Ia mendorong pertumbuhan sel yang sihat dan membantu metabolisme asid amino dalam pembentukan protein yang penting untuk pertumbuhan kuku.
Suplemen dan makanan yang kaya dengan sumber biotin dapat membantu menguatkan masalah kuku rapuh anda.
Kandungan biotin paling sering dijumpai pada bahagian organ seperti hati, tetapi ia juga terdapat dalam kuning telur, produk tenusu, yis, salmon, avokado, kekacang, biji-bijian dan juga kubis bunga.
#4 Tolak kutikel dengan lembut (jika berpengetahuan)
Apabila anda ingin menolak cuticles, iaitu bahagian kulit di sekeliling kuku, pastikan anda tolak dengan lembut dan dengan sudut 45 darjah.
Cuticles ini tidak semestinya harus ditolak, ia juga boleh dipotong cuma anda perlu lebih berlemah-lembut apabila ingin memotong atau menolaknya.
Jika anda menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menolak atau memotong cuticles sehingga merosakkannya, ia boleh melemahkan kuku secara keseluruhan.
Apa pun, jika anda berasa tidak yakin dan kurang pengetahuan untuk melakukannya, usah ambil risiko!
Cuticles adalah penghadang semula jadi kepada kulat dan bakteria, jadi ‘mengusiknya’ dengan cara yang salah boleh menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada kuku.
Jangan lakukan perkara ini terhadap kuku anda!
Untuk tips penjagaan kuku sihat, bersih dan menawan, pastikan anda mengelak melakukan tabiat buruk di bawah agar kerosakan kuku mampu dibendung. Jangan:

- Gigit kuku anda atau ‘mengusik’ cuticles: Tabiat ini boleh merosakkan kuku dan kulit di sekitarnya. Luka yang kecil di bahagian kuku anda sudah boleh membiakkan bakteria atau kulat lantas menyebabkan jangkitan
- Tolak cuticles terlalu jauh ke belakang: Peminat kuku sangat obses dengan penjagaan kuku, tetapi adalah penting untuk membiarkann kutikel sebanyak mungkin, kerana bahagian kulit ini berfungsi untuk melindungi kuku. Potong hanya bahagian yang sudah mulai terangkat dengan perapi cuticles yang tajam dan bersih
- Penggunaan polish remover yang berlebihan: Menggunakan polish remover dengan terlalu banyak berisiko mengeringkan dan merosakkan kesihatan kuku. Justeru, pertimbangkan untuk menggunakan polish remover bersifat bebas aseton tidak lebih dari sekali seminggu
- Berkongsi alatan kuku: Bakteria dan mikroba lain cenderung untuk membiak terutamanya pada pengetip kuku, maka berkongsi pengetip kuku dengan orang lain berisiko memindahkan ‘makhluk jahat’ ini kepada anda
- Jangan abaikan sebarang keradangan, pertumbuhan, warna atau tekstur yang pelik: Kuku yang sihat harus mempunyai warna dan konsistensi yang seragam. Sekiranya anda mengenal pasti sesuatu yang kelihatan tidak normal, segera lakukan pemeriksaan bersama pakar dermatologi, kerana ini mungkin merupakan petanda masalah yang lebih serius