backup og meta

23 Pantang Larang Makanan Dan Minuman Untuk Penghidap Ekzema

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2023

    23 Pantang Larang Makanan Dan Minuman Untuk Penghidap Ekzema

    Jika anda adalah salah seorang penderita kondisi kulit ini, maka anda kena tahu bahawa ada pantang larang ekzema yang sangat penting.

    Ini kerana ada sesetengah makanan yang mungkin tidak sesuai buat penderita kondisi kulit ekzema atau dermatitis lantas menyebabkan komplikasi yang mungkin berbahaya.

    Persoalannya, apa antara jenis makanan untuk ekzema yang perlu anda elak dan harus anda ambil kalau ada ekzema? Jom teruskan membaca artikel!

    Ekzema, sejenis kondisi kulit yang meradang

    Ekzema atau dermatitis atopik adalah sejenis kondisi kulit yang meradang dan lantas membawa kepada tompokan kulit kering, kasar dan seakan bersisik.

    Kebiasaannya, ia akan berlaku kepada bayi dan budak berusia bawah 2 tahun, namun masih boleh terjadi kepada individu lebih tua akibat beberapa faktor risiko.

    Punca utama kondisi kulit ini masih belum dapat dipastikan, namun ada kajian yang kata ia adalah disebabkan oleh si ibu hamil yang kurang ambil probiotik.

    Pun begitu, rasanya sudah ramai tahu bahawa ekzema boleh jadi lebih teruk jika berlaku reaksi alergi pada kulit sama ada melalui sentuhan atau makanan.

    pantang larang ekzema

    Disebabkan itu, anda yang ada kondisi ini kena lebih waspada dengan makanan untuk ekzema!

    Senarai pantang larang ekzema

    Ada beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh jadi punca perembesan sel T serta immunoglobulin-E dan akan menyebabkan kondisi ekzema lebih teruk.

    Perembesan kedua-duanya ini pula seterusnya akan mengakibatkan keradangan pada kulit jadi lebih teruk dan situasi ini dinamakan sebagai ‘flare-up‘.

    Sebagai salah seorang penderita ekzema, berikut adalah pantang larang makanan buat anda:

    Makanan yang perlu anda elak dalam pantang larang ekzema

    Apa yang anda makan atau minum mungkin tidak akan menyebabkan ekzema secara langsung, namun boleh dianggap sebagai makanan yang trigger eczema.

    makanan untuk ekzema

    Untuk pengetahuan anda, situasi itu mungkin boleh jadi jika anda ada alahan makanan seperti:

    Selain itu, makanan tinggi gula bukan sahaja akan membuat tahap insulin melonjak malah membawa kepada masalah keradangan kulit yang lebih teruk.

    • Gula-gula
    • Kek
    • Biskut
    • Soda
    • Jus

    Makanan atau minuman yang mengandungi nikel juga adalah tidak bagus buat penderita ekzema jenis dishidrotik kerana ia akan membuat simptom lebih teruk.

  • Coklat
  • Kerangan
  • Kekacang
  • Teh hitam
  • Makanan dalam tin
  • Minuman dalam tin
  • Baca juga:

    Makanan atau minuman yang sensitif sindrom alergi oral terhadap debunga juga perlu dielakkan oleh penderita ekzema untuk elak simptom lebih teruk.

    • Kekacang
    • Sayur lobak
    • Daun saderi
    • Buah pir

    Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semua orang akan mengalami tindak balas yang sama. Jadi, sila dapatkan nasihat doktor tentang pantang larang ekzema ini.

    Pantang larang ekzema: Makanan yang anda harus ambil

    Buat anda yang ada ekzema, wujud juga beberapa jenis makanan atau minuman yang mampu bertindak sebagai diet antiradang dan ia adalah senjata anda.

    Berikut adalah beberapa jenis contoh makanan antiradang yang boleh bantu lawan ekzema:

    • IkanSumber semula jadi asid lemak omega 3 ini mampu membantu melawan keradangan pada tubuh badan termasuklah kulit. Antara contoh ikan tinggi asid lemak ini adalah salmon, makerel, sardin, tuna dan sebagainya

    makanan untuk ekzema

    • Makanan tinggi probiotik – Bakteria yang bagus untuk perut juga bagus untuk kulit individu, contohnya termasuklah tempe, tapai, kimchi, susu yogurt, sup miso dan lain-lain makanan yang ditapai
    • Makanan kaya flavonoid – Ia mempunyai sifat antiradang yang sangat bagus dan ciri utamanya adalah sayur-sayuran serta buah-buahan yang berwarna-warni. Contohnya epal, ceri, brokoli, bayam dan kailan

    Sebaik-baiknya anda berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum elak atau ambil sebarang makanan untuk penghidap ekzema ini ya.

    Jenis diet yang sesuai buat penderita ekzema

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, diet antiradang adalah jenis diet yang terbaik dalam usaha untuk memastikan flare-up itu tidak terjadi.

    Dalam pada itu juga, sebenarnya wujud satu lagi jenis diet yang sesuai buat penderita ekzema iaitu Mediterranean yang sudah ternyata lebih sihat dan seimbang.

    Ini kerana diet jenis ini sangat menekankan kepada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain daging ikan serta lemak sihat yang bagus untuk anda.

    Konklusinya, penderita kondisi kulit ini perlu untuk jauh lebih peka dengan pantang larang ekzema terutamanya berkaitan minuman atau makanan bagi mengelakkan simptom jadi lebih teruk!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan