backup og meta

5 Perkara Yang Anda Mesti Elak Jika Tak Nak Ekzema Kulit Makin Teruk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    5 Perkara Yang Anda Mesti Elak Jika Tak Nak Ekzema Kulit Makin Teruk!

    Penderita masalah ekzema kulit sudah pasti tidak mahu ia makin teruk kerana kondisi flare-up ini hanya akan membuat kehidupan jadi serba-serbi tidak kena.

    Disebabkan itu, ada beberapa pantang larang berkaitan masalah kulit ini yang perlu anda elak dan ia bukanlah sekadar petua menggunakan air atau sabun sahaja.

    Persoalannya, apakah antara perkara tersebut? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu!

    Masalah ekzema kulit dan flare-up

    Untuk pengetahuan anda semua, masalah ekzema kulit atau dermatitis atopik (AD) adalah kondisi kulit meradang, yang akan menjadi punca ia bengkak dan gatal.

    Ia juga akan menimbulkan ruam-ruam kecil dan merah serta kelihatan seakan kulit melecur angkara pelbagai faktor risiko yang akan kami nyatakan di bawah.

    Kebiasaannya, ia akan terjadi kepada bayi dan budak sahaja namun tidak kurang ramai yang masih mengalaminya walaupun sudah menginjak usia dewasa.

    Apa yang lebih menakutkan tentang kondisi ini ialah ia boleh jadi makin teruk jika ada pantang larang yang dilanggar dan ia dikenali sebagai fasa flare-up.

    Dalam usaha untuk menghalang fasa itu daripada berlaku dan berulang, anda perlu mengelak daripada pelbagai faktor risiko yang boleh buat keradangan pada kulit.

    ekzema kulit

    Apa perkara yang jadi pantang larang ekzema?

    Ketika flare-up itu tiba, anda akan dapati bahawa kulit tubuh badan meradang dengan simptom yang jauh lebih teruk daripada biasa dan perlu dirawat dengan segera.

    Namun, mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Jadi, sila elakkan perkara seperti berikut:

    Jika ada ekzema kulit, elak #1. Alergen

    Alergen yang boleh mengakibatkan masalah pada kulit seperti debunga, bulu haiwan atau sebarang kutu kecil dan ia boleh menyebabkan ekzema kulit lebih teruk.

    Disebabkan itu, sila pastikan persekitaran rumah atau tempat kerja anda bebas daripada alergen seperti ini dengan sentiasa menjadi kebersihan kawasan tersebut.

    Dalam pada itu juga, anda mungkin mahu untuk elak daripada melakukan sebarang aktiviti yang tinggi risiko seperti gotong-royong tempat yang sangat kotor.

    #2. Jika ada ekzema kulit, elak diet seperti ini

    Walaupun alahan makanan mungkin tidak akan menyebabkan kondisi ekzema itu sendiri, namun ia masih boleh jadi punca untuk flare-up itu jadi lebih teruk.

    Kadangkala, ada beberapa jenis makanan atau minuman yang anda tidak perlu makan dan hanya perlu sentuh untuk kulit menjadi meradang seperti jenis makanan laut.

    ekzema kulit

    Mungkin anda sendiri tidak tahu bahawa ada beberapa jenis diet yang tidak sesuai buat anda, jadi sila dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor terlebih dahulu.

    #3. Elemen penghakis kulit

    Selain alergen-alergen yang telah kami nyatakan di atas tadi, ada beberapa lagi bahan lain perlu anda elak daripada tersentuh kulit iaitu elemen penghakis kulit.

    Sebenarnya, ada banyak elemen penghakis kulit yang wujud di kediaman anda termasuklah:

    • Kapas
    • Sintetik
    • Sabun
    • Debu
    • Habuk
    • Pasir
    • Asap 

    Sekiranya elemen-elemen ini tersentuh pada kulit anda, ia mungkin akan meradang dengan menunjukkan tanda seperti kegatalan, kemerahan atau kebakaran teruk pada kulit.

    Kebiasaannya, flare-up angkara anasir ini mungkin hanya akan berlaku apabila anda berada di dalam persekitaran yang baru seperti situasi menginap di hotel.

    #4. Faktor luaran lain

    Selain itu juga, faktor luaran lain seperti kelembapan, suhu, iklim dan cuaca juga merupakan salah salah faktor risiko terjadinya flare-up masalah ekzema.

    Sebagai contoh, mandi air yang terlalu sejuk atau panas boleh menjejaskan kelembapan kulit anda lantas mengakibatkan masalah tersebut jadi lebih teruk.

    Jika berada di luar rumah pula, anda sangat disarankan untuk menggunakan krim pelindung matahari ekoran sinaran UV itu memang berbahaya buat kulit.

    Apa yang paling penting, sentiasa amalkan minum air kosong untuk elak kulit dan tubuh badan anda mengalami dehidrasi lantas menimbulkan komplikasi pada kulit pula.

    Jika ada ekzema kulit, elak #5. Stres

    ekzema kulit

    Bukan sahaja faktor fizikal, anda juga harus mempertimbangkan faktor mental kerana ia juga boleh menjadi salah satu punca masalah kulit ekzema lebih teruk.

    Tidak percaya? Anda mungkin boleh cuba lihat kondisi kulit anda itu di saat sedang tertekan, marah, sedih atau malu dan perhatikan perbezaan padanya.

    Semasa emosi tidak stabil, tubuh badan anda mungkin akan bertindak balas dan salah satu tandanya adalah kulit akan meradang jika anda ada masalah ini.

    Sila jaga kesihatan dan kecantikan kulit!

    Konklusinya, masalah kulit ekzema itu bukan satu-satunya kondisi yang mungkin boleh terjadi pada organ terbesar pada tubuh badan ini kerana wujud banyak lagi isu lain mengenai penjagaan kulit.

    Disebabkan itu, jangan sesekali memandang enteng padanya dengan cara sila jaga kesihatan dan kecantikan kulit anda pada tiap masa dan di mana jua anda berada.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan