backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Suami Terpancut Dalam? Lakukan Segera 5 Perkara Ini Agar Tak Hamil!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2022

    Suami Terpancut Dalam? Lakukan Segera 5 Perkara Ini Agar Tak Hamil!

    Kebanyakan suami isteri pasti sudah tahu bahawa kaedah pancut luar elak kehamilan itu adalah salah satu daripada teknik kontraseptif yang sangat mudah lagi efektif.

    Pun begitu, mungkin akan ada juga ketika di mana lelaki itu ‘terbabas’ lantas ‘terpancut’ di dalam faraj wanita, lalu  menimbulkan kekhuatiran kehamilan luar jangka.

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk cegah kehamilan jika perkara ini berlaku? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Pancut luar elak kehamilan, benarkah?

    Buat anda yang mungkin masih belum tahu, teknik pancut luar elak kehamilan memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj pasangan mereka tepat sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam.

    Ia juga merupakan antara kaedah merancang keluarga secara semula jadi yang tidak memerlukan bantuan daripada sebarang jenis alatan atau ubatan untuk dipraktikkan.

    Ya, kaedah ini mungkin terlihat seperti mudah sahaja namun ia agak sukar untuk dilaksanakan terutama jika anda dan pasangan itu sangat kurang pengalaman dalam seks.

    Menurut pelbagai sorotan kajian, kaedah memancutkan air mani di luar mempunyai tahap keberkesanan kira-kira 80% ke 90% dan mungkin hanya 5 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka itu akan mengandung.

    pancut luar elak kehamilan

    Anda juga harus tahu bahawa kaedah ini masih ada risiko untuk gagal di atas faktor yang berikut:

    1. Pasangan lelaki ada kondisi ejakulasi pramatang.
    2. Air mani terpancut pada vulva iaitu di bahagian permukaan faraj.
    3. Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar ketika klimaks.

    Bagaimana elak hamil selepas pancut dalam?

    Sekiranya ‘kemalangan’ itu sudah terjadi, jangan panik kerana anda tidak akan pernah terlambat untuk elak kehamilan luar jangka daripada berlaku dan ada juga usaha yang boleh anda cuba.

    Dinamakan sebagai kaedah kontraseptif darurat, berikut adalah antara apa yang anda boleh cuba:

    Pil kecemasan

    Pil morning-after adalah solusi terbaik yang memberikan anda peluang terakhir untuk mencegah daripada mengandung selepas gagal untuk melakukan pancut luar elak kehamilan.

    Ia akan mengelakkan segala aktiviti mukus serviks dan dinding uterus anda sekali gus menghalang sperma daripada sampai ke rahim dan mencegah ia daripada bersenyawa dengan telur.

    Pun begitu, wujud juga risiko jika anda mengambil pil ini dengan terlalu kerap dan banyak kerana ia boleh jadi punca haid anda yang seterusnya menjadi lebih banyak atau kurang daripada biasa.

    pancut luar elak kehamilan

    Dalam pada itu, turut akan ada kesan lain yang menjejaskan tahap kesihatan, waspada dengan gejala di bawah:

    • Pening kepala
    • Sakit payudara
    • Sakit perut, mual-mual dan muntah-muntah
    • Anoreksia
    • Bulimia
    • Kemurungan
    • Keletihan
    • Penurunan libido wanita
    • Peningkatan berat badan

    Teknik buang air mani

    Anda juga boleh cuba satu lagi cara yang mungkin individu pandang rendah namun ia efektif!

    Secara saintifik, air mani mungkin akan berjaya masuk ke dalam rahim beberapa minit selepas ejakulasi dan sperma yang keluar pula boleh hidup di dalam faraj sehingga 7 hari.

    Secara logiknya pula, anda mungkin akan mampu untuk menghalang sperma lelaki daripada bersenyawa dengan telur wanita jika ia berjaya dibuang sebelum tempoh beberapa minit itu.

    Anda tidak perlu mengorek air mani itu dengan jari, sebaliknya boleh cuba cara yang berikut ini:

    • Mandi
    • Buang air kecil
    • Menyemburkan air ke dalam faraj
    • Memasukkan cuka ke dalam faraj

    Pun begitu, cara ini mungkin kurang sokongan daripada sorotan kajian dan tiada apa yang anda boleh buat jika air mani telah masuk ke dalam rahim untuk proses persenyawaan.

    pancut luar elak kehamilan

    Sediakan payung sebelum hujan turun…

    Daripada anda dan pasangan pening memikirkan kesan yang bakal terjadi jika pancut dalam, adalah lebih baik untuk kalian berdua lebih fokus menjayakan kaedah pancut luar elak kehamilan.

    Sebenarnya bukan itu sahaja jalan yang perlu anda ambil kerana seks dengan perlindungan itu ternyata lebih bagus disebabkan ia juga mampu mengelakkan jangkitan penyakit kelamin.

    Dek kerana itu juga, anda mungkin perlu pertimbangkan penggunaan kondom, pengambilan pil, pembedahan vasektomi atau pemasangan alat kontraseptif seperti IUD.

    Konklusinya, kami tidak kata yang teknik pancut luar elak kehamilan itu tidak bagus namun ia agak tinggi risiko untuk peluang masih hamil. Dapatkan informasi dan nasihat doktor untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan