backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Seks Anal Indah Khabar Daripada Rupa! Ini 5 Risiko Liwat Isteri - #3 Paling Seram!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 31/05/2023

    Seks Anal Indah Khabar Daripada Rupa! Ini 5 Risiko Liwat Isteri - #3 Paling Seram!

    Apa itu liwat? Adakah ia hanya tertakluk pada pasangan gay? Pasti ada pembaca di luar sana yang tertanya-tanya akan maksudnya, kan?

    Secara ringkas, liwat atau lebih dikenali sebagai seks anal atau seks dubur ini membawa maksud persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur.

    Persoalan apa itu liwat sudah terjawab, soalan kedua, adakah ia hanya berlaku dalam kalangan gay (homoseksual)?

    Seks anal bukan hanya boleh dilakukan oleh pasangan homoseksual, malah pasangan suami isteri juga tidak terkecuali!

    Untuk orang Islam, hukum isteri diliwati suami adalah berdosa besar dan Tuhan melaknat perbuatan tersebut!

    Ternyata, setiap larangan membawa maksud tersendiri kerana seks anal hanya akan mengakibatkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu liwat, faktor risiko seks anal yang harus tahu!

    Sebelum kalian melayani fantasi nakal untuk berhubungan seks dubur dengan isteri, sila baca risiko-risiko yang telah disokong sains ini terlebih dahulu okey!

    #1 Anal, jenis seks yang paling berisiko!

    apa itu liwat

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), apa itu liwat adalah jenis seks yang paling berisiko untuk dilakukan!

    Salah satu bahaya utama seks anal adalah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV ketika menghidapnya cukup tinggi.

    Ini kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat tipis, maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV, HPV, dan penyakit kelamin (STD) lain.

    Jadi, penting untuk kalian ingat, STD berupaya menular melalui seks anal dan juga seks faraj, menurut Dr. Jennifer Caudle, Doktor Keluarga dan Penolong Profesor di Rowan University School of Osteopathic Medicine.

    Oleh itu, penggunaan kondom adalah mustahak dalam usaha mencegah penularan dan dijangkiti semua jenis STD, terutamanya HIV.

    #2 Apa itu liwat, risiko dubur boleh terkoyak

    Antara sebab penggemar seks anal banyak menggunakan pelincir bukan hanya kerana ia memudahkan penetrasi, tetapi kerana ia turut bantu mengurangkan risiko koyakan dubur.

    Kesan koyakan dan luka pada dubur itulah yang menjadikan seks anal sangat berisiko dijangkiti HIV dan STD lain.

    Walaupun koyakan dubur kadangkala dipandang enteng dan kebanyakan STD dapat dirawat, namun kesan koyak pada kawasan ini berpotensi menjadi ‘sarang’ pembiakan bakteria yang cukup baik.

    Ini sekali gus memudahkan bakteria memasuki saluran darah.

    Memakai pelincir mungkin dapat kurangkan risiko luka serta koyakan dubur, namun ia masih tidak 100% menjamin anda dilindungi daripada jangkitan-jangkitan berbahaya!

    apa itu liwat

    #3 Apa itu liwat, boleh jadi punca kanser dubur

    Disebabkan dubur mempunyai selaput yang nipis, ia lebih cenderung untuk terkoyak dan terdedah kepada STD.

    Salah satu STD yang dikaitkan dengan kanser mulut, serviks dan dubur adalah virus papilloma manusia (HPV)!

    CDC turut melaporkan, jangkitan HPV sangat kerap berlaku sehingga hampir kesemua lelaki dan wanita akan mendapat sekurang-kurangnya 1 jenis HPV sepanjang hayat mereka.

    Walaupun bukan semua jenis HPV dikaitkan dengan barah, bahkan tidak bergejala, kemungkinan risiko HPV dan kanser yang berpunca daripada bahaya seks dubur perlu dipertimbangkan!

    HPV biasanya menghilang sendiri, tapi dalam beberapa kes ia mengakibatkan kanser, kata Dr. Jill McDevitt, Pendidik Seks.

    Justeru, ya, HPV dianggap sebagai penyebab utama kanser dubur!

    #4 Jangkitan lebih tinggi risiko dengan seks anal

    Seperti yang kita sedia maklum, dubur menjadi saluran langsung ke usus. Pastinya, usus adalah ‘rumah’ bagi najis, kan?

    Najis yang disingkirkan oleh usus ketika membuang air besar terdiri daripada sisa makanan, epithelium, lendiran usus, bakteria, dan bahan buangan yang tidak dicerna.

    Jika jangkitan kelamin ditolak tepi, sudah tiba masanya untuk pertimbangkan jangkitan seperti E. coli, bakteria yang hidup di dalam usus dan, dalam situasi apa pun, tidak boleh masuk ke dalam mulut!

    Ini juga bermaksud, jika anda beralih dari seks dubur ke seks faraj, tanpa mencuci terlebih dahulu, isteri anda berkemungkinan besar bakal alami jangkitan saluran kencing (UTI), serta jangkitan lain yang menyeksakan.

    #5 Risiko terpalit dengan najis

    apa itu liwat

    Semasa sedang bersama menggunakan ‘pintu belakang’, tidak mustahil untuk kalian dipalit najis, terutama jika pasangan mempunyai masalah seperti gastrointestinal (GI), maka bahaya seks anal akan menjadi lebih rumit!

    Antara kesan negatif seks dubur yang perlu dipertimbangkan untuk mereka yang mempunyai masalah GI adalah Irritable Bowel Syndrome (IBS) atau Crohn’s Disease, tambah Dr. McDevitt.

    Ia sudahpun menjadi kawasan tubuh yang menyakitkan, dan secara anekdot, majoriti individu yang menderita masalah GI akan bergelut dengan seks anal.

    Tambahan kepada mereka yang sudah mengalami GI, kerana zakar atau dildo mungkin sukar dimasukkan ke dalam dubur, kajian 2016 mendapati, liwat boleh mengakibatkan inkontinen najis!

    Walaupun kajian mendapati kedua-dua lelaki dan wanita boleh mendapat inkontinen najis akibat liwat, namun kaum Adam ternyata lebih cenderung mengalaminya.

    Akhir kata…

    Perkara-perkara di atas sudah jelas lagi nyata menunjukkan seks melalui dubur adalah 1 jenis aktiviti seksual yang cukup berisiko dan boleh mengundang mudarat terhadap kesihatan!

    Setelah anda tahu apa itu liwat, adakah anda masih ingin teruskan perbuatan luar tabii ini?

    Jika masih berdegil, pastikan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti pemakaian pelincir dan kondom ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 31/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan