backup og meta

Oh! Kuku Jadi Kuning Bukan Sebab Kerap Pakai Pengilat Saja, Ada Lagi Punca Lain

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    Oh! Kuku Jadi Kuning Bukan Sebab Kerap Pakai Pengilat Saja, Ada Lagi Punca Lain

    Pernah tak perasan yang kuku berwarna kuning? Kenapa warna kuku berubah? Adakah ia melibatkan perubahan pada plat kuku? Jom ketahui punca dan cara penjagaan kuku.

    Apa itu kuku?

    Kuku atau sebenarnya dipanggil plat kuku adalah terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina. Plat ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat. Sel tua ini merupakan sel yang mati, oleh sebab ini, anda tidak akan berasa sakit apabila memotongnya. 

    Plat ini tumbuh dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali ganda berbanding kadar pertumbuhan plat pada bahagian kaki.

    Dasar kuku adalah lapisan kulit yang menampung plat. Warna sebenarnya adalah mengikut warna dasarnya yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Oleh itu, warna plat kuku anda boleh mencerminkan tahap kesihatan anda. 

    Kutikel terletak di hujung proksimal kuku. Ia sebenarnya adalah lapisan kulit mati yang hampir tidak kelihatan yang terlipat di atas bagi melindungi plat yang baru tumbuh.

    Mengapa Kuku Berwarna Kuning?

    Tahukah anda terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan plat kuku berwarna kuning. Selain disebabkan anda menggunakan serbuk kunyit ketika memasak, ia boleh bertukar kuning kerana beberapa faktor lain. 

    Plat terbentuk daripada sel-sel mati dan dipenuhi keratin. Keadaannya yang berwarna kuning adalah masalah biasa dalam kalangan lelaki dan wanita; sama ada disebabkan kesan pengilat kuku, gaya hidup anda atau tanda-tanda masalah perubatan.

    1. Pengilat kuku

    Biasanya, pigmen pada bahan pengilat merupakan penyebab mengapa plat kuku berwarna kuning. Lebih gelap warna pengilat, lebih banyak kesan yang ditinggalkannya.

    Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah dengan menggunakan kot asas yang jernih sebelum menggunakan pengilat. 

    Ia bukan sahaja melindungi plat anda daripada kesan warna tetapi juga membuat pengilat tahan lebih lama. Menggunakan penanggal pengilat yang diperbuat daripada aseton juga menambah warna kuning pada plat.

    Pilih penanggal bukan aseton setiap kali anda perlu menanggalkan pengilat yang dipakai.

    plat kuku

    2. Tabiat merokok

    Sekiranya anda seorang perokok, maka plat kuku anda mungkin bertukar kuning disebabkan tar dan nikotin dari rokok anda.

    Di samping itu, merokok menghalang aliran oksigen ke plat, menyebabkan kekurangan oksigen yang juga menyebabkan ia kuku berwarna kuning.

    Untuk mengelakkan kuku berwarna kuning, anda perlu berhenti merokok. Walaupun susah, mungkin ini lebih baik untuk kesihatan anda sendiri.

    3. Jangkitan kulat

    Masalah ini juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat. Tanda-tandanya termasuklah plat mengelupas, di samping bau yang kurang menyenangkan. Jika tidak dirawat, plat anda boleh menebal dan hancur.

    Selain itu, warnanya yang bukan semula jadi mungkin menandakan penyakit tiroid, hati dan paru-paru. Jika anda merasa curiga dengan warna plat kuku anda, rujuk kepada doktor untuk menentukan masalah sebenar anda.

    Atasinya

    Jika plat anda sudah pun menjadi kuning. Anda masih boleh mencerahkannya dengan menggunakan jus lemon dan baking soda (serbuk penaik) atau pergi ke salon untuk pembaikan segera. 

    Sama seperti kulit anda, ia anda perlukan oksigen supaya tetap sihat dalam jangka masa panjang. Sekalipun anda gemar menggunakan pengilat kuku, membiarkannya tanpa diwarnakan akan membantu plat anda kekal lebih sihat.

    Rapuh dan Kering

    Penjagaan plat kuku dengan bersih dan rapi sangat penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan diperhatikan. Tetapi terdapat keadaan yang membuatkannya tidak kelihatan baik seperti kering dan rapuh. Bagaimana merawatnya?

    1. Rendam dalam minyak zaitun

    Bunyi agak pelik kan? Hasil rawatan rumah murah ini bukan sahaja dapat membantu memperkuat plat yang rosak, tetapi juga menguatkan plat yang lemah atau mengelupas. 

    Salah satu manfaat menggunakan minyak sayuran adalah ia membantu melegakan kekeringan dan keretakan kuku kaki, dan tidak seperti krim, minyak melakukan kerja yang lebih baik menyerap ke dalam kuku dan melembapkan strukturnya lebih lama daripada krim dan gel.

    Jadi, rendam plat rapuh dalam minyak zaitun kira-kira 10-15 minit sehari selama sebulan, kemudian ulanginya untuk dua kali seminggu.

    2. Elakkan penggunaan pengilat kuku

    Sememangnya pengilat mengandungi bahan kimia yang tinggi toksik. Apabila bahan kimia ini bersentuhan dengan kuku ia cenderung mengeringkannya dan mengakibatkan kuku berwarna kuning.

    Bahan kimia toksik yang merangkumi aseton, formaldehid, toluena, dan phthalates tidak hanya memberi kesan kepada tahap kesihatannya secara negatif, penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan bahaya dan ketoksikan organ serta merengsa kulit, mata, dan paru-paru.

    3. Makan makanan kaya biotin

    Cara lain untuk merawat plat yang rapuh adalah dengan memastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya biotin, seperti hati, telur masak, bijirin penuh, avokado, dan sebagainya. 

    Ini kerana selain manfaat kesihatan biasa, biotin yang merupakan vitamin dari B kompleks membantu menguatkan dan menebalkannya. Anda juga dinasihatkan untuk menambahkan biotin jika perlu.

    kuku berwarna kuning

    4. Pastikan tidak terkena bahan pencuci pakaian

    Oleh sebab tidak mungkin untuk anda menjaganya daripada air kerana penyediaan hidangan dan dobi, adalah sangat penting untuk anda mencari jalan bagi mengurangkan kekerapannya.

    Anda boleh mendapatkan sepasang sarung tangan pelindung yang baik yang dapat membantu mencegah dan menyembuhkan plat yang rapuh.

    Ini kerana ia telah diperhatikan bahawa memakai sarung tangan ketika melakukan pekerjaan rumah tangga dapat mencegah plat anda daripada menjadi kering dan rapuh.

    5. Minum banyak air

    Seperti yang dinyatakan, adalah penting untuk mengelakkan air secara luaran ketika merawat plat yang rapuh. Pupuk tabiat terhidrasi dengan meminum banyak air. Apabila sudah mencukupi, tambahkan dengan makanan sihat yang kaya dengan air seperti tembikai dan timun.

    Ini penting kerana kajian menunjukkan bahawa minum banyak air adalah salah satu cara terbaik untuk melembapkan kuku dan kulit anda dari dalam.

    Elakkan Kuku Berwarna Kuning

    Penjagaan plat kuku adalah amat penting. Sebarang perubahan yang berlaku, seperti kuku berwarna kuning, haruslah diambil peduli dan tidak memandang ia sebagai satu perkara remeh. Ini kerana ia berkemungkinan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lain. 

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan