Siapa Kata Seks Oral Tidak Perlu Guna Kondom? Fikirkan Semula Lepas Baca Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seks adalah antara perkara paling penting dalam kehidupan di kamar tidur buat pasangan suami isteri.

Pun begitu, tidak semestinya kalian berdua perlu melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj setiap masa.

Adakalanya anda dan pasangan boleh mencuba pelbagai aktiviti seksual bagi memuaskan nafsu syahwat.

Antara yang paling popular, mudah dan nikmat untuk dilakukan adalah blowjob atau memasukkan zakar ke dalam mulut isteri dalam usaha mengeluarkan air mani.

Pun begitu, masih terdapat beberapa risiko seks oral yang kita semua mesti tahu. Jom ikuti artikel ini!

Apa itu seks oral?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu serba sedikit tentang perkara ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, seks oral adalah perbuatan suami memasukkan zakar ke dalam mulut isteri bagi tujuan merangsang nafsu syahwat.

Ia dilakukan dengan cara menghisap atau menjilat alat sulit lelaki dengan menggunakan mulut, bibir dan lidah dalam usaha mengeluarkan air mani.

Perbuatan ini seringkali diakhiri dengan suami memancutkan air mani di dalam mulut isteri.

Pun begitu, apa kesan telan atau minum air mani? Sila baca dengan lebih lanjut di pautan ini.

Ramai yang kata dan percaya bahawa terdapat banyak bahaya seks oral. Adakah ia benar?

seks oral

Apa risiko seks oral?

Perbuatan seks oral ini boleh dikatakan biasa dan lazim dilakukan oleh mana-mana pasangan suami isteri.

Namun demikian, setiap perkara pasti mempunyai pro dan kontranya.

Ya, memang benar ia tidak akan mengakibatkan kehamilan luar jangkaan, namun ketahuilah bahawa anda berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit kelamin (STD) melaluinya.

Berikut adalah antara STD yang paling berisiko untuk seks menggunakan mulut:

  • Sifilis
  • Herpes
  • Gonorrhoea
  • Chlamydia
  • Hepatitis
  • Human immunodeficiency virus (HIV)
  • Human papillomavirus infection (HPV)

Meskipun penyakit-penyakit ini diketahui boleh disebarkan melalui penetrasi zakar ke dalam faraj, tapi ia lebih berbahaya jika buat seks oral.

Kenapa? Ini kerana perbuatan ini akan lebih mendedahkan anda kepada cecair yang keluar daripada alat kelamin lelaki yang dikulum.

Dalam pada itu, risiko seks oral ini adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai luka atau ulser di dalam mulut.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk isteri berus dan flos gigi anda dengan baik sebelum mengulum zakar suami.

Kondom adalah penyelesaiannya?

kondom

Ekoran terdapat banyak bahaya seks oral, adakah anda dan pasangan tidak boleh terus melakukannya?

Tenang, kami tidak pernah kata kalian berdua perlu meninggalkan terus perbuatan yang nikmat ini ya!

Ini kerana segala risiko seks oral ini boleh diminimumkan hanya dengan menggunakan kondom.

Ketika membeli di farmasi atau pasar raya, pastikan kalian perhatikan; jenis, saiz dan tarikh luput kondom agar ia menepati setiap kriteria yang perlu untuk ia berfungsi 100%.

Sebelum suami memasukkan zakar ke dalam mulut isteri dengan menggunakan kondom, sila amalkan tip berikut:

  • Keluarkan kondom dari paket dengan berhati-hati agar ia tidak koyak atau bocor
  • Pastikan di mana bahagian luar dan dalamnya sebelum sarung
  • Pastikan tiada udara terperangkap di dalamnya sebelum sarung
  • Sarungkan ia setelah zakar mengalami ereksi penuh
  • Gunakan ia hanya untuk satu sesi aktiviti seksual sahaja
  • Buangkan di dalam tong sampah seusai beraksi

Dalam pada itu, kalian juga mungkin boleh menggunakan kondom berperisa agar seks oral dapat dinikmati oleh kalian berdua dengan lebih hebat lagi.

Dental dam alternatif yang terbaik?

dental dam

Jika anda dan pasangan menggunakan kondom, ada alternatif yang lain iaitu dental dam.

Untuk pengetahuan anda, dental dam adalah alat lapik berbentuk segi empat tepat dan dibuat daripada lateks atau plastik yang berfungsi sebagai ‘pemisah’ di antara mulut dengan alat sulit.

Cara menggunakannya mudah sahaja, hanya minta isteri memasangnya dalam mulut dan bercandalah.

Bagaimana pula jika isteri dan suami tidak mahu menggunakan kondom dan dental dam ini?

Jawapannya adalah agak mudah iaitu dengan memastikan anda dan pasangan tidak mempunyai sejarah penyakit jangkitan kelamin.

Ini boleh dijayakan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Dalam pada itu, jangan sesekali lakukan aktiviti seksual dengan banyak pasangan.

Sudah tahu bagaimana guna kondom untuk elak risiko seks oral? Malam ini anda boleh cuba bersama pasangan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

Bertukar-tukar posisi seks boleh menjadi antara cara untuk menghangatkan aktiviti di ranjang anda! Tapi hati-hati, kerana ia juga boleh sebabkan kecederaan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Dibiarkan Jika Ketagihan Seks, Ini Akibatnya Pada Anda & Pasangan!

Ketagihan seks bukanlah sesuatu yang normal dan boleh menjejaskan diri anda serta pasangan tercinta! Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT Tau! Jom Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita

Pengambilan ubat kuat sinonim dengan lelaki, terutamanya yang mengalami masalah mati pucuk. Tapi ternyata, para wanita juga mempunyai 'Viagra' tersendiri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat hubungan sihat

Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
seks ghairah

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
patung seks

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan