Ramai orang yang mengalaminya namun tidak tahu cara rawat ekzema sehingga ia mengganggu tidur malam angkara rasa gatal atau sakit melampau pada kulit ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ramai orang yang mengalaminya namun tidak tahu cara rawat ekzema sehingga ia mengganggu tidur malam angkara rasa gatal atau sakit melampau pada kulit ini.
Selain itu juga, kondisi ini turut memberi masalah dari aspek luaran kerana ia akan menjejaskan penampilan kulit sama ada pada muka atau tubuh badan seluruhnya.
Jadi, adalah sangat penting untuk kalian tahu cara rawat ekzema bagi memastikan tidur malam kalian lebih lena. Bagaimana? Jom teruskan membaca artikel!
Untuk pengetahuan anda, ekzema adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku kerengsaan atau keradangan kulit pada muka dan tubuh badan individu.
Kondisi ini akan menyebabkan kulit berubah menjadi gatal, sakit, kering, merah, lembik serta bersisik sekali gus menyebabkan ketidakselesaan kepada penderita.
Terdapat beberapa jenis ekzema yang mungkin boleh terjadi kepada anda termasuklah:
Kesemua jenis ekzema ini memang sukar untuk dibezakan namun tetap akan menyebabkan ketidakselesaan yang melampau dan mungkin mengganggu tidur waktu malam.
Dalam kebanyakan kes, punca sebenar kondisi kulit ini terjadi adalah disebabkan oleh faktor genetik dan juga persekitaran di mana individu itu tinggal.
Majoriti penderita akan mengalami mutasi di dalam genetik lantas akan mengganggu proses ciptaan sejenis protein bernama filaggrin di dalam badan.
Protein inilah yang akan bertanggungjawab melindungi lapisan teratas pada kulit dan jika ia kurang atau tiada, bakteria akan lebih mudah memasuki kulit.
Kebanyakan orang akan mengalaminya ketika zaman bayi atau kanak-kanak namun akan berkurang apabila mereka menginjak umur 5 atau 6 tahun.
Walau bagaimanapun, masih ada kebarangkalian untuk pesakit ekzema mengalami masalah ini hingga dewasa dan ini sudah pasti akan mengganggu kehidupan seharian anda.
Buat anda yang mungkin belum tahu, keadaan kesihatan kulit ini biasanya akan menyerang dan menjadi teruk pada waktu malam dan mengganggu waktu tidur anda.
Ada beberapa sebab kondisi ini makin menjadi-jadi pada waktu malam dan ia termasuklah:
Sebenarnya, kebanyakan penderita ekzema tidak tahu bahawa kondisi ini makin buruk pada waktu malam kerana sedang lena diulit lena dan mimpi mereka.
Apa yang akan membuatkan mereka sedar adalah apabila mereka terjaga sahaja daripada tidur, kelihatan kulit muka dan tubuh badan yang rosak angkara ekzema.
Jadi, adalah sangat penting untuk anda tahu cara rawat ekzema pada waktu malam sebelum masuk tidur!
Ada beberapa cara rawat ekzema agar ia tidak lagi akan menyerang dan menjadi teruk pada waktu malam yang anda boleh cuba termasuklah:
Jika masalah kulit ini masih berlaku dan berulang, maka anda mungkin perlu mengambil ubatan antihistamin atau melatonin sebagai cara rawat ekzema pada waktu malam.
Paling penting, sila segera berkonsultasi dan berkomunikasi dengan doktor untuk berbincang tentang kondisi ini agar tidur malam anda tidak lagi terganggu.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen