Umum mengetahui bahawa memang terdapat pelbagai teknik kontrasepsi yang amat mudah seperti pengambilan pil, pemakaian kondom dan sebagainya. Namun, adakah terdapat petua tradisional elak hamil?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Umum mengetahui bahawa memang terdapat pelbagai teknik kontrasepsi yang amat mudah seperti pengambilan pil, pemakaian kondom dan sebagainya. Namun, adakah terdapat petua tradisional elak hamil?
Tidak dinafikan, ramai pasangan yang mencari teknik lain yang tidak akan memerlukan sebarang kos dan alat iaitu dengan cara tradisional atau semula jadi seperti buang air mani dari faraj selepas bersenggama.
Persoalannya, adakah petua tradisional elak hamil yang ini akan berkesan? Jom teruskan membaca artikel!
Ada pasangan yang mungkin akan buat teknik ini lepas seks untuk 2 tujuan utama yakni; membersihkan faraj yang kotor atau mengelakkan wanita daripada hamil.
Petua tradisional elak hamil ini dilakukan dengan cara individu memasukkan jari mereka ke dalam lubang faraj untuk mengeluarkan kembali air mani yang telah masuk ketika ejakulasi.
Untuk pengetahuan anda, teknik ini sebenarnya mungkin tidak begitu berkesan untuk 2 tujuan utama tadi kerana wujud cara lain yang jauh lebih efektif.
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ia tidak begitu berkesan untuk tujuan membersihkan faraj yang kotor atau mengelakkan wanita daripada hamil.
Anda perlu tahu bahawa air mani itu adalah kombinasi di antara protein, vitamin, mineral dan sperma berbentuk cecair yang akan terpancut dari zakar.
Pancutan ini akan menyebabkan air mani dari zakar akan terus memasuki rongga rahim dan boleh hidup di dalam lubang faraj sehingga sekitar 7 hari.
Dalam tempoh beberapa minit atau jam selepas bersenggama, sebahagian air mani mungkin akan keluar dengan sendiri dari faraj tanpa perlu anda paksa.
Apabila air mani sudah berada di dalam lubang faraj, tiada sebarang cara yang terbukti secara saintifik ia boleh dikeluarkan meskipun anda cuba untuk:
Buat anda yang belum tahu, faraj sebenarnya mempunyai 2 bahagian iaitu dalaman yang berhubung dengan serviks dan luaran atau lebih dikenali sebagai vulva.
Bahagian dalaman faraj secara semula jadinya boleh membersihkan diri sendiri tanpa bantuan daripada anda meskipun ada wanita yang gemar untuk meruang.
Bahagian luaran faraj pula boleh dibersihkan oleh anda dengan cara menggunakan air terutamanya selepas membuang air kecil atau membuat hubungan seks.
Menurut American Sexual Health Association (ASHA), anda boleh menggunakan sabun yang selamat pada kawasan luaran faraj agar kadar pH tidak terjejas.
Pakar juga menyarankan agar anda tidak meruang faraj kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan bakteria pada faraj yang akan membawa kesan sampingan.
Sekiranya anda melakukan teknik membuang air mani dari faraj untuk tujuan mengelak hamil, maka anda mungkin perlu fikirkan cara yang lain pula.
Ini kerana petua tradisional elak hamil ini mungkin tidak efektif dan tidak wujud sebarang kajian saintifik yang kata ia adalah berkesan sebagai kaedah kontraseptif.
Sebaliknya, pakar mempercayai bahawa kaedah yang jauh lebih terbukti seperti pengambilan pil atau pemakaian kondom adalah alternatif yang terbaik.
Jika anda terlupa atau terlepas untuk menggunakannya sebelum bersenggama dengan pasangan, anda juga boleh menggunakan ubat kontraseptif kecemasan.
Disebabkan itu, adalah sangat disarankan untuk anda dan pasangan yang sedang merancang bagi mendapatkan informasi dan nasihat doktor terlebih dahulu.
Khas buat pasangan suami isteri yang sedang merancang, ini panduan kontraseptif dan petua tradisional elak hamil yang boleh anda cuba ini:
Penggunaan metode kontraseptif seperti pengambilan pil serta pemasangan intrauterine devices (IUD) dengan hormon ini sangat efektif dalam mengelak ovulasi berlaku.
Penggunaan metode kontraseptif seperti pemakaian kondom serta pemasangan intrauterine devices (IUD) tanpa hormon juga sangat efektif dalam mengelak ovulasi berlaku.
Jika ingin merancang secara semula jadi, anda juga mungkin boleh mengelakkan hubungan jenis penetrasi zakar ke dalam faraj dan mengamalkan aktiviti seksual yang lain.
Akhir sekali, anda juga mungkin ingin mempertimbangkan kaedah yang kekal seperti pembedahan vasektomi bagi lelaki atau bilateral tubal ligation (BTL) bagi wanita.
Konklusinya, teknik buang air mani dari faraj lepas seks bukanlah teknik elak hamil yang efektif buat anda dan pasangan yang sedang merancang kehamilan.
Sebaliknya, cuba bincang dengan doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat tentang kaedah kontraseptif yang paling efektif buat anda dan pasangan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen