backup og meta

Hubungan Intim Yang Sedikit Ganas Akan Buat Pasangan Lebih Teruja, Betul Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    Hubungan Intim Yang Sedikit Ganas Akan Buat Pasangan Lebih Teruja, Betul Ke?

    Usai sahaja menonton adegan asmara yang hangat dan seks ganas di dalam filem erotik Inggeris bertajuk Fifty Shades of Grey, sudah pasti ada pasangan suami isteri yang terdetik di dalam hati kecil mereka untuk merealisasikan keinginan tersebut bersama pasangan masing-masing.

    Persoalannya, adakah seks ganas itu sebenarnya lebih memuaskan berbanding hubungan seksual romantik? Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini. 

    Sebelum itu, kita harus faham terlebih dahulu mengenai kedua-dua jenis seks ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu seks ganas?

    Seks secara ganas adalah satu perlakuan seks yang berteraskan Sadomasochism, perihal seks yang membabitkan kepuasan dari rasa sakit atau rasa malu.

    Ia sangat berkait rapat dengan aspek BDSM (bondage, discipline, dominance dan submission).

    seks ganas

    Para pelaku seks secara ganas ini cenderung untuk menggunakan pelbagai peralatan seperti tali, gari, pita pelekat atau kostum untuk tujuan role play.

    Dalam pada itu, mereka juga banyak menggunakan peralatan seks seperti dildo atau vibrator untuk memuaskan nafsu mereka secara ganas.

    Apa itu seks romantik?

    Sama sekali berbeza dengan seks ganas, hubungan intim yang romantik ini lebih mementingkan aspek perasaan kasih sayang di antara pasangan suami isteri.

    Ia kebiasaannya tidak melibatkan penggunaan apa-apa peralatan seks atau pemakaian kostum.

    Ia juga tidak bersifat berat sebelah dan sangat menekankan keharmonian dan kesejahteraan di kamar tidur.

    Dalam erti kata yang lain, ia cenderung kepada hak individu untuk mendapatkan yang terbaik dari pasangan demi memuaskan nafsu masing-masing.

    Yang mana lebih memuaskan?

    seks ganas

    Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada individu itu sendiri.

    Ada individu yang tidak boleh menerima kelakuan ganas ketika melakukan seks dan ada pula individu yang gemar kelakuan seperti memukulatau menampar, yang boleh membuat mereka turn on.

    Jadi, jawapan kepada soalan ini sangat subjektif.

    Bagi individu yang gemarkan seks secara ganas, anda tidak perlu risau kerana anda tidak mempunyai sebarang sakit mental.
    Melainkan jika anda pernah terdetik untuk mencederakan pasangan atau individu lain secara berlebihan sehingga boleh mengakibatkan maut atau kecacatan kekal.

    Jika ya, segera dapatkan rawatan lanjutan bersama pakar.

    Hubungan seks ganas dari sudut sains

    Dari sudut sains, kegilaan individu terhadap seks secara ganas ini ada kaitannya dengan reseptor kesakitan yang dikenali sebagai nociception.

    Ia berfungsi untuk menghantar isyarat ke otak dan memberi respon kepada anggota badan sekiranya berlaku apa-apa rangsangan kesakitan.

    Terdapat 3 rangsangan kesakitan yang anda perlu tahu, iaitu:

  • Rangsangan kimia: Untuk rasa sakit akibat kulit melecur
  • Rangsangan mekanikal: Untuk rasa sakit akibat kulit terluka
  • Rangsangan thermal: Untuk rasa sakit akibat suhu panas atau sejuk
  • Baca juga:

    Ketiga-tiga rangsangan ini boleh mengaktifkan nociception dengan menghantar signal ke otak dan seterusnya memberi respon kepada anggota badan.

    Kaitan antara rangsangan ini dengan seks adalah sama. Rasa sakit yang dialami semasa melakukan seks akan dihantar ke otak dan seterusnya kepada anggota badan untuk bertindak balas.

    Kesakitan yang dirasai semasa seks secara ganas tidak kira semasa disakiti atau menyakiti ini mampu merangsang pengeluaran hormon “seronok” seperti adrenalin, endrofin, melatonin, epinephrin, serotonin dan norepinephrine, yang turut berfungsi sebagai ubat tahan sakit semasa melakukan seks.

    Dalam erti kata yang lain, hormon-hormon yang dirembeskan inilah sebenarnya punca mengapa anda berasa puas semasa melakukan hubungan seksual secara ganas!

    Hubungan seksual yang ganas dari sudut psikologi

    Dari sudut psikologi, ia sebenarnya mampu memberi variasi terhadap hubungan seks pasangan suami dan isteri.

    Ketika menyakiti atau disakiti semasa melakukan seks, “kemarahan” atau “keangkuhan” pasangan akan memberi dimensi baru dalam pengalaman hubungan seks anda.

    seks ganas

    Bayangkan, anda dan pasangan cuma melakukan hubungan seks secara berkala dan terancang secara rutin setiap hari, sudah tentu ia akan membosankan anda, bukan?

    Jadi, hubungan seksual yang ganas adalah salah satu cara untuk anda lebih menghargai seks bersama pasangan.

    Pun begitu, anda harus ingat bahawa seks ganas tidak sesuai untuk semua individu. Bagi individu yang beragama Islam terutamanya, terdapat batas yang perlu diikuti.

    Selain itu, dapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada pasangan anda sebelum mula melakukan hubungan intim secara ganas.

    Ini bertujuan untuk mengelakkan berat sebelah dalam hubungan seks atau berlakunya kecederaan yang tidak diingini.

    Paling penting, sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dalam membincangkan perihal hubungan seks yang harmoni dan sejahtera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan