backup og meta

Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan 'Maintenance Sex'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan 'Maintenance Sex'!

    Seks adalah satu aktiviti dan cara hubungan suami isteri yang sangat penting. Tanpanya, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan seksual di kamar tidur kalian berdua.

    Pun begitu, kami juga faham bahawa adakalanya kita tidak punya mood untuk bermesra dengan pasangan ekoran rasa penat, sibuk atau bosan.

    Jadi apa yang mesti kita lakukan?

    Adakah hanya perlu mengabaikan tuntutan dan rayuan pasangan? Atau layankan sahaja permintaan mereka walau kita tidak rela atau reda?

    Tidak, jawapannya adalah dengan ‘maintenance sex’!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

    Cara hubungan suami isteri – Apa itu maintenance sex?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi tentang cara perhubungan suami isteri, wajarlah untuk kita tahu definisinya terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, maintenance sex adalah satu persetujuan di antara suami isteri di mana persetubuhan perlu dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Ini bermakna kalian berdua perlu merancang waktu dan lokasi projek asmara lebih awal sebelum ia berlangsung.

    Selepas itu, jadual tersebut mestilah diteliti dan diikuti oleh pasangan suami isteri pada ketika yang dipersetujui.

    Dalam erti kata lain, ia adalah satu persetujuan di antara suami isteri untuk melakukan seks pada waktu hadapan meskipun penat, sibuk, bosan atau tidak punya mood.

    cara hubungan suami isteri

    “Ia adalah sangat penting untuk memastikan hubungan suami isteri tetap harmoni, bahagia dan mampu kekal lama sehingga ke akhir hayat mereka”, kata Dr. Brian Jory, Pakar Psikologi Perhubungan.

    Berapa kerap suami isteri perlu melakukan seks sebegini?

    Persoalannya, bagaimana cara hubungan suami isteri ini perlu dilakukan? Atau lebih tepat lagi, berapa kerap kalian berdua perlu bersenggama agar ia kekal ideal?

    Sebenarnya, tidak terdapat satu panduan yang menyatakan berapa kerap maintenance sex ini perlu dipersetujui kerana setiap hubungan suami isteri adalah berbeza!

    Mungkin ada yang berpuas hati dengan seks sehari sekali, seminggu sekali, sebulan sekali dan lain-lain.

    Ia perlu difahami sendiri oleh anda dan pasangan lantas komunikasi antara kalian berdua adalah kunci utama untuk memastikan kepuasan kehidupan seksual.

    Pun begitu, ada satu kajian yang mengatakan bahawa seks sekali seminggu adalah sangat ideal.

    Ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017.

    Kkajian tersebut menunjukkan majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 54 kali dalam masa setahun.

    Jika dihitung kembali, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali seminggu sahaja.

    Oleh itu, sila tepuk dada dan bertanyalah pada selera anda dan pasangan.

    Bagaimana untuk menjayakan hubungan suami isteri sebegini?

    Sekarang, kita semua mesti sudah mendapat idea cara hubungan suami isteri ini bukan? Namun, bagaimana pula untuk menjayakannya?

    cara hubungan suami isteri

    Tenang, boleh ikuti panduan kami ini:

    #1. Suami isteri mesti buat jadual seks

    Menepati piawaian maintenance sex, perkara pertama yang suami isteri perlu buat adalah wujudkan jadual seks.

    Jangan jadikan kesibukan bekerja dan menguruskan anak sebagai alasan untuk menolak ajakan pasangan untuk berasmaradana.

    Sebaiknya, cuba cari dan curi masa yang paling sesuai untuk kalian berdua bersama agar kehidupan seks menjadi lebih teratur.

    Mungkin dalam seminggu, anda dan pasangan boleh luangkan hari hujung minggu sebagai hari asmara?

    Dalam pada itu, jangan pula jadi seperti robot dan menolak ajakan pasangan di luar waktu ketetapan ya!

    #2. Perkenalkan alat mainan seks

    Adakalanya, kebosanan adalah punca utama pasangan suami isteri sudah tidak berminat dengan seks.

    Ini adalah masa yang paling tepat untuk perkenalkan alat mainan seks untuk menghangatkan lagi kamar tidur.

    Jika tidak tahu untuk bermula, boleh cuba gunakan peralatan yang popular seperti vibrator, dildo, butt plug dan lihatlah kesannya sendiri kelak.

    cara hubungan suami isteri

    #3. Cara hubungan suami isteri – Menjauhi teknologi buat seketika waktu

    Antara kemungkinan kekangan lain adalah pasangan suami isteri kini sudah kurang berminat dengan seks ekoran wujudnya teknologi seperti telefon pintar, komputer riba dan lain-lain.

    Oleh itu, buat peraturan untuk anda dan pasangan menjauhi teknologi seketika bila tiba waktu yang direncanakan.

    #4. Memastikan suami isteri klimaks bersama

    Dalam pada itu, maintenance sex mungkin tidak akan berjaya dalam hubungan suami isteri jika anda dalam kalangan pasangan yang tidak mencapai orgasma.

    Disebabkan itu, bercandalah sepuasnya dengan syarat kalian berdua mencapai orgasma secara bersama.

    #5. Berkomunikasilah…

    Akhir sekali, cara hubungan suami isteri sebegini hanya akan berjaya dengan komunikasi.

    Maka berkomunikasilah ketika mengajak atau mempelawa pasangan menepati jadual seks yang ditetapkan.

    Jika keberatan, jangan bergaduh kerana pujukan dan rayuan pasti akan melembutkan hati pasangan tercinta itu.

    Anda dan pasangan mahu cuba maintanence sex? Silakan dengan mengikuti panduan kami ini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan