Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Kuku Warna Hitam? Jangan Pandang Remeh! Ini Petanda 5 Penyakit
Kebiasaannya, kuku di jari tangan dan kaki itu berwarna merah jambu dengan tona berbeza mengikut individu. Namun, bayangkan jika ia berubah warna lebih gelap atau hitam, anda pasti akan mula terfikir dan tertanya jika kuku hitam tanda penyakit apa. Kuku kaki hitam tanda penyakit apa?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Lapisan kulit di bawah kuku ini turut penuh dengan salur darah, hujung saraf serta kelenjar yang mempunyai sistem atau fungsi deria sama ada terhadap sentuhan, tekanan, suhu dan kesakitan.
Perubahan warna, bentuk dan tekstur kuku itu boleh jadi petunjuk masalah kesihatan. Contohnya, kuku akan berubah warna kuning jika ada infeksi kulat kuku dan warna lain untuk kondisi lain.
Masalah kesihatan yang boleh dilihat menerusi kuku.
“Selain boleh menggambarkan tahap kebersihan, warna kuku juga mencerminkan tahap kesihatan seseorang individu daripada infeksi kulat yang biasa sehingga kondisi bahaya seperti kanser kulit!”, jelas Pakar Perubatan Dalaman, Dr Pankaj Pahwal.
Persoalannya, bagaimana pula jika ia berubah gelap atau hitam? Jadi, kuku hitam tanda penyakit apa? Apa penyebab warna kuku gelap?
Kuku hitam tanda penyakit apa?
Penyebab warna kuku gelap? Kehitaman di hujung kuku anda itu adalah akibat daripada kumpulan kotoran seperti:
daki
debu
sel kulit mati
Berita baiknya, ia boleh dipotong dan dibuang.
Tetapi jika bahagian badan atau plat pula yang hitam, maka ia mungkin petanda penyakit berikut:
#1. Infeksi kulat kuku antara tanda hitam di kuku kaki
Jika di atas tadi, dikatakan bahawa infeksi kulat akan buat kuku berubah warna kekuningan. Pun begitu, ramai individu yang pandang remeh jangkitan itu lantas dibiarkan tanpa rawatan.
Akibatnya, ia akan membuat warna kuku berubah jadi kegelapan, kusam dan hitam. Dalam usaha untuk merawat kondisi ini, anda perlu ambil ubat antikulat dan beri perhatian pada aspek kebersihan.
Kuku tangan berwarna hitam.
Kuku hitam tanda penyakit apa #2. Trauma
Pernahkah kuku anda terhentak atau tertimpa dengan objek keras lagi berat? Kesannya, ia bakal buat lapisan dalam kuku tercedera lantas menyebabkan pembuluh darah di jari itu pecah.
Apa yang lebih menakutkan, melanoma boleh wujud tanpa anda sedar serta boleh jadi lebih teruk tanpa sebarang gejala. Memandangkan ia juga sejenis kanser, maka sila beri perhatian.
Peringatan!
Segera berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor tentang rawatan atau ubatan yang diperlukan.
Kuku kaki yang berwarna hitam.
#4. Tanda hitam di kuku kaki: Kesan ubat yang tertentu
Antara jenis ubat yang boleh jadi punca masalah ini adalah antiviral, antibiotik, ubat kimoterapi serta lain-lain. Ini mungkin hanya kesan sampingan ubatan yang ringan sahaja tetapi jika masih kekal lama, dapatkan nasihat daripada pakar tentangnya.
#5. Pigmen kulit yang terkesan
Pigmen kulit boleh terkesan akibat kondisi-kondisi tertentu seperti diabetes, anemia dan penyakit berkaitan organ seperti ginjal dan jantung. Akibatnya, kulit anda boleh jadi lebih gelap.
Termasuk warna kuku, perubahan pada warna kulit ini akan kekal dari saat anda mula menghidap penyakit-penyakit di atas dan sukar untuk menjadi normal semula.
Konklusinya, jawapan untuk soalan kuku hitam tanda penyakit apa mungkin sudah ada di atas. Sebarang kekeliruan dan keresahan tentang kuku kaki hitam tanda penyakit apa perlu dibawa ke doktor untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Nail Discoloration – Green, Blue, Black, White or Yellow, Why ?, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/nail-changes-dermatologist-should-examine, Accessed Jun 24 2022.
Surprising Things Your Fingernails Can Reveal About Your Health, https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2021/what-your-nails-can-tell-you.html, Accessed Jun 24 2022.
Black Toenails, https://www.vascularhealthclinics.org/institutes-divisions/podiatry-foot-and-ankle-surgery/nail-problems/black-toenails/, Accessed Jun 24 2022.
Fingernails Are a Window to Your Health, https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/fingernails-are-a-window-to-your-health/, Accessed Jun 24 2022.
6 Things Your Nails Say About Your Health, https://health.clevelandclinic.org/6-things-your-nails-say-about-your-health/, Accessed Jun 24 2022.
Versi Terbaru
08/10/2024
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman