backup og meta

Hubungan Intim Suami Isteri Hambar Di Atas Katil? Ayuh Cuba Di 4 Tempat Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/01/2023

    Hubungan Intim Suami Isteri Hambar Di Atas Katil? Ayuh Cuba Di 4 Tempat Ini!

    Sebenarnya, wujud banyak faktor yang akan mempengaruhi kehangatan dan kenikmatan asmaradana anda dan pasangan. Jika salah cara, maka akibatnya hubungan intim suami isteri itu menjadi hambar.

    Sekiranya sudah mula bosan beraksi atas katil di kamar tidur, tidak ada salahnya untuk mula bersenggama di tempat lain yang sudah tentu akan menyemarakkan lagi api asmara kalian berdua.

    Persoalannya, di mana lagi lokasi ideal untuk elak hubungan intim suami isteri hambar? Kami mungkin ada cadangan!

    Hubungan intim suami isteri hambar itu angkara anda dan pasangan?

    Perkahwinan yang telah berlangsung agak lama mungkin akan jadi punca kalian berdua tidak lagi merasakan keintiman mengghairahkan tatkala melakukan hubungan seks.

    Terutamanya jika anda dan pasangan tidak berani mencuba untuk berubah serta hanya bergantung kepada waktu, cara, posisi dan lokasi yang sama, jadi persetubuhan itu masih lagi ‘biasa-biasa’.

    Disebabkan itu pula, sila lebih berani untuk menerokai alam seksual yang baru. Langkah pertama yang anda dan pasangan perlu buat adalah cuba bersenggama di tempat lain.

    hubungan intim suami isteri

    Lupakan kamar tidur, John Hopskin Medicine menyatakan bahawa salah satu cara untuk menghidupkan kembali ghairah dalam seks adalah dengan mencuba perkara yang baru.

    Tetapi, di mana ya? Sebagai pemula, berikut adalah tempat lain yang anda dan pasangan boleh cuba berasmara!

    #1. Hubungan intim suami isteri di dapur

    Ya, mungkin benar bahawa dapur itu adalah tempat untuk memasak atau menyimpan bahan mentah makanan dan minuman. Namun, apa kata jika anda ubah fungsinya?

    Ia juga mungkin boleh dijadikan tempat untuk anda dan pasangan bermadu asmara asalkan ia dilakukan di tempat yang tidak akan mengundang bahaya seperti dapur gas.

    Bayangkan, sebenarnya ada banyak posisi seks yang mungkin anda boleh cuba di sini sama ada dengan berdiri, berbaring atau duduk sesuai dengan kreativiti masing-masing.

    Namun apa yang lebih penting, sila elak daripada melibatkan penggunaan bahan mentah atau alatan dapur ke dalam aktiviti seksual kalian berdua untuk menghindarkan akibat yang tidak baik.

    hubungan intim suami isteri

    #2. Seks di tandas

    Kemungkinan agak mustahil untuk hubungan intim suami isteri hambar itu terjadi jika anda dan pasangan bersetubuh di dalam tandas. Ini kerana seks di bawah pancuran air itu sudah pasti sangat sensasi.

    Lupakan pancuran air, apa kata anda dan pasangan cuba untuk melakukannya di dalam takungan air seperti tab, jakuzi atau kolam tatkala sedang berendam berdua di dalamnya.

    Di situ juga, kalian berdua akan lebih bebas untuk menyentuh, merangsang dan dalam masa yang sama membersihkan tubuh badan masing-masing dengan penuh rasa syahwat.

    Pun begitu, sila lebih berwaspada dengan penggunaan bahan pencuci seperti sabun atau syampu kerana khuatir ia boleh menyebabkan kerengsaan atau keradangan pada alat sulit.

    #3. Di dalam kereta

    Meskipun seks di dalam kereta ini adalah antara lokasi asmara yang paling popular, namun sila ingat bahawa ia hanya boleh atau perlu dilakukan buat pasangan berkahwin sahaja.

    Kenapa ia akan jadi tempat seksual paling ghairah? Ini kerana ia disebabkan oleh risiko dilihat, didengar atau diketahui oleh orang lain yang tentunya akan meningkatkan adrenalin kalian berdua.

    Dengan peningkatan adrenalin ini, sudah pasti aspek libido kalian berdua juga mungkin akan lebih terangsang berlipat kali ganda akibat risiko untuk tertangkap oleh orang lain.

    Cuma, anda dan pasangan masih perlu tahu, peduli dan hormat akan aspek privasi. Elakkan daripada bermesraan berlebihan di dalam kenderaan sehingga orang lain rasa tidak senang.

    hubungan intim suami isteri

    #4. Hubungan intim suami isteri di atas tangga

    Khas buat pasangan suami isteri yang tinggal di rumah bertingkat, kalian berdua mungkin boleh memanfaatkan anak tangga di rumah itu sebagai lokasi untuk berasmaradana.

    Berhubungan intim di tempat seperti ini mungkin tidak begitu mudah kerana ia akan mengehadkan pergerakan tubuh badan sehingga menjadikan ia mungkin lebih terbatas.

    Namun, batasan inilah yang mungkin akan menguji kreativiti dan kerjasama anda dan pasangan ketika sedang bersenggama. Di sini, komunikasi itu adalah sangat penting.

    Sebagai contoh posisi seks yang mungkin anda boleh cuba di sini adalah doggy style atau lain-lain jika anda lebih kreatif. Namun, sila hati-hati untuk elak kecederaan pula ya.

    Konklusinya, hubungan intim suami isteri hambar itu mungkin boleh dielak atau dihindar hanya dengan memberi lebih warna di dalam aspek persetubuhan anda dan pasangan!

    Mengapa hanya hadkan ia di kamar tidur sahaja sedangkan anda boleh bersenggama di tempat lain, bukan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan