backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Hati-Hati, Ini 7 Kesan Negatif Jika Melakukan Seks Sebelum Berkahwin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    Hati-Hati, Ini 7 Kesan Negatif Jika Melakukan Seks Sebelum Berkahwin!

    Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan suami isteri. Tanpanya, maka hambarlah kehidupan anda dan pasangan yang sudah berkahwin. Pun begitu, zaman kini sudah berubah. Terdapat ramai pasangan di luar sana yang sudah mula melakukan seks luar nikah.

    Ya, kami tidak menafikan bahawa ia adalah hak masing-masing. Namun, ketahuilah bahawa terdapat beberapa kesan negatif yang boleh berlaku akibat seks luar nikah.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Seks luar nikah, norma baharu yang mesti kita elak

    Tidak dinafikan seks sebelum berkahwin adalah suatu perkara yang boleh dianggap ‘normal’ pada zaman sekarang.

    Agak mustahil untuk membendung gejala ini kerana sudah menjadi fitrah manusia untuk mempunyai keinginan seks.

    Apa yang lebih membimbangkan, ia lebih kerap berlaku kepada golongan remaja kerana mereka mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

    Lebih-lebih lagi, jika mereka tergolong dalam kategori berikut:

    Seks luar nikah ini bukan sahaja boleh terjadi pada pasangan kekasih malahan juga berlaku dalam beberapa keadaan yang membimbangkan iaitu sumbang mahram, rogol, cabul atau pelacuran.

    Akibatnya, seks sebelum berkahwin akan mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap fizikal dan mental individu. Maka, katakan tidak padanya!

    Ini kesan negatif seks sebelum berkahwin!

    Mungkin ramai di luar sana yang berfikiran bahawa tidak salah untuk melakukan seks luar nikah asalkan menggunakan kaedah kontraseptif.

    Tidak, ia bukanlah semudah itu. Terdapat banyak kesan negatif yang boleh berlaku kepada anda sekiranya gagal berfikir sebelum bertindak.

    Ini kesan negatif yang boleh berlaku kepada anda dan pasangan:

    seks luar nikah

    #1. Kehamilan luar jangkaan

    Kaedah penggunaan kondom, pengambilan pil perancang serta teknik pancut luar mungkin akan digunakan untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

    Pun begitu, adakah anda yakin ia 100% berkesan?

    Lebih-lebih lagi jika kalian kurang arif mengenai cara mempraktikkan kaedah mencegah kehamilan tersebut, jadi risiko kehamilan luar jangkaan masih ada.

    #2. Penularan penyakit jangkitan seksual

    Selain kehamilan, penularan penyakit jangkitan seksual (STD) adalah sangat ditakuti dalam seks luar nikah.

    Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu melakukan ujian saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan mendirikan rumah tangga.

    Jika anda terus melakukan seks tanpa mengetahui dahulu latar belakang kesihatan pasangan, risiko untuk terkena STD adalah jauh lebih tinggi.

    #3. Pengguguran anak yang tidak selamat

    Kebanyakan pasangan terutamanya golongan remaja yang melakukan seks tidak mahukan anak sebagai hasil aktiviti seksual mereka.

    Sekiranya mengandung, sudah pasti mereka akan berasa takut dan malu untuk memberitahu ibu bapa.

    Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk melakukan pengguguran anak secara tidak selamat.

    Ramai yang sanggup berjumpa dengan ‘pakar’ tidak diiktiraf dan menggunakan peralatan tidak selamat semata-mata untuk menggugurkan bayi tidak diingini dalam kandungan.

    #4. Pembuangan bayi

    Dalam pada itu, ada juga pasangan yang tidak mahu melakukan pengguguran bayi sebaliknya meneruskan sahaja kehamilan sehingga melahirkan anak.

    Selepas itu, mereka bertindak membuang bayi tersebut kerana tidak mahu atau tidak mampu untuk menjaganya.

    Ini adalah satu perbuatan kejam yang sangat tidak bagus sekiranya ia terus terjadi dalam kalangan masyarakat kita.

    seks luar nikah

    #5. Gangguan emosi akibat seks luar nikah

    Selain fizikal, mental juga boleh terjejas akibatnya.

    Sebagai contoh, cuba bayangkan sekiranya anda sudah melakukan pelbagai aktiviti seksual bersama pasangan sebelum berkahwin dan kemudian si dia meninggalkan anda?

    Ini sudah pasti meningkatkan risiko kalian mengalami pelbagai masalah mental seperti stres, depresi, kemurungan, kegelisahan dan lain-lain.

    Jadi, tolong berfikir sebelum bertindak!

    #6. Institusi kekeluargaan terjejas

    Ia mungkin tidak akan terjadi kepada anda, pasangan atau dalam kalangan ahli keluarga namun ia lebih kepada keadaan anak di dalam kandungan (sekiranya mengandung luar nikah).

    Jika mereka lahir, akan timbul pelbagai keraguan mengenai status diri dari aspek agama dan undang-undang.

    Dalam ajaran agama Islam, anak yang dilahirkan luar nikah tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya.

    Ini kemudiannya akan menyebabkan anak yang tidak berdosa itu keliru dengan diri mereka sendiri lalu menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada mereka termasuklah sanggup membunuh diri.

    #7. Implikasi undang-undang

    Akhir sekali, kalian perlu tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarkan seks dalam kalangan remaja bawah umur 18 tahun walaupun ia dilakukan di atas dasar suka sama suka.

    Segala perlakuan seksual sama ada penetrasi zakar ke dalam faraj, dubur, mulut atau sebagainya akan dianggap sebagai satu kesalahan merogol dan pelaku boleh dipenjarakan di bawah Akta Kanun Jenayah 574.

    Ya, memang benar ia adalah hak masing-masing untuk melakukan seks luar nikah. Namun, ketahuilah ia akan mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti yang kami senaraikan di atas.

    Maka, sayangilah diri anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan