Kadangkala, pasangan suami isteri mungkin sudah mula bosan dengan hubungan di kamar tidur kalian bukan? Akibat daripada itu, pelbagai posisi seks ganas akan mula dicari dan dicuba, namun kena ingat juga bahawa bukan semua itu sesuai!
Bagi mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Apa maksud sebenar di sebalik seks ganas?
Untuk pengetahuan anda semua, seks ganas merupakan aktiviti seksual yang berteraskan kepada kefahaman sadomasochism di mana ia membabitkan kepuasan daripada rasa sakit dan malu.
Kefahaman ini turut berkait rapat dengan BDSM – bondage, domination, sadism dan masochism.
Para peminat dan pelaku seks ganas cenderung menggunakan pelbagai peralatan seperti tali, gari, pita pelekat, kostum serta alat permainan seks untuk tujuan foreplay atau roleplay yang unik.
Dari sudut sains, rasa sakit dan malu yang dirasakan ketika seks ganas dilakukan mampu memicu pengeluaran hormon ‘gembira’ sekali gus membuat mereka memilih aktiviti seksual seperti ini.
Dalam pada itu, wujud beberapa posisi seks ganas yang pasangan suami isteri mungkin telah cuba, bergantung kepada minat dan selera masing-masing. Persoalannya, adakah semua posisi itu sesuai?
Ini antara posisi seks ganas yang popular!
Apabila berbicara tentang kehidupan di ranjang, posisi seks suami isteri adalah antara aspek yang sangat penting. Jika ia serupa sahaja pada setiap malam, sudah tentu anda juga bakal bosan.
Lanjutan di atas, berikut beberapa posisi seks ganas yang popular khas buat pasangan suami isteri:
- Butterfly – Merupakan variasi posisi missionary, kalian mungkin perlu menggunakan katil, meja, kerusi atau sebarang anjakan lain untuk membaringkan isteri secara menelentang dan mengangkang ketika suami mendayungkan zakar ke dalam faraj.
- Sheasell – Juga variasi posisi missionary, anda dan pasangan perlu lebih kerjasama untuk membolehkan isteri mengangkang dengan kaki yang menjulur naik ke atas lalu menyandar di bahu suami untuk proses penetrasi alat kelamin mampu berjalan.
- Flatiron – Kalau sudah bosan dengan doggy style biasa, suami mungkin boleh berbaring menindih isteri yang sedang meniarap dengan punggung sedikit naik ke atas lalu mendayung.
- Seks anal – Berbeza dengan doggy style yang melibatkan zakar masuk ke dalam faraj, seks anal memerlukan zakar masuk ke dalam lubang dubur si isteri yang tentu sahaja agak ganas dan mungkin tidak ada etika serta moral bagi kebanyakan suami isteri.
- 69 – Seks oral mungkin lazim bagi majoriti pasangan namun bagaimana pula jika ia dibuat secara serentak? Posisi ini boleh dicuba dengan cara kepala kalian berada tepat di alat sulit masing-masing bagi tujuan menjilat, menghisap dan mengulum.