Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sesetengah wanita memilih untuk ikat peranakan kerana tidak mahu hamil lagi. Tetapi ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan keinginan seksual terjejas, adakah ia benar?

Apa itu ikat peranakan?

Ikat peranakan atau istilah perubatannya tubal ligation – juga dikenali sebagai tubal tied dan tubal sterilization – merupakan sejenis kawalan kelahiran kekal.

Semasa prosedur ini dijalankan, tiub fallopio akan dipotong, diikat atau disekat untuk mencegah kehamilan secara kekal. 

Tubal ligation adalah istilah umum bagi prosedur ikat rahim. Jika anda ingin mengikat sebelah ovari, ia dikenali sebagai unilateral tubal ligation.

Manakala bilateral tubal ligation bermaksud prosedur mengikat kedua-dua belah ovari. 

Proses ikat peranakan ini akan menghalang telur bergerak daripada ovari melalui saluran fallopian. 

Ia juga menyekat sperma daripada meneruskan perjalanan menuju tiub fallopio untuk sampai ke telur. Umumnya, prosedur ini tidak mempengaruhi kitaran haid anda.

tubal ligation

Memahami prosedur ikat peranakan

Prosedur ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, termasuk setelah melahirkan anak atau dalam kombinasi dengan pembedahan perut yang lain, seperti C-section.

Dalam kebanyakan kes ikat rahim, ia amat berkesan sehingga 99% dan semua wanita boleh menjalani prosedur ini.

Walau bagaimanapun, kaedah tubal ligation hanya disarankan untuk dipertimbangkan oleh wanita yang tidak berkeinginan untuk hamil lagi, atau sama sekali tidak mahukan anak.

Ini kerana setelah seorang wanita melalui proses mengikat rahim ini, adalah sangat sukar untuk membalikkan prosesnya. 

Sekiranya pembalikan dilakukan, ia memerlukan pembedahan besar dan tidak selalunya berkesan.

Tetapi benarkah prosedur ikat peranakan akan jejaskan keinginan seksual?

Keinginan seksual wanita akan menurun?

Ada yang mempercayai bahawa prosedur ini akan menyebabkan wanita hilang keinginan seks atau kehilangan kemampuan seksual mereka.

Hakikatnya ia adalah mitos semata-mata.

Ini kerana seorang wanita yang menjalani prosedur mengikat rahim tetap akan kelihatan dan berasa sama seperti sebelumnya. Tiada yang berbeza. 

Tidak berlaku penurunan dalam dorongan atau keinginan seksual pada wanita yang memilih untuk melakukan kaedah ikat peranakan ini. 

Anda boleh melakukan hubungan seks seperti sebelumnya. Bahkan, anda mungkin akan menikmati seks kerana tidak perlu berasa risau tentang kehamilan. 

keinginan seksual

9 pro & kontra ikat peranakan

Sekiranya anda sedang mempertimbangkannya, adalah penting untuk anda memahami semua kelebihan dan kekurangan sebelum membuat keputusan.

Kelebihan 

  1. Kekal

Ia bersifat kekal tanpa perlu melakukannya setiap tahun.

Pastinya kaedah ikat rahim ini 1 kelebihan sekiranya anda sudah memutuskan untuk tidak mahu kembali hamil lagi.

  1. Berkesan

Wanita yang memilih untuk melakukan ikat peranakan ini dijanjikan tahap keberkesanan yang tinggi. 

Ini kerana hanya sekitar 1 daripada 200 wanita kembali hamil selepas menjalani prosedur ini. Angka itu adalah kurang daripada 1%.

  1. Tidak jejaskan hormon

Kaedah ini tidak akan mengubah kitaran haid atau menyebabkan anda menopaus

Malahan, ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan seperti pil kawalan kelahiran. Contohnya, keinginan seksual, perubahan mood, kenaikan berat badan, atau sakit kepala.

Prosedur ikat rahim juga tidak mendatangkan kesan sampingan seperti kaedah IUD – kekejangan, tempoh haid yang lebih berat atau tompokan darah.

  1. Tiada kerisauan

Anda tidak perlu bimbang tentang sebarang perkara seperti memasukkan diafragma, mengambil pil, menggunakan kondom atau menghitung hari ovulasi di kalendar. 

Pastinya ia akan membuatkan hari anda lebih tenang dan membolehkan anda berasa bahagia semasa hubungan intim

  1. Kanser ovari

Antara kelebihan kaedah tubal ligation adalah ia boleh mengurangkan risiko untuk anda menghidap barah ovari. 

Para saintis tidak pasti mengapa ia berlaku, tetapi berdasarkan penyelidikan menunjukkan bahawa mengikat rahim dapat menurunkan kemungkinan mengalami penyakit ini.

Kekurangan

  1. Tidak boleh diubah

Walaupun kaedah ini boleh dibalikkan dengan pembedahan, tetapi dalam kebanyakan kes ia jarang berkesan. 

Hanya separuh daripada yang melakukan proses pembalikan boleh kembali hamil. 

Sekiranya kurang yakin bahawa anda sememangnya tidak mahukan anak, prosedur tubal ligation bukan pilihan terbaik. 

  1. Melindungi jangkitan penyakit kelamin (STD)

Ikat rahim mungkin boleh mengekang kehamilan tetapi ia tidak melindungi daripada STD.

Anda masih perlu menggunakan kondom untuk mencegah penyakit akibat penularan seksual, termasuk HIV.

  1. Kehamilan luar rahim

Turut dikenali sebagai kehamilan ektopik. 

Jika anda mengikat peranakan dan mengandung, berkemungkinan besar ia kehamilan ektopik – janin membesar di salah satu tiub fallopio anda dan bukannya pada rahim anda.

kehamilan ektopik

  1. Berisiko 

Seperti pembedahan lain, tubal ligation juga mempunyai risiko tersendiri walaupun ia sangat jarang berlaku.

Pembedahan jenis ini boleh menyebabkan pendarahan atau kerosakan usus, pundi kencing, atau saluran darah utama anda. 

Luka pembedahan boleh dijangkiti, atau anda mungkin bertindak balas terhadap anestesia. Terdapat juga risiko kecil untuk sakit perut yang berterusan.

Risikonya lebih tinggi jika mempunyai berat badan berlebihan, pernah menjalani pembedahan di kawasan yang sama, atau menghidap diabetes, penyakit paru-paru mahupun penyakit radang pinggul.

Fikir sedalamnya

Sememangnya, kaedah ikat peranakan ini berkesan sebagai kawalan kehamilan dan tidak menjejaskan keinginan seksual anda. 

Namun, sebelum membuat sebarang keputusan, pertimbangkan dahulu dengan sedalam-dalamnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Anda terfikir dan tertanya berapa hari selepas bersama boleh mengandung? Untuk tahu jawapannya, jom klik dan baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Petua Seks 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim, Setiap Wanita PATUT Ambil Tahu!

Histerektomi adalah proses membuang rahim melalui kaedah pembedahan. Tetapi apakah kesan selepas pembedahan yang mungkin terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Topik ini malu untuk dibincangkan tapi sebenarnya semasa seks, miss V mungkin memerlukan bantuan pelincir faraj untuk melancarkan hubungan seksual tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Kenapa ia boleh terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanser, Kanser Ovari 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

spotting coklat

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
upt negatif tapi perut buncit

Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan