backup og meta

Penghidap Ekzema & Yang Sedang Berpantang Makan, Jangan Ambil 5 Jenis Ikan Gatal Ini Ya!

Penghidap Ekzema & Yang Sedang Berpantang Makan, Jangan Ambil 5 Jenis Ikan Gatal Ini Ya!

Mengetahui jenis ikan yang tidak gatal dimakan dan ikan yang tidak boleh dimakan dalam pantang adalah penting buat mereka yang sedang dalam pantang makan.

Apabila kita menyebut mengenai berpantang makan, pastinya akan ada yang terbayangkan makanan ibu yang sedang dalam pantang, betul? 

Hakikatnya, bukan wanita selepas beranak sahaja yang perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan baru lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk berpantang.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Pentingnya berpantang makan

Menurut orang tua-tua, berpantang dalam aspek pemakanan ini adalah bagi mengelakkan masalah bentan yang melibatkan simptom seperti kekejangan otot, mengalami demam serta rasa menggigil kesejukan.

Manakala dalam istilah perubatan, bentan yang terjadi ini adalah merupakan komplikasi disebabkan jangkitan kuman. 

Keadaan tersebut boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom seperti demam, badan berasa lemah, sakit sendi serta pening kepala.

Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti ekzema atau gatal kulit mahu pun alahan, mengetahui makanan yang tidak mencetuskan gejala amat penting.

punca ekzema
6 punca utama ekzema.

Dalam kes ini, sebagai contoh, mengenal pasti ikan yang tidak gatal dimakan. 

Ada kalanya sama ada kita sedar atau tidak, ada sesetengah jenis ikan boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan perut berangin.

Jadi apakah jenis ikan yang tidak gatal dimakan ya?

Jenis ikan yang tidak gatal dimakan

Secara amnya, ikan yang boleh dimakan dan tidak menyebabkan kegatalan adalah jenis ikan berisi putih dan tidak mempunyai isi perut hitam.

  • Ikan tenggiri
  • Ikan talang kering
  • Ikan gelama
  • Ikan selar
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan bawal putih
  • Ikan salmon
  • Ikan siakap
  • Ikan kerisi

Jenis ikan gatal dimakan

Jika di atas merupakan senarai jenis ikan yang tidak gatal dimakan. Di bawah pula disenaraikan jenis ikan yang perlu dielakkan dimakan. Kenapa?

Ini kerana ikan-ikan tersebut dikategorikan sebagai ikan isi hitam yang mempunyai kandungan histamin yang tinggi. 

Jika dimakan, terutamanya bagi penghidap ekzema, ia akan mencetuskan rasa kegatalan pada kulit. Sama juga keadaannya bagi mereka yang berpantang selepas bersalin.

Antara jenis ikan tersebut adalah:

  • Ikan kembung gatal
  • Ikan patin gatal
  • Bahaya gatal ikan tongkol
  • Ikan cencaru
  • Ikan pari
  • Ikan bawal hitam/emas
ikan yang tidak gatal
Ikan pari yang boleh menggatalkan.

Jadi buat mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif serta alahan seperti ekzema, buat sementara, elakkan pengambilan ikan yang disenaraikan ini. Sebaliknya pilihlah jenis ikan yang tidak gatal dimakan.

Resipi ikan tidak gatal dimakan 

Kini anda sudah mengetahui jenis-jenis ikan yang tidak gatal terutamanya buat mereka dengan masalah kulit seperti ekzema.

Tetapi ketandusan idea untuk memasak? Jom kami kongsikan antara resipi ikan yang tidak gatal enak yang boleh anda cuba di rumah.

#Tenggiri berlado

Bahan-bahan:

  • 7-8 ketul ikan tenggiri – dibasuh bersih
  • 11 batang cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang besar
  • 1 biji tomato – dibelah empat
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam dan gula 
  • Daun ketumbar
  • Serbuk kunyit
ikan yang tidak gatal
Ikan tenggiri yang tidak menggatalkan.

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. 
  2. Kisarkan cili, serai dan daun limau purut.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan dan bahan-bahan lain. Gaul sebati dan perasakan secukupnya. 
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul sebati. Biarkan masak untuk seketika.
  7. Angkat dan taburkan daun ketumbar
  8. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas. Mengancam! 

#Gelama masak asam

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan gelama
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 6 biji bawang merah – dipotong dua
  • 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 2 inci halia – dihiris nipis
  • 5 tangkai cili kering – potong serong
  • 1 biji cili merah – potong serong
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula
  • Garam 

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Goreng dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang, halia, cili dan serai sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit serbuk kunyit untuk menambah warna kuah.
  4. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan ikan yang digoreng. Biarkan seketika.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Histamine in Fish and Fishery Products. https://www.fsai.ie/faq/histamine_fish.html#,  Accessed on Oct 12, 2022
  2. Kajian Pengendalian Histamin pada Rantai Proses Produk Ikan Tuna Beku Ekspor. https://repository.ipb.ac.id/handle/123456789/102872, Accessed on Oct 12, 2022 
  3. Fish histamine poisoning. https://www.foodauthority.nsw.gov.au/consumer/food-poisoning/fish-histamine-poisoning, Accessed on Oct 12, 2022 
  4. 5 Jenis Ikan Paling Gatal Dan Angin. Pesakit Ekzema, Wanita Bersalin Perlu Elak! https://www.rasa.my/5-jenis-ikan-paling-gatal-dan-angin-pesakit-ekzema-wanita-bersalin-perlu-elak/, Accessed on Oct 12, 2022
  5. 15 Resepi Ikan Tenggiri Yang Berbagai & Dijamin Lazat. https://saji.my/resepi-ikan-tenggiri/, Accessed on Oct 12, 2022
  6. Histamine Intolerance. https://www.allergyuk.org/resources/histamine-intolerance/, Accessed on Oct 12, 2022
  7. Learn how diet affects eczema. https://nationaleczema.org/diet-nutrition/. Accessed on Oct 14, 2022

Versi Terbaru

17/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

4 Tip Penting Untuk Rawat & Cegah Dermatitis Atopik (Salah Satu Jenis Ekzema!)

5 Perkara Yang Anda Mesti Elak Jika Tak Nak Ekzema Kulit Makin Teruk!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan