backup og meta

Orang Kulit Sensitif Tak Boleh Guna Sebarangan Produk? Ini 5 Mitos Popular Kulit Sensitif

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 hari lalu

    Orang Kulit Sensitif Tak Boleh Guna Sebarangan Produk? Ini 5 Mitos Popular Kulit Sensitif

    Jika anda ada kulit sensitif, sudah pasti masalah seperti kulit mudah kemerahan, gatal, rengsa, meradang dan breakout itu biasa terjadi. Masalah ini tentunya membuatkan hidup anda serba tidak kena.

    Tanda-tanda yang dinyatakan ini mungkin adalah antara simptom normal jika kulit anda sejenis sensitif. 

    Namun tidak semua mitos yang anda pernah baca atau dengar tentang jenis kulit sebegini adalah tepat.

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk merungkai mitos-mitos kulit jenis sensitif dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa itu kulit sensitif?

    Kulit jenis sensitif adalah kondisi kulit yang begitu mudah bertindak balas dengan pelbagai faktor luar jika ada kontak padanya.

    Sebagai contoh, penderita masalah kulit ini biasanya akan mengalami kesan reaksi pada kulit apabila menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik tertentu yang tidak sesuai1.

    Selain itu juga, ada banyak lagi pencetus kepada reaksi kulit termasuklah air, udara, suhu, debu, habuk, hama, debunga, bulu haiwan dan pelbagai pencetus lain1.

    Antara reaksi kulit sensitif yang biasa berlaku adalah kemerahan, kegatalan, kerengsaan dan keradangan, namun simptom ini berbeza dengan reaksi alergi kulit1.

    Jika anda adalah salah seorang dengan jenis kulit seperti ini, agak penting untuk anda lebih memberi perhatian terhadap persekitaran untuk mengelak ia menjadi lebih teruk atau kulit muka breakout!

    tanda kulit sensitif
    Adakah anda mempunyai tanda-tanda kulit sensitif?

    Mitos popular tentang kulit sensitif 

    Sebenarnya, terdapat banyak mitos tentang keadaan kesihatan kulit ini yang popular namun masih belum dapat diketahui kesahihannya. Jom kita rungkai bersama!

    #1. Masalah kulit ini adalah kesan akibat reaksi alergi

    Ini adalah satu kekeliruan yang perlu difahami. Buat anda yang belum tahu, kedua-dua kondisi ini mungkin hampir sama namun tidak serupa.

    Kebanyakan kes kulit sensitif bukan disebabkan oleh reaksi alergi sebaliknya berpunca daripada kulit anda yang cenderung bertindak balas dengan melampau2.

    Pun begitu, pencetus kepada tindak balas kedua-dua kondisi adalah sama namun ia masih perlu dirawat dengan cara berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

    #2. Kulit sensitif membuatkan kulit jadi kering, kusam dan kasar

    Ya, mitos ini mungkin ada benarnya kerana kulit muka kering, kulit muka kusam dan kasar biasanya terjadi jika jenis kulit anda sensitif.  Ini adalah akibat kekurangan lapisan yang wujud untuk melindungi permukaannya3.

    Selain kekeringan dan kelembapan, ada lagi beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi tahap perlindungan kulit seperti minyak dan peluh semula jadi.

    Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai kulit kering dan tidak lembap itu mungkin cenderung mengalami masalah ini. Namun ia juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang lebih bersifat semula jadi.

    #3. Masalah kulit ini hanya terjadi pada muka sahaja

    Ramai percaya bahawa hanya kawasan kulit muka atau wajah sahaja yang akan terjejas dengan sensitiviti pada kulit terutamanya pada hidung, dahi dan dagu.

    kulit sensitif
    Ruam pada seluruh kulit badan.

    Kenyataan ini mungkin kurang tepat kerana kebanyakan individu dengan kulit sensitif turut akan mengalaminya pada keseluruhan kulit tubuh badan mereka4.

    Bahagian seperti tangan, kaki, leher, perut, alat sulit atau kulit kepala juga cenderung untuk berlaku masalah ini. 

    Jadi, tidak benar jika dikatakan individu berkulit jenis sensitif hanya mengalaminya pada wajah sahaja.  

    #4. Produk hipoalergenik itu selamat untuk digunakan

    Penderita kondisi kulit ini sudah pasti cenderung untuk menggunakan produk kulit yang tertentu sahaja dan contoh yang paling popular adalah hipoalergenik.

    Ini kerana produk-produk hipoalergenik dipercayai bersifat semula jadi dan langsung tidak akan menyebabkan kesan sampingan seperti reaksi pada kulit.

    Hakikatnya, Food and Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa tidak ada satu kepastian bahawa produk sebegini adalah bagus buat kulit sensitif5.

    #5. Anda langsung tidak boleh pakai alat kosmetik

    Alat solek atau kosmetik boleh jadi pencetus reaksi kulit sensitif, namun ia bukan bermakna anda langsung tidak boleh pakai makeup sepanjang hidup anda6.

    Sebaliknya, anda masih boleh menggunakan produk yang tidak akan mendatangkan reaksi, tidak mengandungi bahan yang berbahaya serta mudah ditanggalkan.

    Apa yang lebih penting, sila pastikan anda telah berbincang bersama doktor terlebih dahulu untuk tahu jenis produk yang selamat untuk kondisi kulit anda.

    Jangan ambil mudah untuk jaga kulit anda!

    Sekiranya anda adalah salah seorang penderita kondisi kulit sensitif, jangan jadikan ia sebagai satu halangan sehingga anda takut untuk berjumpa orang lain dan keluar rumah7.

    Anda perlu tahu bahawa kondisi kulit ini boleh dikawal serta dirawat jika menggunakan produk-produk yang sesuai buat kulit anda7.

    Di samping itu, cuba elakkan daripada perkara atau pencetus yang mungkin boleh menjadi punca kesan iritasi pada kulit!

    kulit sensitif
    Kulit muka kering, kusam dan kasar.


    Sila jaga kulit anda dengan baik untuk elak masalah seperti kulit muka kering, kulit muka kusam serta kasar akibat sensitiviti.

    Produk penjagaan untuk kulit wajah sensitif

    Sekiranya anda memiliki kulit dengan jenis sensitif, kesalahan penggunaan produk boleh menyebabkan banyak masalah seperti wajah kering, kusam, kasar serta breakout

    Jadi, apakah produk yang tepat untuk jenis kulit seperti ini?

    Ada banyak produk kulit jenis sensitif popular di pasaran yang anda boleh cuba8, salah satunya jenama terkenal, Simple yang banyak dijual di rangkaian farmasi atau kedai penjagaan kesihatan seluruh negara.

    Bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif, produk jenama ini perlu dipertimbangkan. Ini kerana ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menghakis dan merosakkan kulit.

    Dalam pada itu, produk penjagaan kulit ini juga diformulasikan dengan bahan utama seperti Vitamin E, B5, niacinamide dan lain-lain yang telah terbukti selamat dan berkesan untuk kulit jenis sensitif. 

    Simple turut menawarkan banyak lagi variasi produk untuk pelbagai masalah kulit yang lain. Jadi, ia adalah antara pilihan produk penjagaan kulit sihat dan cantik untuk anda8

    Jangan risau, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan variasi produk penjagaan kulit Simple secara online!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan