backup og meta

Cara Potong Bawang Pun Main Peranan, Ini 6 Kaedah Potong Bawang Biar Masakan Lebih Sedap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    Cara Potong Bawang Pun Main Peranan, Ini 6 Kaedah Potong Bawang Biar Masakan Lebih Sedap!

    Tahukah anda, cara potong bawang sebenarnya boleh mempengaruhi rasa masakan kita? Ya, cara potong bawang merah atau jenis-jenis bawang lain sememangnya memberikan rasa yang berlainan bergantung kepada cara ia dipotong. Mengapa?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Kenapa cara potong bawang boleh berikan rasa yang berbeza?

    memotong

    Jika anda mengambil sebiji bawang dan menciumnya, adakah anda boleh menghidu baunya?

    Bandingkan pula apabila bawang tersebut dibelah dua, adakah baunya masih sama? Tidak bukan.

    Bawang yang telah dipotong dua akan mempunyai bau yang lebih kuat berbanding bawang yang belum dipotong.

    Oleh sebab itu, cara menghiris bawang boleh memberikan rasa masakan yang berbeza-beza mengikut jenis ia dipotong.

    Mengapa bau dan rasanya berbeza?

    Pada bawang, terdapat dua jenis enzim yang dikenali sebagai allinase bawang dan sintase LF.

    Kedua-dua enzim ini akan dilepaskan apabila sel bawang telah rosak lalu menyebabkan satu tindak balas kimia yang penting.

    Enzim-enzim ini akan bertindak balas terhadap sejenis molekul yang mengandungi sulfur iaitu isoalliin.

    Hasilnya, akan terbentuklah satu molekul yang disebut sebagai thiosulfinat.

    Molekul inilah yang bertanggungjawab menyebabkan rasa bawang seperti yang kita ketahui.

    Apabila kita memotong atau menghiris bawang, kita sebenarnya sedang memanipulasi atau membentuk molekul isoalliin.

    Semakin banyak kita menghiris sel bawang, maka lebih banyak molekul isoalliin yang akan dihasilkan.

    Oleh sebab itu, bawang yang dicincang halus mempunyai bau dan rasa yang lebih tajam dan kuat berbanding bawang yang dihiris sahaja. 

    Cara potong bawang yang sesuai dengan masakan

    Kami tahu ramai ibu-ibu dalam kalangan pembaca Hello Doktor yang sudah mahir dengan cara menghiris bawang untuk masakan setiap hari.

    Mungkin ini masanya untuk kita sama-sama mengulang kaji semula cara menghiris bawang serta kegunaannya yang paling sesuai dengan masakan di rumah.

    #1. Bawang potong

    Bawang potong merupakan bawang yang dipotong secara melintang.

    Ini merupakan potongan asas bagi cara potong bawang yang lain.

    Untuk potongan ini, ia lebih sesuai untuk dikisar terus kerana potongannya agak besar. 

    #2. Bawang potong bulat atau bergelung

    cara potong bawang

    Bawang ini dipotong melintang secara membulat dan dipisahkan antara setiap satu lapisannya.

    Bawang ini biasa dijadikan sebagai hiasan bagi hidangan yang telah siap dimasak.

    Ia juga boleh ditaburkan dalam lauk pauk seperti ayam masak kicap atau masak merah yang sudah hampir masak.

    #3. Bawang dipotong mayang

    Jenis potongan bawang ini juga dipotong melintang tetapi dengan hirisan yang lebih nipis.

    Ia sesuai dibuat sebagai tumisan awal bagi lauk seperti sup, kari atau masakan bertumis lain.

    Bau bawang dengan potongan seperti ini juga lebih kuat dan wangi berbanding bawang yang dipotong secara gegelung.

    Mayang bawang merupakan antara kaedah yang paling biasa ‘mak-mak’ gunakan ketika memasak.

    #4. Bawang hiris

    cara potong bawang

    Seperti potongan secara mayang, bawang yang dihiris ini juga mempunyai tahap kenipisan yang sama.

    Namun, ia tidak dipotong secara melintang seperti bawang yang dimayang. Ia akan dipotong secara menegak mengikut urat bawang.

    Potongan seperti ini lebih enak dijadikan bahan kerabu, salad mahupun inti sandwic.

    Para peniaga burger juga biasa menggunakan cara potong bawang merah ini ketika menyediakan burger.

    #5. Bawang yang dicincang

    Bawang yang dicincang lebih sesuai digunakan untuk sebarang tumisan kerana ia mengeluarkan bau dan rasa yang lebih kuat.

    Selain itu, ia juga amat sesuai digunakan sebagai bahan perapan makanan

    #6. Bawang dipotong dadu

    cara potong bawang

    Seperti namanya, bawang akan dipotong dadu dengan saiz yang agak kasar atau sederhana.

    Potongan ini biasa dibuat ketika menyediakan jemput-jemput atau cekodok.

    Orang-orang Arab dan India juga biasa menggunakan potongan bawang ini ketika menyediakan hidangan tradisi mereka.

    Potongan ini juga enak dicampurkan dalam inti sandwic atau kebab.

    Kesimpulan

    Cara hirisan bawang sememangnya memberikan perbezaan yang ketara dari segi rasa dan bau.

    Bawang yang dicincang atau dikisar akan mengeluarkan bau yang sangat wangi apabila ditumis berbanding bawang yang dihiris kasar.

    Namun, untuk bawang yang dimakan secara mentah seperti salad, kerabu, atau dimakan bersama sate, potongan atau hirisan yang agak kasar lebih baik berbanding potongan dadu atau cincang. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan