home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Pernahkah anda rasa pening atau sakit kepala setelah minum kopi atau makan makanan seperti keju, daging kambing dan coklat? Sebelum makan rasa okey sahaja, tapi selepas makan, terus kepala rasa berdenyut-denyut!

Sebenarnya, ini bukanlah satu perkara yang asing. Ramai yang dapat mengaitkan makanan yang mereka ambil dengan sakit kepala yang dialami.

Ada sesetengah makanan yang boleh bertindak sebagai pemicu atau trigger sakit kepala. Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan ini?

Adakah benar makanan atau minuman boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala? Jom ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

Makanan punca saya sakit kepala?

Ada banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan anda sakit kepala. Tetapi, perlu diingat bahawa makanan ini mungkin berbeza mengikut individu.

Ada orang yang akan sakit kepala setelah makan daging kambing. Ada juga yang mengelakkan aiskrim dan minuman berkafein kerana takut pening kepala.

Namun, apa sebenarnya dalang di sebalik sakit kepala yang anda alami? Adakah makanan tersebut, atau bahan-bahan yang terkandung di dalamnya?

Di dalam sesuatu makanan, terdapat pelbagai bahan kimia seperti nitrat, sulfit, tanin, gula, alkohol, kafein, gluten dan banyak lagi.

Semua bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh sebab itu, sukar untuk menentukan apa sebenarnya yang menyebabkan anda jadi pening.

Selain makanan juga, ada banyak faktor lain yang mungkin menjadi punca sebenar pening kepala yang anda alami. Sebagai contoh, adakah anda minum air dengan mencukupi?

Selain itu, bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang anda ambil? Jika anda menukarnya dalam masa terdekat, perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang pening kepala.

Tetapi, jika anda percaya pening kepala yang anda alami adalah disebabkan oleh makanan atau minuman tertentu, mungkin ada juga kebenarannya.

Hampir 20% daripada mereka yang sering sakit kepala mengalami sensitiviti terhadap makanan.

Makanan dan minuman punca sakit kepala

punca sakit kepala

Jika benar makanan yang diambil boleh menyebabkan sakit kepala, anda boleh mengambil inisiatif untuk mencatat semua makanan dan minuman yang anda ambil selama 24 jam di dalam sebuah buku.

Amalan menyimpan ‘diari sakit kepala’ ini membolehkan anda untuk mengenal pasti makanan apa yang sering membuatkan anda rasa sakit.

Jika anda rasa pening kepala 20 minit hingga 2 jam selepas mengambil makanan tersebut, mungkin anda boleh elakkan daripada mengambilnya lagi pada masa hadapan.

Sebagai panduan, di bawah kami sertakan 5 makanan yang sering menjadi punca pening kepala:

1. Kopi dan coklat terukkan sakit kepala

Pernah tak anda rasa pening kepala jika terlepas minum kopi pada waktu pagi?

Untuk pengetahuan anda, inilah simptom sarak (withdrawal symptom) yang menghantui peminum kopi apabila mereka meninggalkan minuman ini secara tiba-tiba!

Kopi dan coklat – kedua-duanya boleh menjadi penyebab sakit kepala. Mereka yang minum kopi dengan kerap boleh mengalami kebergantungan kepada kafein.

Namun, apa yang peliknya, kafein dan coklat kedua-duanya boleh memberikan kelegaan kepada mereka yang sering pening kepala!

Menurut American Migraine Association, pengambilan kafein sebanyak 2 kali seminggu kadangkala efektif untuk melegakan pening kepala akut.

2. Elakkan makan keju

punca sakit kepala

Orang kata, semakin berusia keju, semakin sedap! Tapi, tidak pula bagi mereka yang menderita sakit kepala. Makin berusia keju tersebut, makin kuatlah sakit kepala yang mereka alami!

Menurut laman sesawang Penn Medicine.org, keju yang mengalami proses penuaan seperti Swiss, Parmesan, Brie atau cheddar mempunyai tahap tyramine yang tinggi.

Bahan kimia yang wujud secara semula jadi ini boleh menyebabkan salur darah mengecut lalu mengakibatkan sakit kepala.

3. Kurangkan pengambilan daging

Sekali lagi, tyramine merupakan dalang di sebalik pening kepala yang dialami mereka yang gemar makan daging.

Selain itu, cuba elakkan pengambilan daging proses seperti sosej, pepperoni, daging burger dan sebagainya. Kadangkala, bahan pengawet yang terkandung dalam makanan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala.

4. Kicap punca sakit kepala

Siapa sangka kicap boleh buatkan anda sakit kepala.

MSG atau monosodium glutamate yang digunakan sebagai bahan aditif di dalam kicap sudah lama terbukti boleh membuatkan anda rasa kejang, alami cirit-birit dan menyebabkan sakit kepala.

Selain itu, kicap juga mempunyai jumlah garam yang banyak dan boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

5. Brain freeze disebabkan aiskrim

punca sakit kepala

Aduh, sakitnya kepala selepas makan aiskrim! Sedap memang sedap, tapi kalau makan banyak sangat nanti boleh diserang brain freeze pula!

Semua orang pasti pernah merasai sensasi yang tidak menyelesakan ini. Baru sahaja makan sesudu aiskrim, tiba-tiba terus sakit kepala disebabkan penangan brain freeze.

Tahukah anda, brain freeze sebenarnya satu bentuk sakit kepala?

Apabila anda makan sesuatu yang sejuk, sistem saraf akan ‘terkejut’ dan menyebabkan saluran darah dalam kepala untuk mengembang.

Reaksi inilah yang menyebabkan kepala anda jadi sakit. Nasib baiklah sensasinya hanya berkekalan selama beberapa minit.

Jadi, kesimpulannya, untuk mengelakkan sakit kepala anda berulang, sila alert dengan makanan-makanan yang dinyatakan di atas dan tandakan pada buku harian anda jika ada mengalami sakit kepala.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. American Migraine Foundation. 2016. Migraine and Diet. January 1. Accessed December 31, 2020. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/migraine-and-diet/.
  2. Cleaveland Clinic. 2019. Headaches and Food. March July. Accessed December 31, 2020. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9648-headaches-and-food.
  3. Harvard Health Publishing. 2011. Food and migraine: a personal connection. April 5. Accessed December 31, 2020. https://www.health.harvard.edu/blog/food-and-migraine-a-personal-connection-201104052222.
  4. Penn Medicine. 2015. Foods That Can Trigger Headaches. November 20. Accessed December 31, 2020. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/neuroscience-blog/2015/november/foods-that-can-trigger-headaches.
  5. The Migraine Trust. n.d. Trigger factors. Accessed December 31, 2020. https://www.migrainetrust.org/about-migraine/trigger-factors/.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 05/01/2021
x