Jika kuku kebanyakannya putih dengan rim gelap, ini menunjukkan anda mungkin mengalami masalah hati, seperti hepatitis.
4. Kuku rapuh (bristle)
Masalah ini biasanya berlaku akibat masalah diet atau bahan kimia yang terkena tangan anda.
Kuku dibentuk di dalam matrik kuku, akar kuku. Menurut Dr Phoebe Rich, jika anda kurang sihat atau kurang nutrien tertentu, badan anda tidak mempunyai bahan untuk membuat kuku yang baik.
Kuku rapuh juga boleh menunjukkan anemia kekurangan zat besi atau penyakit tiroid.
5. Lekukan kuku
Kerutan kuku tak sihat ini biasanya sebahagian daripada penuaan. Lekukan yang mendalam dikenali sebagai garis Beau dan ia lebih membimbangkan.
Ia menunjukkan bahawa sesuatu yang menyebabkan kuku berhenti berkembang untuk sementara waktu.
Puncanya termasuk demam tinggi, kimoterapi, penyakit serius, pembedahan utama, pemindahan darah, kemalangan kereta atau apa-apa tekanan utama kepada sistem anda.
6. Kuku tak sihat: Bintik putih

Kebanyakan berfikir bintik putih itu berkaitan dengan kekurangan vitamin tetapi itu hanya mitos.
Keadaan yang dipanggil leukonychia punctate, sebenarnya disebabkan oleh beberapa jenis trauma ringan apabila kuku sedang dibentuk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen