
Dalam kumpulan sementara, ia membabitkan penggunaan alat dalam rahim (ADR) dan juga implan. Implan yang dimaksudkan ini mampu bertahan sepanjang 3 tahun.
Implan ini mengandungi hormon progesteron. Sepenjang tempoh 3 tahun pemakaian, hormon akan dirembeskan secara berkala bagi menghalang kehamilan.
Pada zaman sekarang, alatan perancang atau pencegah kehamilan dalam rahim boleh dibahagikan kepada jenis yang berasaskan hormon dan juga bukan hormon.
Alat pencegah kehamilan yang berasaskan hormon bertindak secara mekanikal. Ia juga akan merembeskan hormon progesteron untuk memastikan kehamilan tidak berlaku.
ADR yang mengandungi kuprum mempunyai keberkesanan sebanyak 99%. Ini bermaksud, hanya 1 dalam 100 wanita yang menggunakan alat ini akan hamil secara tidak sengaja dalam masa setahun. ADR yang tidak mengandungi kuprum tidak mempunyai keberkesanan yang sama.
Bagi ADR yang bukan berasaskan hormon pula, jenis yang kerap digunakan adalah alat yang mengandungi kuprum (copper). Kuprum yang dirembeskan oleh alat ini boleh mematikan sel sperma dan menghalang kehamilan.
2. Jenis kekal

Dalam kumpulan perancang kekal pula, kaedah-kaedah yang tergolong dalam kumpulan ini turut disebut sebagai kaedah pemandulan.
Ini kerana ia melibatkan prosedur pembedahan yang mengubah struktur anatomi sistem reproduktif yang menghalang terus daripada proses persenyawaan untuk berlaku.
Kaedah ini juga bersifat kekal dan tidak boleh diubah semula.
Dalam kaum lelaki, prosedur yang dijalankan adalah vasektomi. Prosedur ini membabitkan ikatan pada saluran yang membawa air mani daripada testikel ke zakar.
Jika saluran tersebut dipotong atau diikat, air mani yang mengandungi sperma tidak mampu untuk dipancut keluar daripada zakar.
Dalam kalangan wanita pula, prosedur yang dilakukan adalah dengan mengikat saluran fallopian.
Saluran ini menjadi terowong yang membenarkan ovum untuk bergerak dari ovari ke dalam bahagian rahim.
Sekiranya terowong ini diikat dan/atau dipotong, ovum tidak lagi mampu untuk berhijrah untuk disenyawakan.
Baca juga:
Kesimpulan
Tuntasnya, ada banyak jenis jenis perancang keluarga yang ada di pasaran. Setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Malah, ada juga kaedah perancang keluarga yang tidak boleh digunakan untuk sesetengah individu, bergantung kepada keadaan kesihatan mereka.
Jika anda ingin mendapatkan kaedah perancang yang terbaik, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rundingan yang menyeluruh dan tepat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen