Dapatan daripada kajian makmal
Kajian makmal tahun 2013 mendapati minyak ini berkesan dalam merawat kulat Trichophyton rubrum (T. rubrum).
Untuk pengetahuan anda, kulat ini biasanya menyerang kawasan kuku pada kaki dan boleh menyebabkan athlete’s foot.
Athlete’s foot merupakan masalah kulit biasa pada kaki yang disebabkan oleh kulat. Walaupun ia jarang menjadi serius, tapi gejalanya mampu mengganggu.
Di samping itu, kajian mendapati minyak tea tree adalah jauh lebih berkesan untuk mengekang pertumbuhan T. rubrum berbanding plasebo.
Walau bagaimanapun, para penyelidik telah bereksperimen dengan menggunakan T. rubrum dan potongan kuku.
Namun, hasilnya tidak jelas jika minyak ini mempunyai kesan yang sama pada tisu kuku yang dijangkiti pada manusia.
Dapatan kajian yang melibatkan manusia
2 kajian terdahulu telah mengkaji kesan penggunaan minyak tea tree dalam merawat kulat kuku pada manusia.
Satu kajian tahun 1994 mendapati, minyak tea tree yang digunakan secara langsung pada kuku kaki yang terjejas mempunyai tahap keberkesanan yang sama dengan krim clotrimazole.
Untuk makluman, clotrimazole adalah krim antikulat yang dipreskripsi atau boleh didapati dari farmasi.
Satu kajian lain pula diterbitkan pada tahun 1999, menyiasat sama ada krim antikulat yang mengandungi campuran minyak ini dapat membantu merawat kulat kuku.
Justeru, para penyelidik menggunakan minyak tea tree sahaja sebagai plasebo.
Kemudian, sebilangan peserta diarah untuk menggunakan krim gabungan atau plasebo selama 16 minggu.
Hasilnya, krim gabungan berjaya menyembuhkan hampir sebanyak 80% kulat kuku peserta.
Namun, tiada sebarang penambahbaikan bagi golongan yang hanya menggunakan minyak tea tree sebagai rawatan.
Perkara ini menunjukkan, dengan menggunakan minyak ini sahaja mungkin tidak mampu menjadi rawatan yang berkesan bagi merawat kulat kuku.
Minyak tea tree, selamat atau tidak?

Secara amnya, menggunakan minyak tea tree secara topikal dalam jumlah kecil adalah selamat jika dicairkan dengan betul.
Namun ingat, jangan sekali-kali meminum atau menelan minyak ini!
Elakkan juga menggunakannya pada kanak-kanak tanpa berunding dengan doktor.
Tambahan lagi, minyak pati ini harus dicairkan dalam minyak pembawa, seperti minyak badam manis.
Ia juga boleh menyebabkan reaksi alergi dan kerengsaan kulit seperti kemerahan, gatal-gatal, serta keradangan pada segelintir individu.
Tetapi, walaupun minyak ini telah dicairkan, anda digalakkan untuk lakukan ujian patch test sebelum menggunakannya.
Peringatan buat bakal atau para ibu, dapatkan khidmat nasihat doktor dahulu sebelum menggunakannya.
Bagaimana cara penggunaan minyak ini?
Minyak tea tree sebenarnya senang digunakan. Hanya tambahkan pati minyak tersebut ke dalam minyak pembawa seperti:
- Minyak kelapa
- Minyak badam
- Minyak jojoba
- Minyak zaitun
- Minyak avokado
- Minyak argan
- Minyak rosehip
Cara penggunaan, anda boleh guna kapas untuk menyapunya lalu biarkannya kering.
Atau boleh juga letakkan bebola kapas yang direndam di dalam minyak yang dicairkan pada kawasan terjejas selama beberapa minit.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan rendaman kaki beberapa kali seminggu.
Untuk rendaman, letakkan 5 titis minyak ini ke dalam setengah auns minyak pembawa, campurkan, kacau ke dalam baldi berisi air suam, kemudian rendam kaki selama 20 minit.
Selain itu, pastikan kuku anda dalam kondisi kemas dan rapi semasa proses penyembuhan, iaitu dengan menggunakan pengepit kuku yang bersih, gunting, atau alatan lain untuk mengeluarkan kuku mati.
Juga, pastikan kuku yang terjejas sentiasa bersih dan kering, di samping membasuh tangan anda dengan bersih setelah merawat kuku untuk mengelakkan sebarang penyebaran jangkitan.