backup og meta

10 Langkah Mudah Untuk Merias Kuku Gaya 'DIY', Boleh Buat Di Rumah!

Kuku akan kerap terdedah dengan kekotoran dan kerosakan. Dalam usaha untuk mengelakkan masalah ini terjadi, anda kena tahu langkah merias kuku di rumah!

10 Langkah Mudah Untuk Merias Kuku Gaya 'DIY', Boleh Buat Di Rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

10 Langkah merias kuku secara DIY

1. Bersihkan kuku anda

Basahkan kuku jari anda di dalam semangkuk air panas dalam 5-10 minit. Ini akan melembutkan jari dan memudahkan proses mengasah kuku.

Kuku rapuh mudah rosak jika anda tidak menjaganya!

Keluarkan tangan dari mangkuk tersebut apabila air menjadi sejuk atau sama seperti suhu bilik. Kuku anda akan mula berasa lembut dan keringkannya dengan tuala.

langkah merias kuku
Kenali masalah kesihatan berdasarkan kuku sahaja!

2. Potong kuku terlebih dahulu

Langkah merias kuku kedua , jika anda punyai kuku panjang, lebih baik anda boleh memotongnya dengan pengetip kuku daripada mengasah.

Untuk permulaan, kekalkan ia pada panjang yang sederhana di mana kuku anda tidak akan terpatah dengan mudah.

Jika anda mahu pengilat kuku tahan lebih lama, anda patut mempunyai kuku pendek.

3. Asah kuku dengan betul

Apabila kuku anda sudah panjang seperti yang anda hendaki, bentukkan kuku dengan menggunakan pengasah kuku.

Asah kuku langkah merias kuku yang penting bagi mencantikkan lagi bentuk kuku anda. Setiap pengasah kuku juga memiliki kelembutan yang berbeza.

Lagi lembut pengasah tersebut, lagi lembut ia pada kuku anda, namun proses mengasah juga akan mengambil masa panjang.

Apabila anda mengasah kuku, elakkan pergerakan menggergaji (belakang dan depan pada kuku). Kekal pada satu arah ke tengah kuku.

Gunakan berus lembut untuk memberus habuk-habuk daripada pengasah kuku anda.

4. Gunakan minyak kutikel 

langkah merias kuku
Penjagaan kuku yang baik akan membuatkan kuku anda kelihatan cantik. 

Seterusnya, letakkan minyak kutikel pada jari anda.

Anda boleh sahaja guna minyak zaitun atau minyak jojoba. Letakkan setitik pada setiap jari dan urut kuku anda.

Ini akan melembutkan kutikel dan memberikan minyak yang penting pada kulit di sekeliling kuku anda.

Tanggalkan minyak kutikel, antara cara merias kuku yang ke-5

Apabila sudah selesai mengurut, tiba masanya untuk menolak semula kutikel anda. Ini adalah amalan yang sudah lama dipraktikan bagi peminat kuku.

Ia tidak akan mencederakan kuku anda jika dilakukan dengan betul. Menolak semula kutikel dapat membantu kuku untuk tumbuh lebih cepat dan panjang.

Terdapat dua alat yang anda boleh guna: batang oren atau penolak kutikel. Batang oren sangat lembut dan ia tidak akan menggali ke dalam kuku anda.

Penolak kutikel berbentuk seperti lengkung kutikel, jadi anda boleh membentuk kutikel anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia juga lebih sukar.

Jika anda menggunakan penolak kutikel, jangan menggali ke dalam kuku atau menolak terlalu kuat; anda mungkin terlepas kutikel dan menolak ke dalam kulit.

6. Gunakan base coat pada kuku

Sapukan sapuan asas pada kuku anda. Terdapat dua jenis sapuan asas: sapuan mudah di tanggal dan sapuan biasa.

Seperti namanya, sapuan mudah di tanggal membantu menanggalkan pengilat kuku tanpa menggunakan pembersih penghilang pengilat kuku yang lebih rumit dan boleh mengeringkan kulit anda.  

Sekiranya anda mahu pengilat kuku anda tahan lama, guna sapuan asas tetap.

Sapuan asas akan mencegah pengilat kuku dari mengotorkan kuku anda.

Sekiranya anda selalu memakai pengilat kuku, anda mungkin menyedari kuku anda kekuningan berbanding dengan mereka yang tidak memakai pengilat kuku.

7. Pakai warna nail polish yang anda inginkan

langkah merias kuku
Antara design kuku yang menjadi pilihan wanita. 

Di sinilah keseronokan bermula! Sapukan mana-mana pengilat kuku dengan warna pilihan anda.

Apa sahaja yang anda lakukan, ingat untuk membiarkan pengilat itu kering sebelum anda meletakkan sapuan seterusnya.

Ia mungkin mengambil beberapa percubaan dan kesilapan untuk mendapatkan pengilat seperti yang anda inginkan namun ianya berbaloi.

Sekiranya anda menggunakan gel pengilat, bukannya pengilat biasa, ingat untuk merawat kuku anda dengan lampu cahaya UV sebelum setiap sapuan.

8. Apply top coat sebagai langkah merias kuku

Akhirinya pula dengan sapuan yang terakhir dengan top coat. 

Terdapat banyak sapuan yang boleh anda pilih: sapuan terakhir tidak berwarna, gel sapuan (anda perlu merawat ini juga), sapuan matte, sapuan holo, dan lain-lain.

Sebahagiannya mungkin menyerlahkan reka bentuk dan ada juga yang mungkin akan menenggelamkan reka bentuk ciptaan anda itu sendiri.

Petuanya adalah dengan mencubanya pada penutup plastik yogurt (atau apa-apa penutup yang anda boleh cari) atau tikar sebelum mengenakan sapuan terakhir pada kuku anda.

9. Keringkan kuku anda

Biarkan kuku anda kering sepenuhnya sebelum menjalankan buat perkara lain selama 10-15 minit antara setiap lapisan. Jika tidak, kuku anda akan kelihatan tidak cantik dan sempurna.

Kesimpulan

Mudah saja bukan langkah merias kuku ini? Rawatan kecantikan kuku dan tangan yang mudah ini bukan sahaja mencantikkan penampilan tetapi juga menyihatkan dan menguatkan kuku anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. A look at the effects of nail polish on nail health and safety, https://www.health.harvard.edu/blog/a-look-at-the-effects-of-nail-polish-on-nail-health-and-safety-2019112118231, Accessed Aug 27 2018.
  2. Why You Should Give Your Toenails a Break From Polish, https://health.clevelandclinic.org/why-you-should-give-your-toenails-a-break-from-polish/, Accessed Aug 27 2018.
  3. Fingernails: Do’s and don’ts for healthy nails, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/nails/art-20044954, Accessed Aug 27 2018.
  4. Is it safe to wear nail polish all summer?, https://www.piedmont.org/living-better/is-it-safe-to-wear-nail-polish-all-summer, Accessed Aug 27 2018.
  5. GEL MANICURES: TIPS FOR HEALTHY NAILS, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/pedicures/gel-manicures, Accessed Aug 27 2018.

Versi Terbaru

09/02/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

AWAS! Jangan 'Syok' Sangat Pakai Kuku Palsu... Silap Gaya Boleh Rosak Kuku!

Hairan Tengok Kuku Jadi Warna Biru, Rupanya Ia Juga Petanda 3 Penyakit Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan