backup og meta

Ini Panduan Potong Kuku Macam Salun, Mesti Cantik Kuku Nanti, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/01/2022

    Ini Panduan Potong Kuku Macam Salun, Mesti Cantik Kuku Nanti, Cubalah!

    Nak potong kuku jari sebenarnya ada caranya yang tersendiri. Jom ketahui cara memotong kuku yang betul agar kelihatan kemas seperti di salun, barulah cantik!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Ketahui cara memotong kuku jari  

    Walaupun mendandan kuku dianggap rutin penjagaan diri yang mudah tetapi sebenarnya ia penting dan perlu dititikberatkan. 

    Ini kerana kuku yang pendek dan cantik potongan bukan sahaja tampak kemas, bahkan kurang berkemungkinan menyimpan kotoran dan bakteria, yang menjadi punca jangkitan.

    Untuk potongan kuku tangan dan kaki yang kemas dan betul, ikuti langkah berikut:

    Cara memotong kuku jari #Persediaan yang perlu dilakukan

    1. Basuh tangan dan kaki

    Rendam kuku selama beberapa minit sebelum memotongnya – untuk melembutkan dan menjadikan kuku lebih mudah dipotong. Kemudian keringkan tangan dan kaki.

    Anda boleh mula memotong semasa kuku masih basah, tetapi ia lebih disarankan apabila kuku kering, terutamanya kuku kaki yang cenderung lebih tebal dan keras pada ibu jari kaki.

    Cara memotong kuku #2. Pilih alat pemotong 

    Anda boleh menggunakan pengetip kuku atau gunting manikur. Ia bergantung kepada keselesaan anda.

    3. Pastikan alat pemotong kuku bersih

    Jika boleh, sediakan alat pemotong kuku sendiri dan berasingan untuk kuku tangan dan kaki.

    Basuh alatan dengan disinfektan untuk kebersihan. Menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk atau sabun antibakteria juga berkesan – rendamkan alat pemotong kuku selama 10 minit dalam mangkuk berisi air panas bersabun.

    Baca juga:

    4. Berwaspada dengan persekitaran tempat memotong kuku

    Sediakan tempat untuk meletakkan kuku yang telah dipotong bagi mengelakkan ia daripada berselerak di lantai.

    Elakkan daripada memotong kuku berhampiran dengan individu yang sedang berbual atau kuku mungkin ‘melompat’ dan masuk ke dalam mulut mereka.

    Cara memotong kuku

    1. Potong dengan kerap

    Kuku tumbuh kira-kira 2.5mm setiap bulan, bermakna ia akan mengambil masa 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya.

    Jika anda kerap memotong kuku jari – contohnya, 1-2 kali seminggu – anda tidak perlu risau kuku akan panjang.

    Sekiranya berasa sakit pada tepi kuku, ia mungkin disebabkan kuku yang tumbuh ke dalam (ingrown nail). Jika boleh, sila potong kuku sebelum ia tumbuh terlalu dalam, tetapi cara terbaik adalah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

    2. Potong kuku

    Tujuan memotong kuku adalah untuk membuang kuku berwarna putih yang tumbuh pada hujung kuku.

    cara memotong kuku

    Jika boleh potong kuku selurus yang boleh dan sedikit berlekuk pada hujungnya. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kuku tumbuh ke dalam.

    3. Potongan kecil 

    Sebaiknya, potong kuku dengan menghasilkan banyak potongan kecil. Elakkan daripada memotong kuku dengan sekali potongan sahaja.

    4. Cara memotong kuku jari kaki

    Gunakan kaedah yang sama untuk memotong kuku kaki.

    Disarankan untuk menggunakan pemotong yang lebih besar kerana kuku kaki biasanya lebih tebal.

    Kuku kaki secara semula jadi berbentuk bujur dan satu potongan cenderung meratakan bujur tersebut. Jadi sebaiknya lakukan potongan beberapa kali.

    Mulakan pada 1 bahagian dan berakhir kepada bahagian bertentangan.

    Sekiranya boleh, gunakan set pemotong kuku yang berasingan untuk kaki dan tangan bagi menghindari penularan bakteria antara kedua-dua bahagian tubuh ini.

    cara memotong kuku

    Cara memotong kuku #5. Jangan potong berlebihan

    Ada kalanya anda mungkin akan berasa perlu untuk memotong lagi kuku.

    Tetapi jika potongan kuku dilakukan terlalu dalam, tindakan tersebut boleh mendedahkan kulit sensitif di bawah kuku dan meningkatkan risiko jangkitan.

    Pengikir kuku

    1. Pertimbangkan untuk mengikir kuku jari (filing nails)

    Anda tidak perlu mengikir atau membentuk kuku, tetapi proses ini akan membantu menjadikan bentuk kuku tepat seperti diingini.

    Ada kalanya, tepi kuku yang dipotong boleh menjadi bergerigi, jadi mengikirnya adalah pilihan terbaik. Ia boleh mengurangkan risiko kuku tersangkut pada pakaian dan kuku boleh patah, selain memberikan bentuk yang licin.

    cara memotong kuku

    2. Tunggu sehingga kuku kering

    Sebaiknya tunggu sehingga kuku kering dan tidak lembut. 

    Mengikir dalam keadaan kuku basah akan menyebabkan kuku lebih bergerigi dan kasar apabila ia kering.

    Di samping itu, tindakan tersebut juga boleh mengakibatkan kuku pecah dan retak.

    3. Mengikir kuku

    Lakukan proses ini secara perlahan dan mulakan daripada tepi kuku ke tengah.

    Gunakan bahagian pengikir yang kasar dan membentuk kuku terlebih dahulu jika banyak kuku yang perlu dibuang. Kemudian gunakan pengikir lebih halus untuk melicinkan kuku.

    Kuku seharusnya berbentuk hampir segi tiga atau ovul, tetapi tidak runcing. Ini bertujuan untuk mengelakkan kuku daripada pecah.

    4. Periksa hasil

    Semasa memotong atau mengikir, periksa kuku secara berkala untuk memastikan semuanya sama bentuk dan kepanjangan. 

    Jangan lupa untuk pastikan kuku licin atau ia akan menyusahkan kehidupan harian apabila kuku kerap tersangkut pada baju.

    Selamat mencuba dan semoga kuku anda akan lebih cantik dan kemas selepas mencuba tip di atas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan