backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sedang Merancang? Cuba Guna Kontrasepsi Bebas Hormon, Itu Mungkin Pilihan Yang Baik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/02/2023

    Sedang Merancang? Cuba Guna Kontrasepsi Bebas Hormon, Itu Mungkin Pilihan Yang Baik!

    Kaedah mencegah kehamilan bebas hormon adalah bentuk pencegahan yang tidak mempengaruhi hormon wanita. Kondom turut tergolong, tetapi alternatif lain juga masih banyak tersedia.

    Sekiranya anda sedang menimbang-nimbang untuk beralih ke cara mencegah kehamilan bebas hormon, sekarang adalah masa yang tepat untuk memulakannya dan kami di Hello Doktor telah mengumpulkan 7 manfaat penggunaannya.

    Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana kaedah mencegah kehamilan ini dapat memberikan manfaat pada tubuh anda, dan membantu merancang masa depan keluarga.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Kaedah mencegah kehamilan bebas hormon

    Dengan lambakan pilihan kontrasepsi yang tersedia di pasaran, kemungkinan untuk kalian mendapatkan opsyen yang bersesuaian untuk anda dan gaya hidup adalah tinggi.

    Jika anda tidak dapat mengambil atau tidak sesuai dengan kontrasepsi hormon tertentu, atau hanya memilih kontrasepsi bebas hormon, kalian masih akan mempunyai banyak pilihan untuk dipertimbangkan.

    Bahkan jika anda memilih kaedah bebas hormon, kalian mungkin akan terkejut dengan kebaikan yang ditawarkan.

    Kontraseptif hormon, seperti pil pencegah kehamilan dan implan hormon, mengubah tahap hormon wanita agar kehamilan tidak berlaku.

    Ia menjadi opsyen yang mudah dan dipercayai.

    Tetapi, ia mungkin bukan pilihan yang ideal bagi sesetengah orang dengan sebab-sebab seperti:

    1. Pil harus diambil pada masa yang sama setiap hari.
    2. Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi atau memasukkan alat tersebut.
    3. Ia tidak melindungi anda daripada penyakit kelamin.
    4. Berupaya meningkatkan risiko terhadap komplikasi pembekuan darah, kanser payudara, atau mempunyai kesan sampingan seperti perubahan mood atau kenaikan berat badan.
    5. Risiko menurunkan hormon kepada bayi jika anda menyusu.

    Baca juga:

    Manfaat-manfaat kontrasepsi bebas hormon

    #1 Kesan sampingan kontrasepsi dapat dielakkan

    kaedah mencegah kehamilan

    Kontraseptif hormon, seperti pil pencegah kehamilan, tetap menjadi antara pilihan popular dan secara umumnya selamat.

    Namun, wujudnya potensi risiko yang berkaitan dengan pengambilan hormon.

    Walaupun jarang berlaku, estrogen dapat meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, pembekuan darah, serangan jantung, atau strok, terutamanya jika anda seorang perokok yang berusia lebih daripada 35 tahun.

    Bukan itu sahaja, anda juga akan mempunyai risiko lebih tinggi terkena barah payudara atau serviks.

    Kesan sampingan biasanya akan menghilang seiring dengan waktu, tetapi ia boleh merangkumi sakit kepala, mual, kenaikan berat badan, perubahan mood, dan penurunan rangsangan seks (libido).

    #2 Sesetengah kaedah mencegah kehamilan bebas hormon menawarkan perlindungan STD & HIV!

    Bebas hormon secara semula jadi, kondom adalah satu-satunya kaedah kontrasepsi yang kini diluluskan untuk menurunkan risiko dijangkiti penyakit kelamin (STD), seperti gonorea atau klamidia, atau HIV.

    Kondom lateks terbukti paling berkesan, namun kondom jenis polyurethane boleh digunakan jika anda atau pasangan alergi terhadap lateks.

    Kondom wanita juga menawarkan perlindungan tambahan, walaupun masih belum dikaji secara menyeluruh dalam hal ini.

    #3 Kontrasepsi bukan hormon boleh diguna secara berselang-seli

    kaedah mencegah kehamilan

    Sekiranya anda tidak terlibat dengan hubungan seksual secara kerap atau hanya ingin menggunakan alat pencegah kehamilan saat memerlukan, kondom, diafragma, cervical caps, atau span kontraseptif boleh digunakan.

    Namun, kaedah mencegah kehamilan ini masih perlu digunakan secara konsisten dan betul setiap kali melakukan hubungan seks untuk memberikan perlindungan yang maksimum.

    Pastikan untuk mengikuti arahan ditetapkan bagi setiap kaedah dicuba; sama ada spermicide diperlukan atau berapa lama ia perlu kekal di posisinya setelah berhubungan seks.

    #4 Anda mungkin tidak perlu temui doktor!

    Jika anda tercari-cara kontrasepsi yang tidak memerlukan preskripsi atau lawatan ke klinik, kontraseptif yang terjual di kaunter boleh menjadi pilihan.

    Kondom lelaki dan wanita, spermicide, dan span kontraseptif boleh dibeli di kebanyakan farmasi atau kedai runcit. Malah, mungkin lebih banyak pilihan di dalam talian.

    Apa lagi kelebihan lain? Ia agak murah dan tidak mengeringkan poket anda!

    #5 Kontraseptif bukan hormon boleh diguna semasa menyusu

    bebas hormon

    Alat pencegah kehamilan yang mengandungi estrogen, seperti pil atau patch, tidak akan membahayakan si manja jika anda menyusukan bayi.

    Tetapi ia dikaitkan dengan penurunan bekalan susu ibu, terutama pada beberapa bulan pertama pasca kelahiran.

    Sekiranya hal ini membimbangkan anda, ketahuilah bahawa kontrasepsi bebas hormon tidak akan mempengaruhi kuantiti atau kualiti susu ibu!

    #6 Opsyen tersedia untuk kontrasepsi bebas hormon berjangka panjang

    Adakah anda inginkan kaedah mencegah kehamilan bebas hormon yang boleh bertahan selama beberapa tahun?

    IUD tembaga (alat intrauterin) adalah sejenis alat kontraseptif berbentuk T kecil yang dimasukkan ke dalam rahim anda oleh golongan perubatan yang profesional, menjadi pilihan yang bagus!

    Ia dapat berfungsi sehingga 10 tahun, tetapi kesannya juga boleh dibalikkan sepenuhnya jika ia dikeluarkan.

    Jika anda mahukan kaedah kontrasepsi yang bersifat kekal pula, anda mungkin boleh mempertimbangkan surgical sterilization, dengan mengikat tiub fallopio atau pasangan lelaki anda boleh menjalani vasektomi.

    #7 Kaedah mencegah kehamilan bebas hormon sebagai perlindungan tambahan!

    Kadangkala, anda mungkin ingin gunakan bentuk pencegah kehamilan yang lain, seperti kondom, walaupun anda sudah menggunakan kontraseptif hormon.

    Contohnya, pada minggu pertama penggunaan pil, jika anda lupa mengambilnya seperti yang diarahkan, atau sekiranya sedang menggunakan antibiotik, pil perancang tersebut mungkin tidak akan berkesan sepenuhnya.

    Dalam kes seperti ini, kontrasepsi bebas hormon dapat memberikan anda manfaat perlindungan tambahan dan ‘ketenangan fikiran’…

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan