Rawat Kulit Kaki Mengelupas dan Merekah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Cuaca boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan manusia. Selain daripada selesema, flu atau alergi bermusim, kulit merekah, mengelupas adalah antara masalah kesihatan yang berkaitan dengan cuaca. Keadaan ini menyebabkan kesakitan tahap ringan dan teruk. Oleh itu, bagaimana untuk merawatnya dengan selamat dan berkesan adalah sangat diperlukan.

Kenapa anda mengalami kulit merekah dan mengelupas?

Kulit merekah dan mengelupas adalah disebabkan kurang kelembapan pada kulit. Keadaan ini biasanya berlaku pada kaki atau tangan kerana tiada kelenjar minyak di kawasan tersebut untuk mengekalkan kelembapan. Di samping itu, terdapat juga sebab lain untuk berlakunya kulit mengelupas dan merekah, termasuklah:

  • Terlalu banyak mandi air panas
  • Keadaan kulit tertentu seperti ekzema, psoriasis
  • Penyakit tertentu seperti diabetes atau masalah tiroid
  • Gel mandi atau sabun tanpa pelembap
  • Cuaca sejuk
  • Kerap menggunakan penghawa dingin  (yang membawa kepada tahap kelembapan rendah)
  • Penuaan

Apakah simptom-simptom rekahan?

Sebelum keadaan merekah dan mengelupas serta rasa sakit bertambah teruk, terdapat beberapa simptom seperti berikut:

  • Gatal
  • Kemerahan
  • Ruam
  • Tanda rekahan

Bagaimana untuk merawat kulit merekah dan mengelupas?

Sebelum menjalankan rawatan, sediakan bahan-bahan tersebut:

  • Losyen atau vaseline atau minyak sayuran
  • Stokin kapas lembut
  • Tuala lembut
  • Gel mandi atau sabun antibakteria
  • Lemon
  • Batu pumis (batu gunung berapi yg ringan serta poros, biasanya digunakan sbg bahan pelelas).

Prosedur ini termasuk langkah-langkah tersebut:

Langkah 1:

Singkirkan sel-sel kulit mati dan bahagian yang keras dengan menggosoknya dengan batu pumis. Sekiranya anda mengalami kesakitan, hentikannya.

Langkah 2:

Pastikan kawasan yang terjejas dilembapkan dengan kerap. Pertama, sapukan vaseline atau losyen atau minyak sayuran kemudian tutup dengan stokin. Lakukan ini setiap hari untuk melihat penambahbaikan.

Langkah 3:

Pastikan kawasan yang terjejas bersih dengan menggunakan sabun anti bakteria. Selepas mencuci, keringkan dengan tuala kapas yang lembut dan bersih. Ini akan menghalang jangkitan yang membawa kepada rasa sakit.

Langkah 4:

Rendam bahagian-bahagian yang terjejas dengan jus lemon untuk melembutkan kulit. Setiap kali anda lakukannya, pastikan dalam masa 10 minit untuk hasil terbaik.

Langkah 5:

Minum air dengan banyak untuk kekal terhidrasi. Elakkan daripada meminum kopi atau alkohol yang boleh menyebabkan kulit kering dan memburukkan keadaan.

Nota:

Sekiranya keadaan ini tidak bertambah baik atau semakin teruk tanpa mengira percubaan anda, dapatkan bantuan doktor.

Bagaimana mencegah pengelupasan merekah?

Berikut adalah beberapa tip untuk mencegah keadaan ini.

  • Bincang dengan doktor untuk rawatan perubatan tertentu untuk menguruskan kekeringan.
  • Cuba untuk tidak menggaru atau menggosok kawasan yang terjejas. Jika kegatalan berterusan, gunakan kaedah sejuk dengan meletakkan pek ais atau kompres sejuk di kawasan tersebut.
  • Elakkan daripada semua aktiviti serta produk yang boleh menyebabkan kulit kering seperti sabun berbuih atau sabun wangi.
  • Tekan kulit dengan tuala untuk mengeringkan, jangan gosok.
  • Elakkan mandi sauna atau wap dan mandi air panas yang lain. Air suam disarankan.
  • Lembapkan kulit selepas mandi.
  • Pakai kasut yang membolehkan kaki bernafas.
  • Elakkan alkohol dan kafein.

Pengelupasan merekah menyebabkan banyak ketidakselesaan; daripada gatal-gatal, rasa terbakar, kesukaran berjalan dan juga pendarahan. Oleh itu, ikuti arahan di atas untuk mendapatkan kulit yang sihat sempurna.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba Nanti!

    Masalah tumit merekah bukan lagi perkara asing buat kita dan mampu mencacatkan penampilan seseorang. Justeru, apakah rawatan terbaik bagi merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Masalah Kulit Lain 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya

    Kini, terdapat banyak sekali kaedah untuk buang bulu yang boleh dipilih sama ada bercukur, menggunakan waxing, krim membuang bulu dan banyak lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, jadi anda mungkin keliru memilih yang terbaik. Bagaimana dengan produk berasaskan niacinamide, ada manfaat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Menopaus boleh sebabkan perubahan pada kondisi kulit anda, badan anda juga akan berhenti menghasilkan kolagen dan ini bukanlah saat yang ditunggu wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Haid, Kesihatan Wanita 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    merawat jerawat dengan tretinoin

    Rawat Jerawat Dengan Produk Berasaskan Tretinoin, Ikut Cara Pakai Ini, Barulah Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    dermatitis atopik dan ekzema

    Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    kulit kering sekitar mulut

    Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    kondisi kulit yang sihat

    Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan