backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Betul Ke Fantasi Seks Boleh Hangatkan Hubungan? Ini 5 Fakta SEKS LIAR Perlu Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/02/2021

    Betul Ke Fantasi Seks Boleh Hangatkan Hubungan? Ini 5 Fakta SEKS LIAR Perlu Anda Tahu

    Ketika ingin membuat hubungan intim dengan pasangan, pernahkah anda terbayang apa-apa fantasi seks yang mungkin dianggap liar dan luar daripada kebiasaan? Mungkin seks BDSM?

    Adakah ia sesuatu yang normal atau tidak?

    Wujudnya fantasi seks liar – BDSM

    Salah satu fantasi ketika melakukan hubungan intim adalah BDSM ataupun bondage, discipline, sadism dan masochism.

    Ia satu aktiviti seksual dengan mewujudkan 2 watak tertentu, iaitu dominan (dominance) – yang mengawal dan submisif (submission) – yang menurut.

    Ia melibatkan bondage seperti penggunaan gari atau tali dan discipline melalui hukuman fizikal dan mental.

    Kedua-duanya digunakan untuk menghasilkan rasa keseronokan dan kesakitan semasa melakukan aktiviti seksual iaitu sadomasochism.

    fantasi seks

    Walaupun ada yang menganggap perbuatan tersebut seperti tidak berperikemanusiaan, namun seks BDSM ini adalah teknik foreplay yang dilakukan kebanyakan pasangan dalam meningkatkan lagi keseronokan hubungan intim.

    Adakah fantasi seks BDSM satu bentuk keganasan?

    Ia mungkin kedengaran menakutkan apabila dikatakan berkait dengan gari, tetapi bagi mereka yang melakukan seks BDSM ini menganggap ia sebagai 1 hubungan yang dilakukan dengan rasa cinta, saling melindungi dan sekadar 1 permainan nakal ketika berhubungan intim. 

    Persoalannya sekarang, adakah seks BDSM selamat untuk dilakukan atau ia boleh dianggap sebagai 1 keganasan seksual?

    Pada dasarnya fantasi seks ini mempunyai 3 prinsip asas:

    • Selamat (safe)
    • Waras (sane)
    • Kesepakatan (consensual)

    Ini bermakna, perlakuan seks liar adalah 1 aktiviti selamat dan tidak melampaui batas yang dilakukan oleh individu waras serta mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak.

    Komunikasi merupakan faktor penting jika anda mempunyai pasangan dengan kecenderungan berfantasi.

    Hakikatnya, dalam melakukan hubungan intim sama ada melibatkan seks BDSM atau sekadar aktiviti seksual biasa, aspek komunikasi yang baik pastinya menjadikan aktiviti seksual itu lebih lancar dan menyeronokkan.

    Sebaliknya, jika sesuatu aktiviti seksual itu melampaui batasan, berbahaya, mendatangkan mudarat serta tidak dipersetujui bersama, jadi ia boleh dianggap sebagai 1 keganasan seksual.

    seks bdsm

    Perkara biasa dalam hubungan intim

    Mungkin ada yang pertama kali mendengar tentang seks BDSM ini, tetapi sebenarnya ia bukanlah 1 perkara baharu. Eh, betul ke?

    Dalam buku teks Sanskrit mengenai seksualiti, Kamasutra yang ditulis sekitar 2,000 tahun yang lalu menggambarkan 6 tempat sesuai untuk ‘menyerang’ seseorang individu dengan rasa keterujaan bersama, ada 4 cara.

    Malahan dalam buku tersebut turut mempunyai bab yang bertajuk “Scratching,” “Biting,” and “Reversing Roles.”

    Dalam kajian The Journal of Sex Research yang diterbitkan secara atas talian pada 3 Mac 2016, menyatakan hampir 47% wanita dan 60% lelaki mempunyai fantasi seks untuk mendominasi seseorang secara seksual

    Berdasarkan kajian yang sama, didapati hampir 47% individu dewasa ingin terlibat sekurang-kurangnya sekali dalam aktiviti seksual bukan tradisional dan terdapat 39.9% menyatakan bahawa mereka pernah melakukan seks BDSM sekurang-kurangnya sekali pada masa lalu.

    Fakta tentang seks BDSM

  • Perkara pelik
  • Ia dianggap sebagai 1 perkara pelik tetapi hakikatnya kajian Journal of Sexual Medicine pada tahun 2014 menyatakan BDSM bukanlah 1 perkara yang tidak biasa dilakukan.

    Sebanyak 65% wanita yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai keinginan untuk menjadi pihak yang didominasikan dalam hubungan seksual, manakala 47% wanita mempunyai fantasi menjadi individu yang menguasai pasangan.

    Terdapat hampir 52% wanita memiliki fantasi untuk melakukan hubungan intim dalam keadaan terikat.

    Jadi hakikatnya, seks BDSM adalah 1 perkara munasabah tetapi malu untuk diakui kebanyakan individu.

    1. Segalanya mengenai seks

    Apabila berbicara tentang aktiviti seksual, kebanyakan individu menganggap ia akan melibatkan perlakuan hubungan intim.

    Namun dalam seks BDSM ia tidak seharusnya berkaitan seks. Ia adakalanya berlaku kerana seseorang individu itu menyukai rasa mendominasi. 

    1. Boleh dikenalpasti

    Ia adalah fakta yang salah sama sekali. Seks BDSM boleh digemari oleh mana-mana individu dan ia tidak akan dapat dikesan melalui perwatakan biasa seseorang.

    Ini adalah kerana sewaktu melakukan hubungan intim melibatkan seks liar, karakter seseorang itu akan berubah mengikut fantasi seks yang ada dalam fikirannya.

    1. Dominan adalah pihak yang mengawal

    Dalam konteks watak dominan dan submisif, terdapat banyak istilah yang digunakan untuk mentafsirkan watak tersebut antaranya master atau mistress /slave dan lain-lain istilah. 

    seks liar

    1. Trauma

    Mereka yang mempunyai minat pada seks BDSM dikatakan sebagai individu yang memiliki trauma masa lampau sama ada pernah mengalami serangan seksual atau pendedahan pada seks terlalu awal semasa kecil.

    Tetapi berdasarkan kajian pada 2013 dalam Journal of Sexual Medicine menyatakan bahawa seks BDSM adalah satu keseronokan yang membantu mengekspresi dalam proses psikopatologis.

    Seks liar: Terpulang kepada individu

    Memiliki fantasi seks bukanlah 1 kesalahan selagi ia tidak melampaui batasan. Walau apa pun,  ia haruslah mendapat persetujuan bersama dengan pasangan anda terlebih dahulu.

    Barulah hubungan intim yang ingin dilakukan akan lebih menyeronokkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan