oatmeal Turmeric Mask & Scrub

Produk buatan Malaysia, Yellow Oatmeal Turmeric Mask & Scrub terkenal dengan gabungan oat dan kunyit yang sering dikaitkan dengan penjagaan kulit tradisional.

Bagi anda yang gemarkan skrub yang lebih berteksur disebabkan penggunaan garam, ini mungkin menjadi pilihan anda kerana lebih puas untuk ‘menyental’ kotoran yang ada pada muka.

Produk ini selamat digunakan bagi individu yang ada jerawat, mengalami kulit kusam dan kering dan wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak.

Serum hilangkan parut jerawat #4. The Pastel Shop “NAA” Brightening Blemish Serum

Cara hilangkan parut jerawat yang terbaik? Masukkan penggunaan serum di dalam rutin anda. NAA Brightening Blemish Serum diformulasikan untuk membantu kulit tampak lebih cerah dan sekata.

Kulit kemerah-merahan yang anda alami pasti dapat ditangani kerana produk ini diperkaya dengan  niacinamide, alpha arbutin dan zinc yang mampu mengawal pengeluaran sebum, membantu memudarkan perubahan warna kulit dan mencerahkan kulit.

5. The Raw Strong Barrier Serum, antara produk hilangkan parut jerawat

Jenama yang dibangunkan oleh bekas ahli farmasi Malaysia, kini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Serum hilangkan parut jerawat ini fokus kepada pengukuhan skin barrier yang penting untuk semua jenis kulit.

Serum ini diperkaya dengan bahan ampuh seperti 5 essential ceramides, niacinamide, asid lemak, kolestrol dan faktor pelembab semulajadi.

Semakin baik skin barrier anda, semakin kurang anda mengalami jerawat, kulit kemerahan dan bekas jerawat juga semakin pudar.

6. Kayman Skintella Repairing Serum, antara serum hilangkan parut jerawat yang berkesan

Kulit anda kulit sensitif, skin barrier rosak atau ada bekas jerawat? Gunakan saja Kayman Beauty Skintella Repairing Serum!

Dengan kandungan centella asiatica, chamomile extract, bifida ferment lysate dan prickly pear di dalam serum diyakini mampu menenangkan kulit, beri hidrasi pada kulit dan membantu proses pemulihan.

Hanya dengan konsisten guna 1-2 pam serum setiap hari, kulit anda pasti dapat lihat keberkesanannya! Berita baik buat wanita hamil, menyusukan anak dan sedang TTC, ia selamat digunakan untuk anda.

7. The Raw Arbutin 2% Serum

Serum hilangkan parut jerawat ini  sering menjadi pilihan wanita dan lelaki yang mengalami parut jerawat gelap kerana bahan utamanya iaitu arbutin mampu memudarkan dark spot dan hiperpigmentasi dan tona kulit tidak sekata.

Cara penggunaannya juga mudah, cuma sapukan pada kulit sekitar pagi dan malam untuk kesan maksimum! Namun awas, ia tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Kesimpulan

Nak hilangkan parut jerawat memerlukan kesabaran sebab ia akan mengambil masa dan memerlukan anda try and error produk hilangkan parut jerawat yang terbaik agar anda dapat melihat sendiri perubahannya!

Yang paling penting ialah tahu apa yang kulit anda perlukan dan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang konsisten untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acne, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne, Accessed Oct 31 2023.
  2. Acne, https://www.nationwidechildrens.org/conditions/acne, Accessed Oct 31 2023.
  3. Acne: Diagnosis And Treatment, https://www.aad.org/public/diseases/acne/derm-treat/treat, Accessed Oct 31 2023.
  4. Diagnosis and Treatment of Acne, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2004/0501/p2123.html, Accessed Oct 31 2023.
  5. What Can I Do About Acne?, https://kidshealth.org/en/teens/prevent-acne.html, Accessed Oct 31 2023.

Versi Terbaru

19/05/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Ini 4 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Pakai Serum Muka!

Jimat Wang, Ini 4 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan