backup og meta

Makan Herba Untuk Elak Mengandung, Betulkah Berkesan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/01/2022

    Makan Herba Untuk Elak Mengandung, Betulkah Berkesan?

    Meskipun tidak semua, masih ada dalam kalangan pasangan suami isteri yang belum sedia untuk hamil dan sedang merancang banyak cara elak mengandung.

    Disebabkan itu juga, pelbagai kaedah moden telah diamalkan dan antara teknik yang paling popular adalah pengambilan pil, pemakaian kondom serta lain-lain.

    Bagaimana pula dengan kaedah tradisional seperti herba sebagai cara elak mengandung? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut lagi!

    Herba kontraseptif, adakah ia wujud?

    Herba sudah lama dijadikan sebagai alternatif perubatan sejak zaman dahulu lagi memandangkan ia mungkin mampu membantu dan merawat kondisi anda.

    Sebagai contoh, minyak gamat yang berasal dari tumbuhan laut ini memang popular digunakan dalam kalangan masyarakat kita sebagai sapuan untuk luka.

    Begitu juga dengan gel aloe vera yang diekstrak dari daun lidah buaya dalam kegunaannya untuk melembapkan dan menyerikan kulit wajah dan tubuh badan.

    Jangan terkejut pula jika kami kata herba kontraseptif juga wujud kerana ia bukan sekadar omong kosong dan memang ada individu yang mengguna dan mengamalkannya.

    Lantaran itu pula, ia telah memberi bayangan terhadap perspektif lain buat anda dan pasangan yang sedang merancang, iaitu kemungkinan mencegah kehamilan melalui kaedah tradisional.

    cara elak mengandung

    Herba adalah antara cara elak mengandung?

    Untuk pengetahuan anda semua, memang benar bahawa penggunaan herba adalah antara cara elak mengandung yang telah lama digunakan oleh ramai individu dan pasangan.

    Pun begitu, ia mungkin tidak disarankan untuk digunakan ekoran tiada perakuan daripada pertubuhan perubatan seperti Food & Drug Administration (FDA).

    Berikut adalah beberapa contoh herba kontraseptif yang wujud sebagai cara elak mengandung:

    • Akar Stoneseed – Digunakan oleh wanita dari suku kaum Dakota
    • Akar Jack-in-the-pulpit – Digunakan oleh wanita dari suku kaum Hopi
    • Bunga ThistleDigunakan oleh wanita dari suku kaum Quinault

    Ketiga-tiga herba ini digunakan dengan cara yang hampir sama yakni direndam di dalam air dan diminum bagi tujuan menggalakkan kemandulan sementara.

    Selain itu juga, wujud herba lain yang dipercayai mampu halang implantasi daripada berlaku iaitu:

    • Daun Smartweed – Dipercayai perlu diambil oleh wanita selama 7 hari berturut-turut selepas seks tanpa perlindungan
    • Biji Wild Carrot – Dipercayai mampu halang implantasi berlaku ekoran tinggi jumlah rutin, quercetin, dan asid gallic

    Di benua Asia dan negara Malaysia khususnya, tumbuhan akar halia adalah jauh lebih popular dan dibuat sebagai minuman dalam usaha cara elak mengandung.

    cara elak mengandung

    Adakah ia adalah alternatif yang efektif?

    Sebenarnya, hak untuk memilih dan mengambil herba sebagai cara untuk elak mengandung adalah terpulang kepada individu dan pasangan itu sendiri.

    Ini kerana tiada sebarang pertubuhan perubatan yang boleh halang namun tiada juga yang akan sarankan individu daripada mengamalkan alternatif kontraseptif.

    Pun begitu, adalah penting untuk kita semua tahu bahawa mungkin wujud kesan sampingan lain jika herba itu tadi digunakan dengan cara yang salah.

    Menurut Essential Herb-Drug-Vitamin Interaction Guide, kesan sampingan tersebut termasuk:

  • Reaksi alahan
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Tekanan darah abnormal
  • Kerosakan buah pinggang
  • Risiko fotosensitif (akibat interaksi dengan ubat lain)
  • Risiko depresi (akibat interaksi dengan ubat lain)
  • Disebabkan itu, anda harus berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis herba.

    Sebaliknya, cuba amalkan cara yang lebih selamat!

    Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam usaha untuk merancang tapi tidak mahu guna kaedah moden atau tradisional, ada cara yang lebih selamat.

    Cara tersebut adalah dengan menggunakan metode Fertility awareness-based methods (FAM) yang memerlukan anda untuk kenal tubuh badan diri sendiri.

    cara elak mengandung

    Ini penting supaya anda tahu bagaimana dan bila tubuh badan anda sedang berada dalam fasa ovulasi di mana risiko kehamilan untuk berlaku adalah jauh lebih tinggi.

    Antara tip yang paling penting adalah indikator seperti suhu badan basal dan cecair mukus faraj yang boleh dikesan dengan bantuan alatan kontraseptif.

    Apa yang lebih utama adalah anda perlu sentiasa melihat kepada kalendar untuk mengesan ovulasi yang berlaku dan berulang dalam kitaran yang serupa.

    Jangan gopoh dalam membuat keputusan…

    Disebabkan rasa takut atau panik, individu sering buat keputusan yang mungkin kurang tepat khususnya ketika sedang dalam usaha untuk merancang keluarga.

    Sebaiknya, sila berbincang terlebih dahulu dengan pasangan dan doktor atau pakar bagi memastikan keputusan yang dibuat itu adalah lebih tepat dan tidak bahaya.

    Buat kalian yang mungkin pernah, sedang atau akan menggunakan herba alternatif sebagai cara elak mengandung, pastikan anda sudah faham akan risikonya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan