backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Hati-Hati, Ini Antara 5 Kecederaan Yang Lazim Berlaku Atas Katil Ketika Seks!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 30/05/2022

    Hati-Hati, Ini Antara 5 Kecederaan Yang Lazim Berlaku Atas Katil Ketika Seks!

    Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan bersama pasangan, bukan menyakitkan. Ternyata, malang tidak berbau kerana cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang kita fikirkan!

    Hubungan seks adalah kunci kepada rumah tangga yang bahagia. Tanpanya, hubungan anda boleh menjadi hambar dan membosankan.

    Ia juga menjadi salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta dan ghairah kepada pasangan tercinta!

    Pun begitu, aktiviti menyeronokkan ini mampu menjadi satu ‘malapetaka’ apabila anda cedera ketika seks dan kesannya boleh jadi sangat menyakitkan.

    Mari kita kenali jenis-jenis kecederaan seks yang berpotensi untuk berlaku agar kalian dapat lebih berhati-hati saat ‘berseronok’ dengan pasangan kelak.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    5 jenis risiko cedera ketika seks!

    Menurut pakar sakit puan yang berpusat di New Jersey dan Presiden Kumpulan Kesihatan Wanita Sapphire, Dr. Donnica Moore, dengan semua henjutan dan hentakan penetrasi, tidak menghairankan jika kalian cedera ketika seks berlaku.

    Apakah jenis kecederaan yang berpotensi untuk berlaku saat bersetubuh? Teruskan membaca!

    cedera ketika seks

    #1 Luka atau koyakan faraj

    Ya, luka atau koyakan pada faraj adalah menyakitkan seperti yang kita bayangkan!

    Menurut Dr. Moore, faraj yang terluka atau terkoyak boleh menyebabkan rasa sakit, pendarahan, dan bahkan jangkitan.

    Luka atau koyakan pada permukaan kulit faraj yang sensitif ini sering terjadi ketika seorang wanita melakukan persetubuhan tanpa cukup pelincir.

    Hal ini menyebabkan faraj menjadi tidak elastik, dan hasil geseran penetrasi zakar menyebabkan luka terbentuk.

    Walaupun menyakitkan, luka pada faraj biasanya mampu sembuh dengan cepat, kadangkala hanya dalam masa beberapa jam selepas melakukan hubungan seks.

    Namun, sekiranya ia bertambah melarat terutamanya sehingga menyebabkan pendarahan tanpa henti, segera temui doktor anda.

    Bagi mengelak isu ini daripada berlaku, sentiasa pastikan anda ‘basah’ ketika bersenggama tidak kisah sama ada secara semula jadi mahupun menggunakan pelincir artificial.

    #2 Dubur koyak/luka

    Sama seperti faraj, dubur anda juga mungkin boleh terkoyak atau terluka apabila kekurangan elemen pelinciran, terutamanya semasa melakukan seks anal.

    Oleh sebab dubur tidak menghasilkan pelincir semula jadi, menggunakan pelincir buatan harus menjadi suatu kewajipan apabila ingin melakukan seks anal.

    Usah risau, sama seperti faraj, cedera ketika seks pada dubur boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 1 atau 2 hari, tetapi jika pendarahan atau kesakitan yang berlebihan berlaku, jumpa doktor!

    Harus kalian fahami, luka atau koyakan pada dubur lebih bahaya berbanding faraj kerana kawasan tersebut berisiko mengandungi bakteria yang berbahaya.

    Jika jangkitan berlaku, ia boleh menyebabkan penyakit kelamin seperti gonorea, klamidia, bahkan HIV!

    Oleh itu, untuk kekal selamat, usahlah melakukan seks anal malah perbuatan ini turut dilarang di dalam Islam.

    #3 Serangan jantung

    cedera ketika seks

    Kecederaan berkaitan seks yang paling serius adalah SERANGAN JANTUNG! Ya benar, ia berisiko untuk berlaku!

    Sekiranya anda pernah mengalami serangan jantung pada masa lalu atau masalah kardio utama yang lain, berkonsultasi dengan doktor anda mengenai cara untuk terlibat dengan aktiviti seksual secara selamat.

    Dr. Moore turut menyatakan kebanyakan mangsa serangan jantung mengalaminya buat kali pertama saat berhubungan intim, yang rata-ratanya terdiri daripada golongan lelaki.

    Tanda-tanda yang perlu dikenal pasti termasuk sesak dada yang mendadak atau tekanan di dada, mual, pening, dan sesak nafas.

    #4 Zakar patah (penile fracture)

    Secara teknikalnya, zakar tidak boleh patah kerana ia tidak mengandungi tulang tetapi kecederaan berlaku apabila zakar yang tegak dibengkokkan dengan kuat, lantas memecahkan ruangan yang dipenuhi darah di dalamnya.

    Antara tanda zakar patah adalah terdengar bunyi popping atau cracking ketika ia terjadi berserta pasangan anda mungkin menangis kesakitan secara mengejut.

    Sekiranya ia berlaku, Dr. Moore mencadangkan segera meletakkan bungkusan ais di atasnya, dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

    Jangan risau, anda masih boleh bersenggama selepas pembedahan dan kondisi zakar patah sebenarnya adalah kecederaan seks yang jarang berlaku.

    Satu kajian kecil menunjukkan, ia berisiko besar untuk terjadi kepada pasangan yang gemar melakukan posisi wanita di atas (woman on top).

    Justeru, sebagai langkah pencegahan, pastikan untuk lebih berhati-hati semasa bercinta dalam posisi ini ya!

    #5 Kekejangan otot

    cedera ketika seks

    Hubungan seks boleh dikategorikan sebagai aktiviti fizikal, justeru cedera ketika seks seperti sakit-sakit badan dek kekejangan atau kesakitan otot sememangnya tidak mustahil untuk berlaku.

    Paha dan betis adalah bahagian yang paling cenderung untuk kejang ketika melakukannya, tetapi mana-mana otot di dalam badan juga berisiko mengalami kekejangan dan menyebabkan kesakitan yang serius.

    Kaedah terbaik untuk merawat sakit dan kekejangan otot, menurut Dr. Moore, adalah dengan berjalan-jalan, meregangkan otot, dan mengambil ubat penahan sakit.

    Bagi mengelakkan cedera ketika seks ini berlaku, anda juga boleh cuba menukar posisi seks dengan kerap, lantas badan tidak akan kekal dalam satu posisi sama terlalu lama yang boleh menjadi antara punca kekejangan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 30/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan