backup og meta

Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan, Simpan Kuku Pendek Atau Panjang?

Meskipun mungkin ramai orang sudah tahu jawapan kepada soalan ini, tidak kurang juga ada yang belum pasti sama ada mahu simpan kuku panjang atau kuku pendek.

Ia kerana kita semua mungkin punya pendapat masing-masing sesuai mengenai perkara ini. Namun, anda juga perlu tahu pro dan kontra tentang perihal simpan kuku.

Persoalannya, mana lebih baik untuk kesihatan kuku, adakah simpan kuku panjang atau pendek? Jom teruskan membaca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini. 

Proses pertumbuhan dan penjagaan kuku

Untuk pengetahuan anda semua, kuku itu dihasilkan daripada zat protein yang disebutkan sebagai keratin. Ia akan terus tumbuh di hujung jari tangan dan kaki anda.

Daripada protein keratin ini, sel kuku akan mula keluar dari hujung jari. Ia kemudiannya akan menebal dan mengeras sehingga menjadi bentuk kuku yang anda dapat lihat di hujung jari anda.

Kebiasaannya, kuku akan tumbuh kira-kira 0.1 milimeter (mm) per hari. Namun ia turut akan dipengaruhi oleh beberapa faktor bergantung kepada individu:

  • Usia
  • Nutrisi
  • Musim
  • Iklim
  • Pengaliran darah di hujung jari
  • Pengambilan jenis ubat tertentu
  • Kondisi tubuh badan
kuku pendek
Proses pertumbuhan kuku bergantung kepada beberapa faktor tertentu.

Dengan mengenali dan memahami proses pertumbuhan kuku, maka anda mungkin mampu untuk mengetahui cara penjagaan kuku yang paling sesuai buat diri anda.

Mana lebih baik, simpan panjang atau kuku pendek?

Pendapat tentang perkara ini mungkin berbeza bergantung kepada individu itu sendiri kerana ada yang gemar berkuku panjang serta ada juga suka memiliki kuku pendek dan bersih.

Dalam pada itu, ia turut didasari oleh faktor-faktor luar lain seperti kebersihan, kecantikan, kesihatan atau untuk memenuhi keperluan di dalam agama dan budaya.

Pun begitu, kita semua masih perlu untuk tahu pro dan kontra tentang perkara ini agar dapat memutuskan sama ada mahu simpan kuku pendek atau biarkan panjang.

Jika simpan kuku pendek…

Sebenarnya, salah satu usaha penting di dalam menjaga aspek kebersihan dan kesihatan diri adalah dengan cara memastikan kuku sentiasa dalam keadaan pendek.

Ini kerana kuku adalah bahagian terhujung pada jari dan ia sangat mudah terdedah kepada kekotoran, kuman atau parasit yang boleh jadi punca infeksi seperti cacing.

Selain  berkuku jari yang pendek, anda juga sangat disarankan untuk kerap mencuci tangan, jari dan kuku dengan air serta sabun bagi membasmi segala anasir yang jahat.

Penjagaan kuku bukan sekadar kuku yang pendek semata-mata.

Namun jangan pula terlalu kerap atau terlebih potong kuku kerana ia boleh jadi punca kerosakan kuku akibat tekanan atau gesekan yang berlebihan ketika melakukannya.

Oleh sebab itu, sila potong kuku dengan cara yang betul agar ia tidak mudah rapuh atau patah sekali gus memastikan kuku di jari anda itu untuk lebih bersih lagi sihat.

Jika simpan kuku panjang…

Sebaliknya, simpan kuku panjang hanya akan beri kesan positif kepada aspek kecantikan tapi tidak pula buat aspek yang lebih penting yakni kebersihan dan kesihatan.

Ini kerana kuku yang terlalu panjang adalah jauh lebih tinggi risiko untuk terdedah kepada kekotoran, kuman atau parasit seperti mana kami telah nyatakan di atas tadi.

Kuku panjang dalam Islam sendiri juga tidak digalakkan, malah hukumnya makruh kerana meninggalkan perkara sunat, iaitu kuku yang pendek.

Dalam pada itu juga, ada banyak lagi mudarat simpan kuku panjang buat anda termasuklah:

Meskipun ia mungkin membuatkan anda tampil lebih cantik, namun risiko ini tidak wajar diambil. Ini ekoran lebih banyak keburukan berbanding manfaat jika bela kuku panjang.

Maka mungkin apa yang dapat kita semua simpulkan di sini adalah lebih baik untuk anda mempunyai kuku yang pendek berbanding panjang agar ia jadi lebih bersih dan sihat.

kuku pendek
Kuku juga boleh menjadi petunjuk keadaan kesihatan diri.

Sebenarnya, kuku pendek atau panjang yang terbaik?

Apa yang mungkin lebih penting bukan terpalit kepada panjang dan pendek kuku sahaja kerana ada lagi perkara lain yang boleh buat ia tampil lebih bersih, sihat dan cantik.

Dalam usaha untuk anda memaksimumkan penjagaan kuku di jari, sila amalkan tip yang berikut:

Sekiranya berlaku masalah pada kuku, segera berjumpa doktor agar ia dapat ditangani dengan baik sebelum timbul komplikasi kelak.

Konklusinya, simpan kuku pendek dan bersih itu adalah lebih baik berbanding bela kuku panjang. Pun begitu, aspek lain dalam usaha jaga dan rawat kuku juga amat penting.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Nail Hygiene, https://www.cdc.gov/healthywater/hygiene/hand/nail_hygiene.html, Accessed Dec 2 2021.
  2. The Do’s and Don’ts of Nail Care, https://www.msccollege.edu/blogs/nails/dos-and-donts-of-nail-care/, Accessed Dec 2 2021.
  3. Fingernails: Do’s and don’ts for healthy nails, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/nails/art-20044954, Accessed Dec 2 2021.
  4. Tips for healthy nails, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/healthy-nail-tips, Accessed Dec 2 2021.
  5. How to trim your nails, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/how-to-trim-nails, Accessed Dec 2 2021.

Versi Terbaru

29/04/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

AWAS! Jangan 'Syok' Sangat Pakai Kuku Palsu... Silap Gaya Boleh Rosak Kuku!

5 Punca Kuku Rapuh Dan Rosak, Elakkan Penyebab No. 3!


Disemak oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 29/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan